Bab 10

1K 80 11
                                    

Eden mendengus kuat. Dia tidak mengendahkan Tengku Adrian yang sedang meletakkan ubat ditepi bibirnya. Dia kemudian menjeling seketika ke arah Tengku Adrian.

"Kau cuba nak goda aku ke?".

Eden mengerutkan dahinya. Mamat nie mental ke?.

"Kau mengarut aku nie setan".

Tengku Adrian tersenyum sinis.

"Yang kau pandang aku macam tu. Kau tengah menggoda aku ke?"

Tengku Adrian sudah merapatkan kembali badannya ke Eden. Eden berundur ke belakang cuba menjauhi Tengku Adrian. Mata Eden membulat melihat wajah Tengku Adrian yang rapat padanya. Eden menolak muka Tengku Adrian namun tidak lama kerana tangannya digenggam Tengku Adrian.

"Kau memang cuba goda aku kan".

Nafas Tengku Adrian sedikit tidak teratur. Eden mula berasa seram.

"Woi, lepaslah. Otak aku nie short kot semalam sampai aku boleh rasa yang kau nie sebenarnya baik".

Tengku Adrian kembali tersenyum sinis. 

"Kau cakap aku baik?. Terima kasih sayang".

Eden sudah membuat reaksi ingin muntah.

CUPP!

Bibir Tengku Adrian menyentuh lembut bibir Eden seketika membuatkan Eden terpana. 

"Kau takkan boleh lari dari aku".

Tengku Adrian berbisik di telinga Eden. Dia kemudian melepaskan tangan Eden. Eden terus menolak kasar Tengku Adrian. Dia kemudian mengelap kasar bibirnya.

"Sial. Aku benci kau. Aku benci kau!!".

Eden terus berlari membuka pintu bilik rawatan. Yuna dan Husna yang sedang menanti Eden tergamam melihat Eden yang merah mukanya. Eden lari meninggalkan Yuna dan Husna.

"Kejap Eden. Kenapa kau lari!"

Yuna mengejar Eden manakala Husna masuk ke dalam bilik rawatan menghampiri Tengku Adrian yang duduk santai di atas kerusi. Husna menyimpul tangannya memeluk badan. Wajah bengis dipamerkan pada Tengku Adrian.

"Kau jangan nak rapat dengan Eden. Sekali lagi kau rapat dengan Eden, siap kau aku kerjakan. Jangan ingat yang aku tak berani nak apa-apakan kau disebabkan kau anak orang kenamaan".

Tengku Adrian masih menunjukkan riak bersahaja. Husna berlalu pergi mencari Eden. Yuna yang mengejar Eden, membulatkan matanya.

"Eden, hati-hati!"

BUM!!

Eden jatuh terduduk ditepi longkang. Tulang ketingnya berdarah disagat simen longkang. Pinggangnya sakit kerana jatuh terduduk. Eden mengaduh kesakitan. Yuna pantas menghampiri Eden.

"Sial!!!!" 

Eden menjerit sekuat hati. Ditumbuk-tumbuknya lantai simen. Yuna menahan Eden dari terus menumbuk lantai. Kulit tangan Eden juga sudah berdarah terkena batu lantai. Yuna terus menggenggam tangan Eden dan memeluk Eden.

"Shhhh..shhh...semuanya akan okey angel. semuanya akan okey".

Yuna mengusap-ngusap belakang badan Eden. Eden mula menangis teresak-esak didalam pelukan Yuna. Husna yang baru tiba terus memeluk belakang Eden. Mereka sama-sama menangis. Mata Yuna mencerlung merah. Selepas menangis, Husna dan Yuna memapah Eden kembali ke kelas kerana Eden tidak mahu ke  bilik rawatan. Sampai sahaja ke dalam kelas, semua mata memandang ke arah mereka bertiga. Guru yang sudah mula mengajar juga terhenti. Semua pelik melihat wajah Eden, Husna dan Yuna yang kusam bersama mata yang merah. Yuna menjeling sekilas pada Tengku Adrian. Tengku Adrian pula membesarkan matanya apabila melihat Eden dipapah oleh Yuna dan Husna.

Bambam Is GorgeousWhere stories live. Discover now