- MFH 16 -

37 7 0
                                    

Tubuh yang tersarung baju kurung Pahang yang berwarna navy blue itu dipandang.Dipadankan dengan selendang berwarna putih.Dia berdiri di hadapan cermin yang agak besar di tepi dinding.

Hatinya sedikit berdebar memandangkan ini kali pertama dia akan ke majlis yang besar sebegitu.Maklumlah dia bukan pernah hadiri majlis golongan VIP seperti ini.

Dia hanya mengenakan solekan tipis.Sekadar untuk menaikkan seri wajahnya.Sedang ralit dia menilik dirinya pada pantulan cermin itu , dia terdengar ada orang memberi salam daripada luar.

Pintu rumah dibuka sebelum dia melangkah keluar daripada rumahnya.Dan firasatnya tepat sekali , yang memanggilnya tadi adalah jirannya.

Jiran baharunya.

"Waalaikumussalam.. "Salam dibalas sebelum senyum mulai terbit dari bibirnya.Terlihatkan lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya.

Memandangkan rumahnya ini rumah teres biasa ,tiada penghadang yang tinggi pada tepi rumahnya.Jadi jiran-jiran boleh sahaja berbual atau bertanya khabar tanpa perlu keluar daripada kawasan rumah.

"Saya ada buat kek sikit ,ambillah"Kata jiran barunya.Ayreena sedikit terpempan melihat jiran barunya ini.

Wajah itu macam pernah dilihat.Tapi dimana ? Apabila dia sedar akan jirannya fikirannya tadi terus merewang-rewang entah ke mana.

Takkanlah.

Ayreena menyambut huluran jirannya.Senyuman dimaniskan.Dia baru sempat untuk bertemu dua muka depan jiran barunya ini.

"Terima kasih , buat susah susah je .. nama awak siapa ?"Soal ayreena pula sekadar berbasa-basi.Lagipun dia perlu juga tahu , manatahu jikalau ada kecemasan.

Dia bukan ingin menyibuk, memandangkan jirannya juga ini juga perempuan sepertinya tidak salah jika saling mengambil berat.

"Nama saya Farisya , panggil isya pun boleh .. umur 21"Ujar Farisya lalu menghadiahkan senyuman manis kepada Ayreena.

Dia begitu terpesona melihat kecantikan Ayreena.Wajah gadis itu kelihatan manis lagi-lagi apabila tersenyum.

"Nama akak Ayreena , panggil Reen pun boleh tak pun panggil akak pun takpe sebab awak muda lagi dari akak"Ramah Ayreena membalas.Memandangkan dia lebih tua , apa salahnya kalau panggil akak kan ? Lebih akrab.

Sedang ralit berbual-bual tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumah Ayreena.BMW i8 berwarna hitam itu dipandang Ayreena.

"Akak minta diri dulu ya ,kawan akak dah sampai"Kata Ayreena sebelum masuk kembali ke dalam rumah untuk mengambil beg tangannya.Heels itu disarungkan ke kakinya.

Haider yang sedang bersandar elok pada keretanya itu kembali berdiri tegak apabila Ayreena menghampirinya.Jejaka itu mengenakan satu set lengkap sut berwarna navy blue.Sama ton warna dengan baju Ayreena.

Ayreena menilik Haider dari atas hingga bawah.

"Kenapa ? tak okay ke ?"Soal Haider dengan sebelah keningnya terangkat.Dah kenapa Ayreena ni tilik dia macam tu.

Ayreena hanya menggeleng.Saja nak pastikan yang itu betul-betul Haider atau tidak.Nampak handsome semacam je.

"Saje nak make sure betul ke ni awak ,you look good in that suit"Pujian Ayreena itu membuatkan telinganya mula memerah.

Ayreena ketawa melihat reaksi Haider yang malu itu.Matanya meliar di sekeliling kawasan itu.Takut-takut Dayyan, Darwisy dan Zayden mengikutinya.Mahu malu 7 keturunan.

Jejaka beku blushing bila dipuji pujaan hati ?

Sepanjang perjalanan mereka hanya ditemani sepi.Tiada siapa berani membuka bicara , baik Haider mahupun Ayreena.

"Kenapa awak tak ajak girlfriend awak je teman awak ? saya malu la"Ujar Ayreena sambil memandang ke arah Haider yang sedang memandu.

Dia bukan apa ,dia takut dia terlalu kaku ketika berada di sana biarpun ianya hanya sekadar majlis perkahwinan.Lagipun dia tidak akan marah jika Haider mempunyai kekasih hati memandangkan mereka akan berkahwin tanpa ada rasa cinta.

Tapi iya ke tanpa rasa rasa cinta ?

' Betul ke tak marah Ayreena ? ' soalan ini sedang bermain di fikirannya.Entah mengapa dia tiada jawapan untuk soalan itu.

"Saya mana ada girlfriend , sebab tu saya ajak awak jadi girlfriend saya.Girlfriend yang halal untuk saya"Tutur Haider sebelum bibir itu naik menguntum senyuman.

Dia tidak sangka yang dia akan berkata begitu kepada Ayreena.Tetapi apa boleh buat , kalau otak kata tidak tapi hati kata ya ?

Ayreena tergamam mendengar jawapan Haider.Dia tidaklah begitu lembab untuk tidak faham akan maksud jejaka itu.Hati yang asalnya berdebar semakin berdebar debar apabila berada dengan Haider.

"Tadi awak borak dengan siapa ?"Haider menoleh memandang Ayreena.Dia nampak yang Ayreena tengah rancak berbual tadi.

"Jiran baru saya , kenapa awak tanya ?"Ayreena yang sedang bermain telefon bimbit itu menjawab.Sedang ralit membalas chat Sophea.

Haider di sebelah langsung tidak dipandang.Jika dipandang takut makin berdebar.

"Takdelah saja tanya , sebab tadi saya ada dengar yang orang tu kata 'kawan' dia dah sampai"Perkataan kawan sedikit ditekankan.Senyuman sinis mulai terbit dari bibir Haider.Sengaja mahu menguji gadis itu.

Ayreena menelan pahit liurnya.Ha sudah , macam mana Haider boleh dengar pulak ni.

"E-err hehe saya taktahu nak cakap macam mana dekat dia jadi saya katalah awak kawan saya"Ayreena menayangkan senyuman janggal.Habislah Ayreena.

Haider yang sedang fokus memandu itu sudah tersenyum puas.Agak sedikit tergagap-gagap Ayreena menjawab.

"Next time , awak patut cakap yang 'bakal suami saya dah sampai '.Do you get it honey ?"Sudahnya Ayreena hanya memandang ke arah telefon bimbitnya.Tidak rasa ingin membalas.

Semakin lama , semakin tak keruan dia apabila bersama dengan Haider.Boleh mereng dia macam ni.

Sesampainya di hotel bertaraf 5 bintang itu , Ayreena menarik nafas panjang.Dia berjalan menghampiri Haider.

"Don't worry everything's gonna be fine, you have me here"Haider menepuk perlahan dadanya lalu tersenyum kecil.Cuba menghilangkan rasa gugup dalam diri Ayreena.

"And You look stunning in that baju kurung , now that baju kurung be my favorite one"Ayreena tidak tahu sudah kali ke berapa hatinya berdebar.Ikut hati mahu sahaja di sellotape mulut Haider ini.

Setiap ayatnya pasti mengundang debar pada Ayreena.Boleh kiok dia kalau hari hari kena hadap perangai Haider yang satu ini.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam dewan mewah itu , mereka disambut oleh Eryan dan ahli keluarganya.

"Your late bro , 3 orang tu dah sampai dah.By the way , who's this ?"Soal Eryan dengan senyuman manisnya.Terpegun melihat gadis yang berdiri di sebelah Haider itu.

Ayreena hanya membalas senyuman sahaja.Kacak juga jejaka di hadapannya ini.

"She's my future wife , Ayreena"Eryan sudah tersengih-sengih memandang Haider dan Ayreena.Tidak sangka Haider yang beku sentiasa itu pun sudah bertemu jodoh.

"Maksu dah tahu ke ? mesti seronok dia"Eryan bersuara lagi.Dia boleh bayang bertapa seronoknya Puan Helena jika melihat bakal menantunya.Sudahlah cantik , sopan pula.

Dan ya , Eryan dan Haider sepupu.Puan Heliza adalah adik kepada mama Eryan.Tidak hairanlah jika mereka rapat.

"Nanti aku kenalkan , you look more handsome today"Bisik Haider sebelum berlalu ke mejanya.Ayreena pula hanya mengikut langkah Haider.

Ingin sahaja dia mengutuk Haider yang sudah jalan laju kedepan pada ketika ini.Langkah besar betul.

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now