Bab 7

956 75 10
                                    

Aku terkesima melihat Tengku Adrian berada di belakang aku sambil tangan kanannya memegang pergelangan tangan lelaki yang aku gelar ayah.

Muka ayah kelihatan bertambah bengis. Aku menggenggam erat beg sekolah aku. Ayah menarik kasar tangannya.

"Ini ke jantan yang melahap kau tadi?. Owhh, rupanya kau memang dah banyak kalilah melacur".

Ayah menggenggam tangan aku kuat. Aku mengeluh kesakitan. Aku cuba melepaskan pegangan ayah namun tidak berjaya.

"Kau memang suka melacurkan. Esok aku hantar kau dekat Kumar. Banyak sikit aku boleh dapat".

Mata aku terus membulat. Aku semakin meronta-ronta minta dilepaskan. Aku tahu siapa Kumar. Kumar adalah along merangkap bapa ayam. Dia tidak punya belas kasihan sama ada pada lelaki atau perempuan.

Ayah sudah merentap tangan kanan aku masuk ke dalam rumah. Baru beberapa langkah aku ke hadapan tangan kiri aku pula direntap dari luar rumah. Tengku Adrian memegang tangan aku erat. Wajahnya menunjukkan riak tegas.

Ayah yang tersentak, menjeling ke arah belakang. Mata ayah sangat menggerunkan.

"Kau dah tidur dengan si gemuk ni, kau nak apa lagi?!".

Muka Tengku Adrian berubah merah. Giginya diketap kuat. Urat lehernya terkeluar.

"Pak cik ni bapa jenis apa yang sampai sanggup bagi anak dekat orang lain untuk dijadikan pelacur?".

Ayah sudah ketawa terbahak-bahak. Dia kemudian mencebikkan bibirnya.

"Kau kisah apa, dia anak aku. Suka hati akulah. Kalau aku jual dia pun aku tak taulah sebenarnya dia ni laku atau tak".

Ayah memandang aku atas ke bawah. Hati aku mula berapi. Aku cuba sedaya upaya menahan rasa marah yang kian menggunung.

"Kalau pak cik nak sangat jual anak pak cik nie, jual dekat saya sahaja".

Aku menunjukkan riak terkejut. Mata aku membulat. Apa maksud Tengku Adrian yang sebenarnya. Ayah tertawa sekali lagi. Kali ini dia siap memegang perutnya. Matanya pula berair.

"Berapa sahaja kau boleh bagi dekat aku haa..budak hingusan!".

Aku menarik tangan aku dari pergelangan tangan Tengku Adrian namun pegangannya erat. Aku mengerutkan kening aku pada Tengku Adrian. Dia hanya beperwatakan biasa melihat aku.

"Berapa pak cik nak?"

Aku menjengilkan mata pada Tengku Adrian. Aku bersuara perlahan pada Tengku Adrian memberi peringatan.

"Aku bukan barang".

Tengku Adrian tidak memperdulikan aku. Ayah mengusap dagunya perlahan.

" Tiga puluh lima ribu".

Aku lihat mata ayah sudah terpancar sinar wang. Aku melepaskan keluhan kasar. Aku semakin benci pada ayah.

Tengku Adrian terus beredar. Ayah menjadi terpinga-pinga sebelum melepaskan tawanya lagi. Dia menunjal-nunjal kepala aku.

"Kau tengok tuh, jantan yang kau tidur. Dengar je aku cakap terus berambus".

Aku menjeling pada ayah. Hati aku semakin sebal. Baru aku ingin mengangkat beg dan beredar, tangan aku dipegang oleh seseorang. Aku menoleh. Tengku Adrian tersenyum pada aku.

"Ini duit yang pak cik nak, esok peguam saya akan datang untuk pak cik tandatangan surat yang pak cik dah jual anak pak cik dekat saya".

Dia menyerahkan cek bernilai tiga puluh lima ribu pada ayah sebelum menarik tangan aku keluar dari rumah. Dari kejauhan aku boleh lihat, Ayah yang pada mulanya terkesima mula meloncat-loncat kegembiraan melihat cek yang diberi oleh Tengku Adrian. Dia kemudian mencium-cium cek itu.

Bambam Is GorgeousWhere stories live. Discover now