- MFH 2 -

67 10 0
                                    

Tangan yang sedang menaip sesuatu di komputer itu terhenti serta merta.Dia hanya menayangkan wajah dinginnya.

"How's qay ? jumpa tak ?"Soalannya dijawab dengan gelengan daripada lelaki itu.

Haider melepaskan keluhan sebelum menyandarkan badannya di kerusi kerjanya.

Bum

Terbuka luas pintu bilik kerja Haider selepas dirempuh oleh Darwisy dan Dayyan.Amarah cuba ditahan sebaik mungkin.

' Apa kena dengan dua ekor anak tapir ni ? '

"Alaa sorry la Dayyan , aku tak sengaja"Kata Darwisy sambil menyorok di belakang kerusi Haider.

Hanya Haider yang mampu menyelamatkannya pada ketika ini.

"Tak sengaja kepala otak kau ! tengok habis kotor baju aku"Dayyan cuba mengejar Darwisy namun tindakan dua orang jejaka itu terhenti apabila terdengar sesuatu.

Krak !

Pen yang berada di tangan Haider itu sudah patah dua.Liur ditelan sebelum dia mengambil tempat di sebelah Qay Zayden.

Darwisy yang berada di belakang Haider cepat-cepat melarikan dirinya.

"Hehe ni kopi kau , make by miss Ayreena as your request"Kata Darwisy dengan senyuman kekok.

Wajah dingin tadi terus bertukar kepada biasa tetapi masih tiada senyuman pada wajah kacaknya itu .

"Thank you"Dia menyisip perlahan kopi itu sebelum terbit senyuman kecil daripada bibirnya.

Tiga pasang mata itu memandang pelik ke arah Haider.Mamat ni ada tersalah makan ke ? takkanlah penangan hot latte boleh jadi macam ni.

Bukanlah mereka taktahu yang Haider ialah antara orang yang paling kedekut atas muka bumi ni.Kedekut apa ? Kedekut senyuman dan ucapan terima kasih.

"Tapi kan muka Ayreena barista kesayangan Haider tu ada iras-iras Helena"Kata Dayyan sebelum dia pantas menekup mulutnya.

' Aduhh , apa kau ni Dayyan ! jahat mulut ! jahat mulut ! '

Dia menepuk nepuk mulutnya itu.Darwisy dan Zayden sudah memandang ke arahnya.Kau memang cari nahas Dayyan.

Haider memanggungkan kepalanya memandang Dayyan.Betul ke ? Sejujurnya dia tidak pernah melihat lagi bagaimana rupa gadis yang bernama Ayreena itu.

Sekadar tahu tentang namanya sahaja.

Haider hanya menunjukkan riak wajah biasa.Darwisy,Zayden dan Dayyan memandang wajah kacak itu dengan pandangan pelik.

Is this really Fez Haider ? Nampak macam bukan je.

"Aizrel Darwisy aku ada letakkan fail pasal projek kondominium tu atas meja kau , do your work properly"Pesan Haider sambil menyisip kopinya itu.

Rasa sayang pulak nak minum bagi habis.

"Dayyan Ezany , kau tahu apa kerja kau kan ?"Pantas sahaja Dayyan mengangguk sebelum dia terus keluar daripada pejabat Haider lalu menuju ke pejabatnya.

"Tak habis-habis lagi ke minum kopi tu , lama naww.. ke sayang nak habiskan?"Perli Darwisy sebelum berlari keluar daripada pejabat jejaka bermata coklat itu.

Haider hanya mengangkat sebelah keningnya.

"And you Qay , aku dah hantar list tu .. don't forget to check "Zayden hanya mengangguk sebelum dia juga turut mengangkat punggung ingin keluar daripada pejabat Haider.

Dia hanya menyandarkan tubuhnya sebelum matanya dipejamkan buat seketika sebelum iris coklat itu memandang tepat kepada skrin komputernya.

"Ayreena .."

------

Arghh !!

"Mana adik aku ?"Soal Haider sebelum dia menarik kasar baju lelaki itu.

Dia yakin lelaki ini dihantar oleh orang yang sama ketika kes kehilangan adiknya dahulu kerana terdapat tanda X pada lengan lelaki itu sama seperti lelaki yang dia bunuh di hotel tempoh hari.

Tanda itu seperti ditoreh dengan benda yang tajam.

Darwisy , Dayyan dan Zayden hanya memandang lelaki dengan pandangan kosong.Malas nak masuk campur.

"Aku tak tahu ! aku tak tahu !"Jerit lelaki itu.Dia memegang bahunya yang ditusuk dengan pisau belati milik Haider.

Darah yang mengalir keluar daripada bahu lelaki itu hanya dipandang.

"Jawapan bodoh"Gumam Darwisy perlahan sambil memeluk tubuhnya.Lolipop dimulutnya dihisap.

Haider menusuk pisau itu pada bahagian peha kanan lelaki itu membuatkan makin kuat lelaki itu menjerit kesakitan.

"Siapa yang hantar kau ?"Soal Haider buat kesekian kalinya.Lelaki ini telah ditangkap kerana telah mencerobohi pejabatnya peribadinya.Pejabat yang tidak semua orang dapat masuk.

Mujur sahaja pada ketika itu dia masih berada di dalam bangunan itu.

"ak..aku ta..tak -- "Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya Haider menusuk pisau itu pada peha kirinya pula.

Dingin wajahnya ketika ini.

"You know I hate to ask the same question .."Haider bangun dari duduk bercangkung sebelum dia mengeluarkan desert eagle mark xix 50ae daripada poket kot nya.

bang

Dengan serta merta peluru itu terus menembusi dada lelaki itu.Haider mengelap tangannya yang penuh darah itu menggunakan sapu tangan.

"Kan dah mati , lain kali orang tanya jawab"Kata Dayyan sebelum dia juga turut memeluk tubuh.

Zayden hanya menggelengkan kepalanya.Mulut puaka betul dua ekor ni.

Karang peluru pistol Haider tu yang tembus dahi korang kang.

"Suruh diorang uruskan jantan ni"Kata Haider sebelum dia keluar daripada bilik itu meninggalkan mereka bertiga.

"Kau jela settlekan Darwisy"Kata Zayden ingin menyakat.

Darwisy sudah membuat muka jijik.Eee apahal aku pulak.

"Tak nak aku , Dayyan kau la yang settlekan"Dayyan menunjukkan dirinya menggunakan jari telunjuknya.

aku ? memang tak lah !

"Dia suruh budak-budak tu kan , apahal kau suruh kitorang ?"Soal Darwisy dan Dayyan tidak puas hati.

Suka hati kau je mengarah orang.Geli tahu tak geli.

Zayden sudah ketawa melihat reaksi dua ekor makhluk tu.

"Ni jantan ori ke copy paste ni ?"Zayden memegang perutnya yang terasa sakit akibat mentertawakan Darwisy dan Dayyan.

Darwisy dan Dayyan hanya menunjukkan jari tengah mereka sambil mulut menyebut perkataan ' buto ' kepada Zayden.

Mrs Fez Haider [OG]Where stories live. Discover now