- MFH 9 -

48 8 1
                                    

Bebola mata yang dari tadinya ralit memandang jari jemari runcing nya terus memandang ke arah satu figura yang berdiri di depannya.

reak muka yang asalnya biasa kini terbit senyuman nipis , sekadar menghilangkan rasa janggal.

"Sorry I'm late , awak dah lama ke sampai ?"Soal jejaka dihadapannya itu.

Ayreena menggeleng perlahan sebelum mempelawa jejaka itu untuk duduk.Ada hal yang perlu dia bincangkan.

"Takdelaaa baru je"Sebaik sahaja Haider melabuhkan punggungnya di hadapan Ayreena terus membuka bicaranya.

"Awak serius ke dengan pelawaan awak haritu ?"Dengan serta merta anak mata coklat itu terus tertumpu pada Ayreena.

Wajah itu begitu persis dengan wajah adiknya , Helena.

"Once I say A it's forever gonna be A , it's never gonna be B or C"Cukup tenang jawapan yang diberikan Haider.

Dia yakin dengan keputusannya , mungkin ini antara takdir Allah untuknya.

Ayreena agak ragu ragu dengan jawapan Haider.Tetapi kenapa ? lelaki ini tidak mengenalinya.

"Tapi awak tak kenal saya ,kita tak pernah kenal pun - "Ayatnya dipotong dengan pandangan redup yang diberikan Haider.

Dia tahu apa yang sedang gadis itu rasakan.Sudah tentu curiga atau boleh dikatakan ragu ragu ?

Iyalah , lelaki yang entah datang dari mana yang tidak kenal asal usulnya tiba tiba melamarnya sebagai seorang isteri ? Wahh boleh kena strok kalau macam ni.

"Saya tahu awak ragu-ragu dengan pelawaan saya , iyalah awak tak kenal saya dan tiba tiba saya ajak awak kahwin .. tapi dalam kes ni awak tolong percayakan saya "

Anak mata Ayreena dipandangnya lama memberikan kepercayaan kepada gadis itu.

"Saya minta maaf , saya tak boleh .. saya minta diri dulu assalamualaikum "Lalu dia terus berlalu meninggalkan Haider sendiri.

Sebelum kenangan lama terus menguasai fikirannya baik dia beredar daripada situ.

Haider hanya membiarkan Ayreena berlalu meninggalkannya.Dia tidak mahu mendesak jika benar itu pilihan Ayreena.

×××

Pintu rumah agam itu dibuka sebelum senyuman yang agak lebar terbit dari bibir tua itu.Dia menapak mendekati Encik Fezrul yang baru sahaja turun dari tangga.

"How are you my brother ?"Dia memeluk tubuh tegap Encik Fezrul.

Pelukan itu dibalas namun tidak begitu erat.Sekadar untuk menyapa si abang.

"Macam yang kau tengok , aku sihat lagi .. dan apa hajat kau datang kemari ?"Soal Encik Fezrul sebelum berlalu ke ruang tamu.

Mujur sahaja hanya Encik Fezrul seorang sahaja dirumahnya.Jika tidak pasti Puan Heliza akan turut serta.

Dia bukan apa ,dia pasti ada yang ingin abangnya katakan jika sudah kemari ke rumahnya ini.

"Eh datang melawat pun tak boleh ke ? apa khabar isteri kau , dia sihat ?"Encik Fezrul memandang sinis ke arah abangnya.

Ceh , melawat konon macamlah baru kenal sehari.

"Melawat ? sejak bila kau reti melawat aku ni Ferhad ? cakap aje apa kau nak , tak perlu nak berkias lagi"Serius sahaja tutur bicara Encik Fezrul.

Berubah reak wajah Encik Ferhad setelah mendengar nada bicara sang adik.

"Aku nak kau tukarkan nama penthouse tu atas nama aku , lagipun kau kan kaya ? aku ni abang kau janganlah kedekut sangat"Kata Encik Ferhad dengan senyuman sinisnya.

Wajah Encik Ferhad dipandang lama.Apa lagi yang lelaki tua ini inginkan daripadanya ?

"Penthouse ? tak cukup ke apa yang aku dah bagi sebelum ni ? kau nak cilvys hotel tu aku bagi sedangkan tu wasiat bonda untuk aku .. dan sekarang kau nak penthouse yang ayah wasiat kan untuk aku ? "Soal Encik Fezrul tidak percaya.

seperti yang dia jangka , pasti ada sesuatu yang lelaki itu mahukan.

"Come on Fez tak luak pun harta kau tu , setakat penthouse tu apalah sangat .. lagipun kau still ada iro feyzz kan ?"Sinis sungguh wajahnya ketika ini.

Pandangan mata Encik Fezrul juga semakin sinis memandang wajah abang kandungnya itu.

Iro feyzz.. bagaimana abangnya tahu tentang rahsia itu ? tidak semua orang tahu tentang kewujudan Iro feyzz.

Iro feyzz sejenis peti kepunyaan keluarganya yang menyimpan seribu satu rahsia dan juga harta yang entah mampu dikira ataupun tidak.Namun tidak semua orang mampu untuk membuka peti itu.

"Kau .. "Rasa geram yang membuku dia hatinya cuba ditahan.Kalini dia sudah tidak mampu bersabar dengan sikap tamak abangnya ini.

Bukannya ibu bapa mereka tidak mewariskan apa apa harta Ferhad , malah lebih daripadanya tetapi apakan daya jika sifat tamak sudah menguasai diri.

"Okaylah Fez fikir-fikirkan la , and lastly aku doakan semoga kau cepatlah jumpa anak dara kesayangan kau tu ya dan jangan lupa kirim salam dekat Fezra maklumlah dia anggap kau je abang dia"Encik Ferhad berlalu keluar daripada rumah agam itu dengan senyuman puasnya.

Wajah adik perempuan bongsunya bermain dalam ingatan.Fezra.

Encik Fezrul yang sedang menahan amarahnya cuba bersabar dengan sikap Encik Ferhad.

Dia tidak tahu jika dia mampu bersabar atau tidak dengan sikap abangnya itu.

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now