Bab 6

971 76 9
                                        

Eden menarik plastik sampah yang telah penuh dan meletaknya dibelakang kedai. Dia menggantikan plastik sampah yang baru kedalam tong sampah. Dia kemudian beredar semula dibelakang kedai dan membuang sampah yang telah dikumpulnya sebentar tadi. Dia melepaskan lelah penatnya setelah membuang sampah. Dia melihat jam ditangan.

"Alamak, bas last lagi 15 minit nak sampai".

Eden terkocoh-kocoh masuk ke dalam kedai semula dan 'thumb print' sebagai tanda waktu bekerjanya sudah tamat. Dia terus mencapai begnya.

"Kau dah nak balik dah Eden?".

Syafiqah yang duduk di kaunter untuk mengambil order menegur Eden. Eden tersenyum padanya.

"Yup, nak balik. Bas dah nak lalu dah tuh. Aku takut terlepas bas".

Eden memasukkan topinya kedalam beg. Syafiqah tersengih.

"Kalau kau nak, kau boleh balik dengan aku. Tapi pukul 12 tengah malamlah".

Mata Eden membulat membuatkan Syafiqah tergelak besar.

"Gila kau, aku ada banyak homework nak kena buatlah. Aku chau dulu".

Eden terus beredar keluar dari kedai.  Jejak sahaja kaki keluar dari Macdonalds, mata Eden sudah terlihat kelibat Tengku Adrian yang sedang bersandar di tiang Macdonals sambil menyilang tangannya. Mata Tengku Adrian tersenyum melihat Eden yang baru keluar dari Macdonalds.

"Kenapa kau dekat sini lagi?".

Tengku Adrian menurunkan tangannya dan merenung Eden.

"Aku tunggu kau".

Eden menunjukkan riak gelinya. Tengku Adrian tertawa melihat keletah Eden. Eden membulatkan matanya. Dia pantas berlari ke hadapan. Tengku Adrian terkejut melihat Eden tiba-tiba berlari. Dia turut mengikut Eden berlari.

Eden hanya memandang ke arah jalan sambil termengah-mengah. Bas terakhir untuk pulang ke rumahnya sudah pergi. Dia tidak sempat mengejar bas itu kerana terleka dengan Tengku Adrian.

Eden memandang tajam kearah Tengku Adrian. Dia kemudian menghempas begnya ke tanah. Tengku Adrian yang melihat Eden hanya menjongketkan kedua-dua bahunya. Dia kemudian mengangkat beg Eden. Muka Eden seperti mahu menangis. Comel.

"Nie semua salah kau, bas aku dah terlepas!".

Eden cuba merampas begnya semula namun Tengku Adrian lebih pantas mengelak.

"Jom aku hantar kau balik".

Eden meloncat sekali lagi untuk mencapai begnya, namun entah apa silapnya kakinya tidak mendarat dengan betul dan dia mula hilang keseimbangan. Eden menutup matanya rapat bersedia untuk jatuh. Tengku Adrian yang menyedari Eden hilang keseimbangan laju menggapai sebelah tangannya menarik Eden rapat ke badannya.

PUP!

Badan Eden terasa hangat. Eden pantas membuka matanya. Matanya terus membulat. Wajah Tengku Adrian rapat dengannya. Mata bulatnya sedang melihat mata Tengku Adrian. Badannya melekap dengan badan Tengku Adrian kerana sebelah tangan Tengku Adrian memeluk pinggangnya. Sebelah lagi tangan Tengku Adrian masih lagi mengangkat tinggi beg Eden. Baru Eden tahu yang Tengku Adrian ini agak sasa dan segak.

"Seronok ke melekap macam nie?".

Telinga Eden menangkap butir bicara Tengku Adrian. Pedas.

"Hahahaha..sorry".

Eden hanya tersengih dan menggaru kepalanya sedikit. Dia kemudian membetulkan badannya dan berdiri tegak. Tengku Adrian terus memalingkan badannya dan membawa beg Eden pergi. Dalam diam, dia melepaskan nafas lega. Rasa terkejutnya masih tidak hilang lagi dan rasa kehangatan tubuh Eden masih lagi terasa.

Eden hanya mengikut gerak langkah Tengku Adrian. Sampai sahaja di hadapan kereta Tengku Adrian, mata Eden membulat.

"Ini kereta kau ke?".

Eden masih lagi berdiri di sebelah kereta Tengku Adrian. Dia tidak berganjak sedikit pun dari kedudukan asalnya. Tengku Adrian hanya bersandar di tepi keretanya sambil memeluk tubuh.

"Ini kereta akulah. Kenapa?".

Eden mendegus sedikit.

"Untunglah anak orang kaya".

Mana tidaknya Eden tercengang. Lelaki yang baru berusia 19 tahun sudah mampu memiliki kereta honda acura nsx.

"Hei, aku beli pakai duit aku sendiri tau".

Tengku Adrian pantas mencuit hidung Eden. Eden menepis kasar tangan Tengku Adrian. Dia kemudian memuncungkan bibirnya.

"Kau pulangkanlah beg aku, nanti aku balik dengan member aku jelah".

Tengku Adrian terus membuka pintu keretanya dan menolak Eden masuk ke dalam kereta. Dia kemudian mengunci pintu kereta sebelum membukanya kembali untuk dia masuk ke bahagian pemandu.

"Woi!, kalau calar kereta kau nanti macam mana. Aku mana ada duit nak ganti kereta mahal kau ni".

Tengku Adrian tergelak. Dia kemudian merapatkan badannya ke arah Eden. Eden merapatkan badannya pada kerusi. Matanya terkelip-kelip melihat Tengku Adrian. Tengku Adrian dapat lihat yang Eden sedang menahan nafasnya kerana dia terlalu rapat. Dia tersenyum pada Eden dan menarik tali pinggang keselamatan sebelum menguncinya. Eden melepaskan nafas lega.

Tengku Adrian menghidupkan enjin keretanya dan masuk ke jalan raya. Eden hanya memandang sekeliling. Eden berkalih melihat Tengku Adrian yang sedang memandu.

"Kau nak pergi mana?".

Tengku Adrian tidak menoleh pada Eden. Pandangannya tetap fokus pada jalan raya.

"Hantar kau balik rumahlah".

Eden mencebikkan bibirnya.

"Kau tak tanya pun alamat rumah aku?"

Eden melihat Tengku Adrian hanya tersenyum. Eden mula terasa seram. Dia memeluk tubuhnya. Dia melihat semula pemandangan luar yang disirami dengan cahaya lampu jalan. Jalan yang dilaluinya kini memang jalan menuju ke rumahnya.

Yang menjadi persoalannya bagaimana Tengku Adrian boleh tahu dimana dia tinggal. Tengku Adrian berhenti di tepi. Dia kemudian menoleh melihat Eden.

"Dah sampai".

Eden terus mengambil beg sekolahnya dan membuka pintu kereta. Dia kemudian tersenyum sedikit.

"Terima kasih sebab hantar aku balik. Kau chau lah".

Tengku Adrian tidak mengendahkan Eden.

"Kau masuk pintu rumah kau nanti baru aku gerak. Pergilah".

Eden menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia kemudian beredar membuka pintu pagar. Baru Eden ingin memegang tombol pintu, ia sudah dibuka dari dalam.

PANG!!!

Muka Eden terteleng. Pipi tembamnya terasa perit. Dia menahan air matanya dari menitis. Pandangannya berubah tajam. Dia menoleh melihat gerangan manusia yang baru menamparnya sebentar tadi.

Mata Tengku Adrian membulat. Dia melihat dengan jelas Eden ditampar kuar. Dia terus keluar dari kereta.

"Kau pergi mana yang baru sekarang kau nak balik!"

Eden hanya memandang tajam lelaki yang dahulunya digelar ayah. Mulutnya dikunci rapat.

"Kemain kau berjalan entah dengan jantan mana. Kau tak sedar diri ke yang kau tu perempuan, gemuk pula tuh. Apa sekarang ni kau dah belajar melacur pula ke dengan badan gemuk kau tu?!!!".

Mata Kamal semakin mencerlung. Kemarahannya semakin memuncak. Anaknya hanya memandangnya dengan pandangan yang tajam. Tangannya sudah diangkat tinggi. Bersedia untuk menampar Eden sekali lagi. Eden masih tidak berganjak, bersedia untuk dipukul.

Laju tangan Kamal menuju ke arah Eden.

PAP!

Tangan Kamal ditahan oleh satu tangan sasa lain. Kamal melihat lelaki yang berdiri dibelakang Eden. Pandangan lelaki itu pada dia tajam seperti helang. Pergelangan tangan Kamal mula terasa sakit.

"Kenapa Pak Cik pukul dia?"

From author:

Sis minta maaf.😢😢😢


Bambam Is GorgeousTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang