Bab 9

1K 80 10
                                        

Eden terus merampas begnya dan beredar dari kereta Tengku Adrian. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang sedang memandangnya tajam. Dia terus menghampiri Yuna dan Husna yang sedang terpinga-pinga melihat dia. Dia terus menarik kedua-dua tangan rakannya itu dan beredar ke kelas. Tengku Adrian tersenyum melihat keletah Eden.

"Angel, kenapa kau keluar dari kereta mamat baru tuh?".

Husna sudah memandang tajam ke arah Eden. Yuna pula sedang memeluk tubuhnya sambil melihat Eden. Eden melepaskan satu keluhan.

"Kenapa panggilan kau semalam terputus?".

Eden melihat Yuna dan Husna dengan pandangan yang sayu. Dia kemudian menggosok sedikit kepalanya perlahan. Eden mengeluh sekali lagi. Dia kemudian menceritakan satu persatu apa yang telah terjadi padanya. Mata Yuna dan Husna membulat.

"What". Yuna menjerit.

"How could he". Mata Husna sudah berair.

Yuna dan Husna terus memeluk Eden. Tengku Adrian yang baru masuk ke dalam kelas hanya memandang ke arah Eden secara bersahaja. Dia tahu apa yang dibicarakan oleh mereka. Dia beredar duduk di sebelah Syafiq. Syafiq menepuk bahu Tengku Adrian sebelum bersalaman dengan dia. Syafiq kemudian tersengih pada Tengku Adrian. Tengku Adrian mengerutkan dahinya. Syafiq pula mengangkat-angkat kedua-dua keningnya.

"Hai, semalam baru cakap nak. Hari nie dah naik kereta sekali ke?. Mantap".

Tengku Adrian melepaskan tawanya. Dia kemudian menggosok-gosok belakang tengkuknya.

"Aku rasa, aku betul-betul dah jatuh cinta dengan dialah wey".

Syafiq menggelengkan kepalanya. Dia kemudian merapatkan kepalanya ke telinga Tengku Adrian.

"Kau dah dapat rasa dia ke".

Syafiq tersengoh lagi pada Tengku Adrian. Tengku Adrian tersentak. Dia mengerutkan keningnya dan dia memandang tajam ke arah Syafiq. Satu pukulan terus hinggap dibahu Syafiq. Syafiq mula menelan air liur.

"Kau mencarut apa nie. Aku dengar kau cakap sekali lagi macam tuh, siap kau aku kerjakan".

Syafiq menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia melepaskan nafas lega bila riak wajah Tengku Adrian kembali normal.

Diane masuk ke dalam kelas sambil menjeling pada Eden yang sedang berpelukan dengan Yuna dan Husna. Dia kemudian mencebikkan bibirnya. Hatinya sakit. Dia nampak sebentar tadi Eden keluar dari kereta Tengku Adrian. Tengku Adrian siap bukakan pintu untuk Eden. Diane berhenti di hadapan meja Eden.

"Seronok sangat ke dapat merasa naik kereta sport. Almaklumlah, anak orang miskin macam kau nie mana pernah merasa naik kereta mahal macam tuh kan".

Eden tidak mengendahkan kata-kata Diane. Dia meleraikan pelukannya dengan Yuna dan Husna. Eden menyapu lembut air mata Yuna dan Husna. Yuna dan Husna juga menyapu air mata Eden.

"Kau jangan risaulah. Kau tinggal dengan aku buat masa nie".

Yuna tersenyum pada Eden. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kawan baiknya itu. Eden menganggukkan kepalanya.

"Kau tak payah nak buat muka kasihan macam tulah. Tak ada sesiapa pun yang akan  terpedaya dengan tipu helah kau tu. Hanya disebabkan Ad tolong kau, jangan kau nak berangan yang dia tuh sebenarnya sukakan kau. Sedar sikit yang kau tuh saiz badak".

Eden mengetap bibirnya. Dia mengurut dadanya perlahan. Cuba untuk menenangkan dirinya. Eden menoleh kebelakang menjeling pada Tengku Adrian. Tengku Adrian yang perasan Eden melihatnya hanya tersenyum sambil mengenyitkan matanya pada Eden. Eden mengetap giginya kuat. Dia kemudian tersenyum sinis. Eden melihat Diane yang masih berada dihadapan mejanya.

"Kau cemburu ke yang aku naik kereta dengan kekasih pujaan hati kau?. Yelahkan, kau sendiri tak dapat nak merasa lagi naik kereta dengan dia, tapi aku dapat rasa dulukan. Itu yang kau sakit hati sangat".

Diane sudah mencekak pinggang. Dia memandang tajam ke arah Eden. Eden hanya menunjukkan riak bersahaja. Tidak terkesan dengan pandangannya.

"Kau jangan sampai pelempang nie melekat dekat pipi kau tuh tau gemuk. Ad tuh setakat tolong kau sebab dia memang baik. Kau tak payah nak perasan sangat yang dia tuh sukakan kau".

Eden berdiri dan merapat dengan Diane. Dia berbisik ditelinga Diane.

"Mana kau tahu yang dia tak minat dekat aku. Dia yang terhegeh-hegeh mencari aku, sampaikan dia bagi aku pegang badan dia. Auchh..kau tahu ke rasa dia macam mana?".

PANG!.

Eden terpana. Tengku Adrian berdiri tegak. Yuna dan Husna terkesima. Eden mengelap hujung bibirnya yang berdarah sedikit sambil tersenyum sinis pada Diane.

"Kau..kau memang perempuan murahan!".

Bibir Diane bergetar menahan marah. Tengku  Adrian menghampiri Eden dan Diane. Eden melihat Tengku Adrian sekilas sebelum dia tersenyum mengerikan.

PANG!

Kepala Diane terkalih. Pipinya terasa perit. Dia pantas memegang pipinya. Matanya berair. Tengku Adrian berwajah serius. Eden tersenyum sinis kearah Tengku Adrian.

"Kalau kau tak nak kekasih kau nie kena penampar dengan aku sekali lagi, baik kau bawa dia pergi sekarang".

Diane menangis dihadapan Tengku Adrian. Tengku Adrian kaku disitu.

"Ad, you kena tolong I. Perempuan nie dia tampar I. Dahlah tadi dia cakap yang you terhegeh-hegeh dekat doa sampaikan dia boleh sentuh you sesuka hati".

Mata Tengku Adrian tetap mencerlung tajam melihat Eden. Tengku Adrian terus merentap tangan Eden keluar dari kelas. Eden cuba sedaya upaya untuk melepaskan tangannya namun tidak berjaya. Yuna dan Husna juga turut bangun mengejar Tengku Adrian yang mengheret Eden.

"Woi, kau lepaskan kawan kitorang tuh".

Dari kejauhan Husna menjerit pada Tengku Adrian. Tengku Adrian terus menarik Eden memasuki bilik rawatan dan mengunci pintu bilik itu.

"Woi, buka pintu nie. Kau jangan nak apa-apakan Eden!".

Yuna sudah bengis. Yuna dan Husna mengetuk-ngetuk pintu bilik rawatan.

"Berapa kali aku nak cakap. Jangan sentuh aku!. Kita bukan muhrim!".

Tengku Adrian tersenyum sinis. Dia merapatkan dirinya pada Eden. Eden mula berundur kebelakang. Dia menggosok perlahan pergelangan tangannya yang terasa perit.

"Bukan tadi kau cakap yang kau boleh sentuh aku sesuka hati kau ke?".

Tengku Adrian menggapai tangan Eden dan meletakkannya di dadanya. Tangan Eden mengeras. Mata Eden tepat memandang anak mata Tengku Adrian. Dia menarik tangannya dan mengalihnya ke belakang.

"Kau..kau jangan nak buat sial dekat si..sini. Aku jerit nanti. Kita bukan muhrim. Haram bersentuhan".

Tengku Adrian semakin rapat dengan Eden. Dia kemudian mengusap pipi Eden perlahan. Eden yang menampar tangannya tidak dihiraukan. Dia terus mengusap pipi Eden.

"Berapa kali juga aku nak cakap dengan kau. Kalau kita khawin, selesai masalah isu muhrim".

Eden terpaksa menahan dada Tengku Adrian yang semakin rapat dengannya.

"Kau. Kau sebenarnya betting dengan siapa sekarang nie?. Apa yang kau dapat kalau kau menang betting?".

Mata Tengku Adrian membulat. Mukanya dirapatkan ke muka Eden. Jarak mereka kini hanya dua centimeter.

"Hadiah aku yang paling besar adalah kau".

Mata Eden tajam memandang Tengku Adrian.

"Ryan!".

Tengku Adrian tersenyum.

"Aku suka kau panggil aku macam tuh".

Tengku Adrian beredar ke arah ubat-ubatan di rak ubat. Dia kemudian kembali ke ke arah Eden dan merawat Eden.

From Author:

Sementara tunggu giliran untuk jumpa doktor, sis sempat update BIG. Rezeki readers BIG hari nie. Jaga diri. Jaga kesihatan. Stay in and stay safe. Putuskan rantaian Covid-19. Hopefully suka baca BIG..😄

Bambam Is GorgeousTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang