Bab 15

173 18 0
                                    


Tengku Adrian menganggukkan kepalanya. Dia beriak sangat tenang.

Eppy mengerutkan keningnya. Dia memandang tepat ke mata Tengku Adrian.

"Tak mungkin Eden jadi isteri kau. Kalau dia nak khawin, mesti beritahu aku. Takkan aku sebagai adik dia tak diberitahu mengenai perkara penting macam ni".

Tengku Adrian mengeluarkan salinan sijil nikahnya bersama Eden dan ditunjukkan pada Eppy. Tengku Adrian memegang bahu Eppy, dia kemudian menepuk perlahan bahu Eppy. Satu senyuman diberikan pada Eppy. Eppy terpana melihat sijil nikah tersebut.

"Banyak benda yang terjadi dekat kak Eden, tapi satu yang abang dapat cakap dekat Eppy, abang betul-betul sayangkan kak Eden".

Eppy melepaskan satu keluhan berat. Dia mengurut keningnya perlahan. Dia menolak tangan Tengku Adrian yang berada di bahunya. Dia mengeluarkan semula aura gelapnya. Pandangannya tajam pada Tengku Adrian.

"Baik, aku bagi kau jaga Eden. Tapi kalau aku dapat tahu kau sakitkan Eden, siap kau aku kerjakan kau".

Eppy memberi amaran keras pada Tengku Adrian. Tengku Adrian hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Dia kemudian berjalan menuju ke perpustakaan. Eden yang baru keluar dari perpustakaan terlihat Tengku Adrian yang berjalan menghampirinya. Mukanya kembali masam mencuka. Eppy yang juga menuju ke perpustakaan untuk berjumpa dengan Eden terus berlari memeluk lengan Eden sebelum sempat Tengku Adrian menghampiri Eden. Eppy kemudian tersenyum sinis. Tengku Adrian yang terlihat senyuman sinis Eppy terus tersenyum lebar.

'Dua-dua comel'. Bisik hati Tengku Adrian.

Syafiq yang melihat Tengku Adrian tersenyum hanya mampu menggelengkan kepalanya. Mereka berjalan bersama-sama menuju ke kelas 6 sains. Eppy merapatkan bibirnya ke telinga Eden. Eden sedikit tersentak melihat perbuatan Eppy.

"I love you sis. Kalau ada apa-apa masalah kongsi dengan Eppy. Jangan simpan seorang-seorang".

Eden menganggukkan kepalanya. Dia kemudian mengusap rambut Eppy kasar. Eppy memuncungkan bibirnya kerana tidak suka diperlakukan seperti itu. Eden tertawa melihat muka masam Eppy. Tanpa mereka sedari, perbuatan mereka dilihat oleh Tengku Adrian. Tengku Adrian menarik nafas lega. Sekuarang-kurangnya dia tahu yang masih ada ahli keluarga Eden yang menyayangi Eden.

Baru Tengku Adrian ingin masuk ke dalam kelas, lengannya disambar oleh seseorang. Dia memberikan pandangan yang tajam pada wanita yang tanpa segan silu memegang lengannya. Diane tersenyum semanis yang mungkin pada Tengku Adrian.

"Tolong lepaskan tangan aku". Tengku Adrian bersuara tegas.

Diane yang sedikit terkedu mendengar suara kasar Tengku Adrian menarik tangannya.

"Kenapa Ad nak marah. Sebelum ni tak pernah marah pun". Diane dah mula menghentak kakinya, merajuk.

Eden, Yuna dan Husna hanya memandang adegan itu sekilas pandang sebelum masuk ke dalam kelas. Eden sempat tersenyum sebaris sebelum mengambil tempat duduknya. Sedang dia mengeluarkan buku untuk subjek seterusnya, mejanya dihentak kuat. Dia sedikit terkejut, dadanya diusap perlahan. Eden melihat siapa yang berada dihadapannya. Muka Diane sedang merah menahan marah. Eden memandang pelik pada Diane.

"Kenapa kau tersenyum menyindir tadi?. Kau ingat aku tak nampak?". Eden melepaskan satu keluhan.

Kali ini Eden malas mahu melayan kerenah Diane. Dia dah cukup letih bergaduh hari-hari dengan Diane. Lagipun padanya bukan salah dia apabila Tengku Adrian rapat padanya. Dia tidak pernah berniat untuk menghampiri Tengku Adrian.

Diane yang melihat Eden tidak mengendahkannya semakin berang. Dia merampas buku yang berada pada Eden dan terus mencampak buku itu. Dia kemudian menarik rambut Eden. Kepala Eden terteleng. Dia melepaskan keluhan. Husna yang berada disebelah Eden terus menarik rambut Diane. Kepala Diane juga terteleng akibat ditarik oleh Husna.

Bambam Is GorgeousWhere stories live. Discover now