Selesai menunggu Eppy makan bersama Haikal, aku menggosok kepala Eppy sambil tersenyum. Eppy memuncungkan bibirnya pada aku kerana merosakkan rambutnya.
"Akak gerak lu, nak pergi perpustakaan".
Aku, Husna, Yuna dan Farid bangun dari meja dan berjalan meninggalkan Eppy dan Haikal. Tujuan kami sememangnya perpustakaan. Aku yang baru ingin membuka pintu perpustakaan menoleh melihat Yuna dan Husna. Mereka mengerutkan dahi memandang aku.
"Kenapa Eden?"
Husna berbicara dahulu mewakili yang lain. Aku hanya tersengih kearah mereka.
"Korang masuklah dulu. Tetiba aku rasa macam nak terkucil pula".
Aku terus memecut ke arah bilik air yang terdekat. Yuna, Husna dan Farid menggelengkan kepala mereka melihat keletah aku. Mereka kemudian masuk ke dalam perpustakaan.
Selepas aku membuang air kecil, aku pergi ke arah singki dan mencuci tangan aku sebentar. Aku kemudian keluar dari bilik air. Selangkah aku bergerak keluar dari bilik air, tangan aku terus direntap oleh seseorang dan aku ditarik mengikutinya. Aku cuba meronta untuk melepaskan tangan aku namun tidak berjaya.
"Ehh..apa ni main tarik-tarik tangan orang ni. Kita bukan muhrimlah bodoh!".
Lelaki itu terus menarik aku. Dia sedikit pun tidak menjawab kata-kata aku. Aku cuba mengenal pasti lelaki yang sedang menarik aku tetapi tidak berjaya. Aku menumbuk beberapa kali lengan dia yang menarik aku namun lain pula jadinya. Dia semakin erat menggenggam lengan aku. Aku ditarik ke belakang dewan dan dia kemudian mengepung aku dengan meletakkan kedua-dua belah tangannya ke dinding.
Aku menggosok-gosok lengan aku yang memerah akibat pegangan lelaki itu yang terlalu kuat. Dengan rasa geram aku mendongakkan wajah aku untuk melihat siapa lelaki yang berani mengganggu ketenangan aku ini.
'Budak baru!'.
Wajah Tengku Adrian begitu rapat dengan wajah aku membuatkan aku sedikit terkedu.
'Dah kenapa mamat ni dok kepung aku rapat-rapat macam ni'.
"Kenapa kau tarik aku ke sini ha budak baru?!".
Aku mengerutkan dahi apabila dia mula tersenyum sinis pada aku.
"Aku Tengku Adrian. Ingat betul-betul nama aku. Tengku Adrian".
Kini giliran aku pula untuk tersenyum sinis.
"Aku kisah apa dengan nama kau. Masalah dia sekarang ni, kenapa kau tarik aku sampai sini ha syaitan?!".
Aku menelan air liur. Dia secara tiba-tiba semakin merapatkan dirinya dengan aku. Mata aku kian membulat melihat dia.
"Kau kena ingat nama aku".
Fikiran aku cuba mencari punca budak baru ni menarik aku tanpa sebab. Kenapa dia nak aku ingat nama dia pula.
'Dia nak balas dendam dekat aku ke sebab tadi aku marah Diane. Dia kekasih Diane ke?'.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Disebabkan dia terlalu rapat dengan aku, tangan aku terus diangkat menahan dada dia yang semakin merapat.
'Mak oi, berotot gila mamat ni'.
Aku tetap menahan dada dia dari terus merapati aku.
"Kalau kau nak marah aku sebab aku sound Diane, kau boleh berterus terang. Tak payah nak rapat-rapat macam ni!".
Aku menolak dada dia sekuat hati aku. Dia pula terus mengeraskan diri dia dari bergerak. Senyumannya tetap sinis. Aku sedikit takut dengan keadaan sekarang.
YOU ARE READING
Bambam Is Gorgeous
RomanceAku Eden. Aku anak kedua dari tiga adik beradik. Berat aku 85 kg. Kalau markah peperiksaan aku sama macam berat aku, akulah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang aku ni lembab sikit pasal belajar, jadi aku re...