Eden terjaga dari tidurnya. Matanya terbuka perlahan-lahan. Badannya terasa berat seperti ada sesuatu yang menghempap. Berkali-kali matanya dikelipkan. Dia kemudian menggosok matanya. Pandangannya semakin terang. Dada Eden mula turun naik berdegup kencang. Rasa marahnya semakin membuak-buak. Tengku Adrian tidur di sebelahnya sambil memeluk pinggangnya. Eden terus menolak Tengku Adrian sekuat hatinya.
BEDEBUK!!
Tengku Adrian terjaga dari tidurnya. Matanya mencerlung tajam. Dia menggosok perlahan punggungnya yang terasa berbisa terhentak ke lantai. Dia memandang geram ke arah Eden yang sedang berselubung dengan selimut. Hati Tengku Adrian terhibur sedikit. Comel.
"Kenapa kau tolak aku?"
Tengku Adrian sengaja memasamkan mukanya semula. Eden juga tidak kalah dihadapan Tengku Adrian. Dia memandang tepat ke arah mata Tengku Adrian.
"Aku tak tahu yang kau nie, lembap ke bahalul!. Berapa kali aku nak cakap yang aku tak suka kau sentuh aku. Kita bukan muhrim!".
Mata Eden sudah memerah melawan pandangan Tengku Adrian. Dia benar-benar marah pada ketika ini. Tengku Adrian sudah tersenyum sinis. Dia bangun dan kembali duduk di atas katil. Dia mencengkap dagu Eden.
"Untuk pengetahuan kau, aku sekarang nie dah jadi suami kau".
Eden menepis tangan Tengku Adrian. Dia mengerutkan keningnya. Eden kemudian tertawa kuat.
"Kau belajar dekat mana yang nak berkahwin nie, aku sebagai pengantin tak tahu apa-apa. Bila masa kau dapat persetujuan aku?".
Tengku Adrian meletakkan tangannya dipinggang Eden. Eden meronta-ronta minta dilepaskan namun Tengku Adrian mengeraskan tangannya.
"Bapa kau yang nikahkan kita. Semuanya dah selesai pun. Aku tak kisah kalau kau nak kita akad sekali lagi".
Tengku Adrian tersenyum pada Eden. Eden menampar kuat pipi Tengku Adrian.
"Aku takkan khawin dengan kau!!".
Tengku Adrian merenggut dagu Eden dan menarik Eden rapat ke mukanya. Bibir Tengku Adrian bersentuhan dengan bibir Eden. Tengku Adrian mengulum bibir Eden lama sebelum menggigit sedikit bibir Eden. Selepas Tengku Adrian pasti yang Eden kekurangan udara baru Tengku Adrian lepaskan pagutan bibirnya. Tercungap-cungap Eden mencari nafas.
"Kalau kau tak nak apa-apa terjadi dekat adik kesayangan kau. Kau kena ikut cakap aku. Hidup adik kau terletak pada tangan kau".
Eden memandang tajam ke arah Tengku Adrian. Dia dapat merasakan yang Tengku Adrian akan melakukan apa yang katanya sebentar tadi. Tengku Adrian merangkul pinggang Eden dan menarik Eden rapat padanya. Eden cuba memberontak. Tengku Adrian menjegilkan matanya pada Eden membuatkan perlakuan Eden terhenti. Dia tidak ingin Tengku Adrian menyakiti adiknya. Air mata Eden mengalir setitis apabila Tengku Adrian merebahkan badannya diatas katil semula.
"I hate you devil".
Eden berkata keras. Tengku Adrian hanya tersenyum sambil mengusap rambut Eden. Dia kemudian mencium rambut Eden.
"I love you angel".
Tengku Adrian menarik Eden untuk tidur kembali bersamanya. Lama kelamaan Eden tertidur semula didalam pelukan Tengku Adrian.
--------------------------------------------
Tengku Adrian terjaga dari tidurnya. Dia menarik telefon yang berada di atas meja dan menyalakan telefon itu. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Tengku Adrian beralih melihat Eden semula. Eden masih lagi nyenyak tidur. Tengku Adrian mengambil kesempatan itu untuk mencium dahi Eden. Tengku Adrian tersenyum lagi. Dia rasakan hari ini adalah hari yang paling bahagia buat dirinya. Dia terus bangun dan mencapai tuala di penyidai. Dia kemudian melangkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bambam Is Gorgeous
RomanceAku Eden. Aku anak kedua dari tiga adik beradik. Berat aku 85 kg. Kalau markah peperiksaan aku sama macam berat aku, akulah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang aku ni lembab sikit pasal belajar, jadi aku re...