Eden terus mencapai kunci di genggaman Tengku Adrian. Muka ditoleh melihat ke arah Yuna dan Husna.
"Kau nie memang tak kenang budi".
Diane sudah mencekak pinggang dihadapan Eden. Eden melepaskan satu keluhan.
'Apa lagi yang minah nie tak puas hati dengan aku ni'.
Diane mencucuk-cucuk Eden menggunakan jari telunjuknya. Eden menggigit hujung bibirnya sedikit. Dia mencuba sedaya upaya untuk menahan dirinya.
"Berat betul ya mulut kau nie badak. Orang dah tolong tu, paling tidak pun kau tak boleh ke cakap terima kasih!".
Eden menoleh ke arah Diane. Pandangannya ditajamkan.
"Kalau aku bercakap dengan dia kau cakap aku gatal. Bila aku tak bercakap dengan dia kau cakap aku tak sedar diri. Apa yang kau nak sebenarnya".
Eden sengaja menekan suaranya sedikit pada Diane. Diane memasamkan mukanya. Dian dan Bella setia berada dibelakang Diane. Tengku Adrian sudah beredar ke tempat duduknya.
"Aku tak suka semua yang kau buat".
Diane tersenyum sinis. Eden memandang Yuna dan Husna sebentar. Dia kemudian mengurut peluput matanya beberapa saat. Eden bangun. Mukanya tepat memandang Diane. Pandangannya tajam.
"Adrian!!!".
Eden meninggikan suaranya. Tengku Adrian sedikit terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia melihat Eden. Eden tidak sedikit pun menoleh melihatnya. Apa yang cuba Eden sampaikan. Rakan-rakan mereka yang lain juga melihat ke arah Eden dan Tengku Adrian.
"Thanks sebab bagi barang aku, tapi!. Aku minta tolong sangat-sangat. Jaga kekasih kau ni supaya tak cari pasal dengan aku. Kalau tak, mati dia aku kerjakan!".
Pandangan Eden tetap pada Diane. Dia kemudian tersenyum sinis pada Diane. Diane terasa kecut perut mendengar ugutan Eden. Dia dan rakan-rakannya terus berundur ke belakang sebelum berlari ke tempat duduknya. Tengku Adrian mengetap rahangnya. Matanya tidak lepas memandang Eden yang kini sedang rancak berbual dengan Yuna dan Husna.
"Kau kena berterus terang dengan dia".
Tengku Adrian menoleh ke arah Syafiq. Keningnya dikerutkan sedikit. Syafiq masih tenang mengeluarkan buku dari begnya.
"Maksud kau?"
Syafiq tersenyum pada Tengku Adrian. Dia kemudian memegang bahu Tengku Adrian.
"Kau kena bagitahu dia apa yang kau rasa sebenarnya pada dia. Kalau tak sampai bila-bila dia akan anggap yang kau nie sukakan Diane".
Tengku Adrian melepaskan keluhan. Matanya sekali lagi menoleh ke arah Eden. Tak cukup ke segala perbuatan yang dia tunjuk pada Eden. Dia bukanlah lelaki yang suka berfoya-foya. Eden adalah gadis pertama yang membuka hatinya untuk mengenali apa itu cinta. Dia tidak tahu apa perkataan yang terbaik untuk diluahkan pada Eden. Tengku Adrian menganggukkan kepalanya.
"Aku akan cuba. Thanks".
Syafiq menepuk perlahan bahu Tengku Adrian. Cikgu Mila mula masuk ke kelas dan mengambil kedatangan. Mereka memulakan kelas seperti biasa. Eden fokus mendengar apa yang diterangkan oleh Cikgu Mila. Sesekali dia mencatat sesuatu diatas bukunya. Kelas disambung dengan subjek MUET oleh Cikgu Rosemary. Berkerut-kerut dahi Eden, tidak memahami apa yang diajar oleh Cikgu Rosemary. Tengku Adrian yang sesekali memerhati Eden mengulum senyuman. Terhibur melihat sisi wajah Eden yang kebingungan. Tamat sahaja waktu MUET.
Eden melepaskan nada lega. Mukanya kembali tersenyum. Semua bukunya dimasukkan ke bawah meja. Eden mencapai dompetnya. Dibuka perlahan untuk melihat baki duit yangada di dalam dompetnya. Eden melepaskan satu keluhan. Dia tidak sempat mengeluarkan duit dari bank dan dia tidak punya wang tunai ditangan. Yuna dan Husna sudah bangun. Masing-masing melihat Eden yang masih lagi duduk.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bambam Is Gorgeous
RomanceAku Eden. Aku anak kedua dari tiga adik beradik. Berat aku 85 kg. Kalau markah peperiksaan aku sama macam berat aku, akulah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang aku ni lembab sikit pasal belajar, jadi aku re...
