Cikgu Mila masuk ke dalam kelas tingkatan 6A membawa buku-bukunya. Cikgu Mila adalah guru kelas kami dan guru matapelajaran Pengajian Am. Aku dan Husna sudah bersedia mengeluarkan buku diatas meja.
"Pagi ini saya akan ambil kehadiran dahulu. Dalam pukul sepuluh nanti jadual kelas kamu akan keluar".
Pelajar-pelajar kelas tingkatan 6A sudah bersorak. Mana ada pelajar yang tak suka bila dapat masa lapang tanpa guru, betul tak. Aku juga mestilah gembira. Masa tidur aku.
"Jangan nak seronok sangat. Ingat, kamu semua bakal menghadapi STPM pada tahun ini".
Masing-masing sudah mengerutkan muka. Seram apabila disebut mengenai peperiksaan. Aku sudah tersengih. Aku juga tergolong dalam kategori orang yang tidak susah untuk lulus peperiksaan.
"Hari ni, ada pelajar baru yang akan masuk ke dalam kelas ini. Saya harap kamu boleh bantu rakan kamu tu sebab dia mungkin telah tertinggal banyak".
Semua mata sudah terarah pada pintu kelas. Bella, Diane dan Dian sudah merapikan rambut masing-masing. Cermin juga dibuka untuk melihat wajah mereka pada masa itu. Cantik atau tidak. Aku tersenyum sinis. Husna sudah menepuk lengan aku. Dia faham apa yang bermain difikiran aku pada ketika ini.
"Tengku Adrian, masuk".
Aku hanya melihat sekilas pelajar baru yang masuk ke dalam kelas aku. Aku mencebik sedikit sebelum menundukkan wajah aku menghadap buku diatas meja. Pensil aku ambil dan aku coret-coret menjadi gambar sekuntum bunga tulip.
Mata Bella, Dian dan Diane sudah membulat melihat Tengku Adrian masuk ke dalam kelas. Pelajar perempuan lain juga sudah terlopong mulutnya manakala pelajar lelaki sudah tersengih sesama sendiri. Manakan mereka tidak terkejut. Tengku Adrian adalah bekas pelajar di Tengku Muhaimin School. Dia dikhabarkan berpindah ke New York, kini dia kembali semula ke sini.
"Adrian, kamu boleh duduk di meja kosong disebelah Syafiq".
Tengku Adrian tersenyum pada Cikgu Mila dan menganggukkan kepalanya.
"Baiklah cikgu. Terima kasih".
Tengku Adrian berjalan dihadapan Eden. Dia sempat melihat Eden yang langsung tidak menoleh dan melihatnya.
'Apa yang dia tengah buat?'.
Eden yang leka dengan bukunya membuatkan Tengku Adrian tertanya-tanya. Mata Adrian melihat buku dihadapan Eden.
'Tulip?. Nice'.
Cikgu Mila mengemas bukunya semula. Dia mengangkat dan merapatkan bukunya di dada.
"Baiklah kelas. Saya keluar dahulu. Jumpa semula semasa kelas pengajian am nanti".
Cikgu Mila keluar dari kelas.Tengku Adrian duduk disebelah Syafiq. Dia meletakkan begnya dibelakang kerusi. Suasana kelas kembali bising. Dia kemudian berjabat tangan dengan Syafiq.
"Woi bro, lama tak dengar berita. Bila balik Malaysia?".
Syafiq tersengih sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Dia bermain-main dengan memusing-musing pen di tangan.
"Baru lagi".
Syafiq berhenti memusing pen. Dahinya berkerut seketika.
"Wait, sekejap. Bukan kau dah ada degree ke dekat New York?".
Tengku Adrian hanya tersenyum pada Syafiq. Dia kemudian mengangkat keningnya sebelah.
"Memang aku dah ada degree pun. Syaf rapat sikit, aku nak bagitahu something".
Syafiq mendekatkan telinganya pada Tengku Adrian. Tengku Adrian berbisik pada telinga Syafiq.
"Sebenarnya, aku tengah sambung Master dekat Universiti Malaya".
YOU ARE READING
Bambam Is Gorgeous
Roman d'amourAku Eden. Aku anak kedua dari tiga adik beradik. Berat aku 85 kg. Kalau markah peperiksaan aku sama macam berat aku, akulah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang aku ni lembab sikit pasal belajar, jadi aku re...