Eden memberi isyarat pada Eppy untuk pergi membeli makanan. Eppy menarik tangan Hakim untuk membantunya. Tengku Adrian yang sedari tadi memandang Eden tidak Eden endahkan. Husna yang duduk di sebelah Eden mencuit pinggang Eden. Eden menoleh ke arah Husna. Keningnya diangkat sebagai tanda bertanya pada Husna. Husna terus mengerengkan kepalanya ke kanan berdekatan telinga Eden.
"Kenapa dengan Adrian tu?.
Husna sengaja berbisik perlahan.
"Gila!"
Eden pantas menjawab. Suaranya juga sengaja dikuatkan. Tengku Adrian tersenyum mendengar kata-kata Eden. Husna laju menoleh melihat Tengku Adrian. Farid, Husna dan Syafiq pula menoleh melihat Eden. Tengku Adrian tersenyum menggoda pada Eden.
"Aku gilakan kau".
Mulut masing-masing ternganga mendengar jawapan dari Tengku Adrian. Eden menunjukkan riak menyampah. Kaki Tengku Adrian di tendang kuat. Tengku Adrian menggigit bibirnya menahan sakit. Dia cuba mengekalkan riak wajah yang sama. Tersenyum pada semua.
"Kau jangan nak mengarut boleh tak?"
Eden cuba mengawal suaranya. Tengku Adrian tersenyum melihat keletah Eden. Eden benar-benar mencuit hatinya. Rasa sayangnya pada Eden semakin bertambah. Tidak perlu berlagak manja. Cukup dengan kelakuannya yang tidak melampau.
" Betul apa yang aku cakap. Kalau aku tak gilakan kau, tak ada aku kh...."
Mata Eden membulat. Dia terus bangun dan menekup mulut Tengku Adrian menggunakan kedua-dua tangannya. Kali ini mulut masing-masing semakin terbuka luas melihat kelakuan Eden.
Yuna dan Husna sudah mengerutkan dahi. Eden menaikkan jari telunjuk kirinya ke bibir. Memberi amaran pada Tengku Adrian.
"Kau jangan nak mengada beritahu sesiapa tentang kita".
Perlahan suara Eden berkata-kata pada Tengku Adrian. Tengku Adrian pantas mengucup tapak tangan kanan Eden yang sedang menutup bibirnya.
"Eden?".
Eppy meletak dulang yang penuh berisi makanan. Matanya tertumpu pada Eden. Dia pelik melihat Eden. Riak wajahnya ada sedikit tanda marah. Eden kemudian tersenyum pada Eppy. Dia menarik tangan yang menutup mulut Tengku Adrian sebenar tadi dan dilap ke baju.
"Dia ni asyik mengenakan Eden. Itu yang Eden buat macam tu. Tak sengaja".
Eden memaparkan sengihan manakala Tengku Adrian tersenyum lebar. Yuna, Husna, Eppy dan Haikal masih kekal merenung tajam pada Eden dan Tengku Adrian. Shafiq menggelengkan kepalanya. Hatinya terdetik.
'Apalah nak jadi dengan kawan aku yang seorang ni'.
"Nak makanan, sekejap lagi Eden nak singgah perpustakaan. Ada nak cari buku rujukan".
Eppy menghulurkan makanan dan minuman untuk Eden. Mereka kemudian menadah tangan sambil mendengar Tengku Adrian membaca doa makan. Selepas itu, masing-masing mula leka dengan hidangan dihadapan mereka. Eden tersenyum kerana hari ini perutnya kenyang. Lebih-lebih lagi bila dia tidak perlu mengeluarkan duitnya sendiri.
'Sedap rupanya makanan yang orang belanja'.
Tengku Adrian yang masih mencuri-curi pandang pada Eden juga mengoleskan senyuman. Dia terperasan senyuman Eden yang comel. Eden yang sudah kekenyangan, pantas bangun dan memeluk lengan Eppy. Yuna dan Husna juga sudah bersedia untuk beredar dari kantin.
"Terima kasih belanja kami".
Hampir serentak mereka berlima bersuara pada Tengku Adrian. Eden terus menarik Eppy dan bergerak ke arah perpustakaan selepas mengucapkan terima kasih. Tengku Adrian menggelengkan kepalanya dan tersenyum. Eden, Eden. Kenapa kau comel sangat! . Tengku Adrian, Syafiq dan Farid ikut bangun dan pergi ke arah perpustakaan.
YOU ARE READING
Bambam Is Gorgeous
RomanceAku Eden. Aku anak kedua dari tiga adik beradik. Berat aku 85 kg. Kalau markah peperiksaan aku sama macam berat aku, akulah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang aku ni lembab sikit pasal belajar, jadi aku re...