Syafiq terkejut melihat Tengku Adrian yang bengkak pipinya. Dia terus menarik bahu Tengku Adrian supaya menghadap kearahnya. Tengku Adrian memalingkan muka melihat Syafiq. Muka Syafiq berubah bengis.
"Siapa yang tumbuk kau ni Ian. Memang nak kena budak tu, tak makan saman betul!".
Eden yang mendengar jeritan Syafiq mula menelan air liur. Dia memang tahu yang Syafiq ni kalau mengamuk memang menggerunkan. Tengku Adrian hanya tersenyum. Matanya terarah pada Eden. Dia kemudian menggelengkan kepalanya.
"Chill Syaf. Aku boleh handlelah. Benda kecil je ni".
Syafiq mengerutkan dahinya. Dia tidak memahami maksud erti kata Tengku Adrian sebentar tadi, namun dia dapat melihat dengan jelas mata Tengku Adrian tidak beralih dari memandang ke arah Eden. Seperti sedikit memahami apa yang terjadi Syafiq terus bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Eden. Tengku Adrian yang nampak Syafiq menghampiri meja Eden juga turut bangun.
Sampai sahaja dimeja Eden, Syafiq terus menarik baju Eden kehadapan. Eden sedikit terkejut. Eden menarik nafas dalam sebelum melepaskannya dengan lembut. Dia cuba menjadi setenang yang boleh. Farid sudah bangun dan memegang lengan Syafiq. Dia menarik lengan Syafiq supaya melepaskan Eden.
"Apa yang kau dah buat dekat Ian, sampai biru muka dia?".
Nada suara Syafiq sangat tegas. Aku hanya tersenyum sinis mendengar pertanyaan Syafiq.
"Kalau boleh, aku sebenarnya nak sagat muka dia sampai orang tak boleh nak kenal siapa dia".
Syafiq semakin panas mendengar ayat yang dikatakan oleh Eden. Dia menarik Eden rapat dengannya. Eden mula mendengus kasar. Rakan sekelas yang lain sudah melihat mereka seperti menonton drama tak bertajuk. Farid masih lagi menarik Syafiq supaya menjauhi Eden.
"Kenapa kau tumbuk dia tanpa sebab?. Aku warning kau, kalau kau berani apa-apakan dia lagi sekali, siap kau aku kerjakan".
Eden menunjukkan muka beku. Hatinya semakin panas. Kali ini dia pula yang menarik kolar baju Syafiq. Syafiq sedikit bergerak kehadapan. Eden berbisik ditelinga Syafiq.
"Kalau kau nak tahu kenapa aku tumbuk dia, kau tanyalah dia sendiri. Ni aku nak warning kau, jauhkan kawan sial kau tuh dari aku. Aku benci tengok muka dia, merosakkan mata aku je".
Syafiq mengangkat tangannya tinggi untuk melempang Eden. Dia tidak betah melihat kawannya dihina. Tangannya dihayun sekuat hati ke arah pipi Eden. Belum sempat tangannya menyentuh pipi Eden, ada tangan lain yang mencapai tangannya. Dia melihat pemilik tangan tersebut.
Tengku Adrian sedang memegang kemas tangan Syafiq. Wajahnya kelihatan bengis. Farid menolak badan Syafiq menjauhi Eden. Syafiq terundur beberapa langkah kebelakang. Dia kemudian terlihat leher Eden yang merah. Matanya sedikit membulat.
Sekejap dia memandang ke arah Tengku Adrian dan sebentar kemudian dia menoleh ke arah Eden. Dia mula memahami apa yang terjadi sebenarnya. Dia meraup kasar rambutnya dan melepaskan satu keluhan berat. Dia ingin beredar ke tempat duduknya semula namun pergerakannya ditahan.
"Minta maaf dulu, baru kau boleh balik tempat kau".
Tengku Adrian yang memegang lengan Syafiq tetap dengan wajah bengisnya. Syafiq melepaskan keluhannya sekali lagi.
"Aku minta maaf"
Syafiq terus beredar ke tempatnya. Tengku Adrian melihat Eden bersama senyuman sinisnya. Dia juga kembali ke tempatnya. Kelas berlangsung seperti biasa selepas kejadian itu.
Tamat sahaja waktu persekolahan, Eden terus mengemas buku dan memasukkannya ke dalam beg. Dia berpelukan dengan Yuna dan Husna sebelum bergerak laju keluar dari kelas.
Tengku Adrian juga turut mengikuti gerak langkah Eden. Dia memandu kereta Honda Civic Type R dan mengikuti ke mana Eden pergi. Dia berhenti di bahu jalan melihat Eden menunggu bas. Sebaik Eden memasuki ke dalam bas, dia terus memandu mengikuti bas tersebut.
"Mana my bunny nak pergi?".
Tengku Adrian melihat Eden turun di restoran Mcdonald's. Tengku Adrian mengerutkan dahinya.
"Bukan ke duit dia dah habis tadi sebab bagi adik dia, mana dia dapat duit nak beli makanan dekat sini pula ni".
Tengku Adrian memarkingkan keretanya dipetak meletak kenderaan dan masuk ke dalam Mcdonald's. Dia duduk di satu sudut meja yang sedikit terpencil. Dia melihat Eden keluar dari bilik air memakai seluar slack hitam dan kemeja berwarna maroon. Rambutnya masih lagi diikat tinggi. Dia kemudian memakai topi hitam yang punya garisan merah ditepi.
Tengku Adrian melepaskan satu keluhan. Rupa-rupanya Eden bekerja di Mcdonald's setelah tamat waktu persekolahannya. Tengku Adrian bergerak ke skrin Mcdonald's dan menekan pada skrin untuk memilih menu makanan. Dia kemudian duduk menunggu makanannya siap. Dalam pada itu dia melihat Eden mengemas meja, menyapu lantai dan menghantar makanan yang tertangguh. Tengku Adrian leka melihat Eden melakukan kerjanya.
Eden mencari nombor 356. Makanan yang diorder telah siap namun pemiliknya tidak mengambil di kaunter jadi dia perlu menghantarnya.
"Mesti orang ni berdua sebab dia order set besar chiken mac deluxed dan set besar big mac".
Eden memusing-musing mencari nombor pada kertas. Langkahnya mula perlahan apabila dia dapat mengecam pemilik makanan itu. Dia melepaskan satu keluhan. Dia terus bergerak menghampiri seorang lelaki yang memakai baju sekolah. Eden meletakkan makanan itu diatas meja dan ingin terus beredar namun tangannya digapai oleh lelaki itu.
"Kau jangan sampai aku simbah kau dengan air coke ni. Berapa kali aku nak cakap dengan kau yang aku ni bukan muhrim kau tak boleh pegang-pegang sesuka hati".
Tengku Adrian melepaskan pergelangan Eden. Dia dapat lihat leher Eden yang mempunyai 'love bite' itu telah ditampal dengan plaster.
"Aku belikan satu set lagi nie untuk kau. Makanlah".
Eden menoleh melihat Tengku Adrian. Dia mengerutkan dahinya. Dia kemudian melepaskan satu keluhan.
"Terima kasihlah, tapi aku tengah kerja tak boleh nak makan".
Eden terus beredar masuk ke bahagian staff Mcdonald's. Tengku Adrian hanya menghirup air cokenya sedikit. Dia kemudian beredar ke keretanya dan mengeluarkan Macbook Pro untuk dibawa ke dalam Macdonalds.
Tengku Adrian menaip di papan kekunci Macbook Pro sambil sesekali mencari kelibat Eden. Sedang dia leka melakukan kerjanya, secara tiba-tiba ada sesuatu yang sejuk melekat di pipinya membuatkan dia terkejut. Dia terus menoleh.
"Ambillah ni, buat tuam bengkak kau tu. Aku tengok makin biru lebam kau tu. Kau memang tak nak buat apa-apa ke dengan luka kau tuh?".
Tengku Adrian mengambil kain yang diberi oleh Eden dan menekap pipinya. Dia kemudian tersenyum pada Eden.
"Sayang juga kau dekat akukan".
Eden menunjukkan riak muka menyampah.
"Aku layan kau sebagai seorang hamba Allahlah sengal".
Eden terus menginggalkan Tengku Adrian sekali lagi dan menyambung kerjanya. Dia mengemas meja yang punya sampah dah mengelap meja itu menggunakan air sanitiser. Sesekali dia menoleh melihat Tengku Adrian.
'Kenapalah mamat sewel nie tak balik lagi. Apa yang dia tunggu sebenarnya?'.
From author:
Sis hope BIG readers will enjoy this story. Terima kasih semua reades..suka baca..jangan lupa vote dan komen ya..😄😄😄

ANDA SEDANG MEMBACA
Bambam Is Gorgeous
RomansAku Eden. Aku anak kedua dari tiga adik beradik. Berat aku 85 kg. Kalau markah peperiksaan aku sama macam berat aku, akulah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang aku ni lembab sikit pasal belajar, jadi aku re...