Tengku Adrian menghubungi Eden berulang kali, namun panggilannya masuk ke peti simpanan suara. Dia buntu mencari dimana Eden. Eden juga tidak masuk kerja di Mcdonalds. Dia diberitahu bahawa Eden mengambil cuti sepanjang hujung minggu ini. Eden juga tidak pulang ke rumah malam tadi. Tengku Adrian mengusap lembut rambutnya. Kerjanya terlalu banyak, dia juga perlu menghadiri kelas di Kuala Lumpur. Eden pula benar-benar hilang. Mata Tengku Adrian merah kerana tidak mendapat rehat yang cukup. Dia tidak dapat focus melakukan kerjanya. Ada masa rasa marahnya, menggunung kerana geram dengan sikap Eden yang terlalu mengikut kepala sendiri. Tengku Adrian melepaskan satu keluhan. Dia kembali mengusap rambutnya. Dia kemudian menghidupkan enjin keretanya dan beredar pulang ke rumah.
_________________________________________________________
Eden mengerdipkan matanya beberapa kali. Dia kemudian menggosok matanya perlahan. Eden melihat kehadapan, dan mengerdipkan matanya beberapa kali lagi.
"Hmm, Husna?." Eden memanggil Husna perlahan.
Husna memandang Eden dan tersenyum manis.
"Apa dia angel?" Husna dan Yuna sudah tersengih- sengih melihat keletah Eden.
"Tak ada tempat jauh lagi ke yang kau nak bawa aku?". Eden sudah tersengih memerli Husna. Husna dan Yuna tertawa kuat.
Di hadapan Eden kini terbentang lautan yang luas. Eden menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hanya meminta untuk menumpang di rumah Husna buat sementara waktu. Tidak dia tahu yang dia bakal dibawa ke Terengganu untuk menghabiskan cuti hujung minggunya ini. Kini Dia, Yuna dan Husna berada di sebuah rumah penginapan yang berhadapan dengan laut. Eden menggaru kepalanya sekali lagi. Tidak pernah terbayang didalam fikiran dia untuk pergi sejauh ini.
"Aku nampak yang kau tak berapa okey beberapa hari ni angel. Bila kau minta tumpang rumah aku, itu adalah waktu yang paling bahagia buat aku. Kebetulan mama ada pertunjukan fesyen di sini, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk bercuti". Husna terus memeluk bahu Eden. Dia kemudian menggeletek pinggang Eden. Eden terus ketawa berbahak-bahak menahan rasa geli kerana digeletek. Yuna secara tiba-tiba menggeletek pinggang Husna pula.
"Tak adil, jangan nak tinggalkan aku ya. Aku masih disini dan sentiasa akan berada bersama kau Eden dan Husna". Ketiga-tiga anak gadis itu ketawa bersama-sama.
"Ada abang hensem jual burger sebelah rumah kita ni". Yuna bersuara perlahan sambil menaikkan kedua keningnya beberapa kali. Eden menggelengkan kepalanya.
"Hensem sangat ke abang burger tu?"Husna bertanya seperti berminat. Eden membulatkan mata melihat perangai kedua-dua sahabatnya itu.
Yuna terus menarik tangan Husna dan Husna pula menarik tangan Eden. Mereka terus berjalan kearah kedai burger yang dikatakan oleh Yuna. Mereka pergi ke kedai itu dan terus mengorder burger dan juga aiskrim. Sambil mereka makan aiskrim, mereka melihat dua orang lelaki yang berkulit putih melepak, sedikit tegap, berambut sikat tepi, berwajah seperti Jungkook dan Suga dari kumpulan BTS sedang menyediakan burger mereka.
"Hensemkan". Yuna berbisik pada Husna.
"Hensem, Hensem". Husna mengiyakan percakapan Yuna dan dia mula menaikkan kedua-dua kening pada Eden seperti bertanya pada Eden. Eden hanya menaikkan kedua matanya ke atas sambil meletakkan tangannya ke bahu.
Sepanjang Eden, Husna dan Yuna berada di situ pelbahai aktiviti yang mereka lakukan bersama. Pelbagai gambar ditangkap sebagai kenangan. Berjalan melalui persisiran laut, melihat kawasan bot-bot nelayan keluar masuk, melihat pasar nelayan, mencuba makanan seperti laksa sarang, sotong celup tepung, menaiki kuda, snorkeling dan sebagainya. Walaupun keadaan di Kuala Terengganu sedikit panas berbanding di tempat asal mereka, namun angin laut yang sentiasa bertiup memberi kedinginan.
YOU ARE READING
Bambam Is Gorgeous
Roman d'amourAku Eden. Aku anak kedua dari tiga adik beradik. Berat aku 85 kg. Kalau markah peperiksaan aku sama macam berat aku, akulah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang aku ni lembab sikit pasal belajar, jadi aku re...