Bab 3

1K 83 5
                                    

Aku terjaga dari tidur apabila Husna menggoncang bahu aku perlahan. Dalam keadaan mamai aku menoleh kearah Husna.

"Kenapa?".

Husna mengeluarkan tisu dari begnya dan mengelap mata dan bibir aku. Husna memang selalu manjakan aku. Aku hanya tersenyum manja pada Husna.

"You girls tengoklah tu, badak dah bangun. Dia tahu je bila waktunya untuk dia makan".

Diane menyindir aku. Dian dan Bella tergelak terbahak-bahak mendengar sindiran Diane. Pelajar-pelajar lelaki bersorak kuat. Bella, Diane dan Dian bangun sambil membawa dompet masing-masing.

"Korang nak pergi mana?".

Aku sengaja buat-buat tanya dekat Diane, Dian dan Bella. Husna dan Yuna sudah mengulum senyuman. Mereka dapat mengagak apa yang bakal terjadi selepas ini. Diane membalas dengan nada bongkak.

"Kitorang nak pergi beli makanan awal-awallah, sebelum badak datang melahap semua makanan dekat kantin tu".

Aku sudah tersengih macam kerang busuk. Aku duduk santai sambil melihat Diane, Dian dan Bella. Korang salah oranglah bila kau nak kenakan aku. We wait and see.

"Aku tak tahu pula yang korang ni rehat sama dengan badak. Kalau kejap lagi badak datang, jadi korang ni apa? ferret ke skunk?".

Pelajar lelaki sudah bersorak semakin kuat dan kali ini pelajar perempuan pula tergelak mendengar kata-kata aku. Tengku Adrian yang melihat dari sisi juga tersenyum. Senyuman aku semakin sinis. Aku membuat seolah-olah menghidu ke kanan dan ke kiri. Senyuman Husna semakin lebar.

"Husna, Yuna. Kau ada bau busuk tak. Aku macam ada bau busuklah weh".

Aku bangun dan terus menghidu ke kanan dan ke kiri. Akhirnya aku berhenti dihadapan Diane, Bella dan Dian. Kening aku angkat sebelah. Senyuman aku melebar.

"Pergh, dekat sini bau busuk gilew doh. Uuuwweeekkk. Kembang tekak aku dengan bau diorang ni".

Aku menutup hidung aku dang kembali ke sebelah Husna dan Yuna. Pelajar-pelajar lain tertawa melihat reaksi aku. Mereka semua faham yang aku tidak akan sesekali menyembur orang melainkan orang itu yang mencari pasal. Aku melihat muka Diane, Bella dan Dian memerah. Aku hanya melihat mereka dengan riak bersahaja. Aku sengaja duduk kembali di kerusi aku sambil memeluk tubuh. Pelajar kelas aku akhirnya beransur pergi ke kantin. Diane yang masih tidak berpuas hati dengan aku terus berlari kearah Tengku Adrian. Dia memeluk lengan Tengku Adrian.

"Ian, tolong Diane. Si gemuk ni suka cari gaduh dengan Diane. Dia suka malukan Diane. Ada ke Diane yang pakai minyak wangi mahal ni dikatanya busuk".

Diane membuat riak comel dihadapan Tengku Adrian. Aku yang melihat terasa ingin muntah. Walaupun Tengku Adrian tidak berkata apa-apa, aku perasan yang pandangan mata Tengku Adrian pada aku agak tajam. Aku hanya tersengih sebentar sebelum menggelengkan kepala.

'Dasar lelaki, tak boleh tengok perempuan menggedik sikit terus melekat'.

Aku menarik lengan Husna dan Yuna keluar dari kelas. Farid mengikut dari belakang.

"Malas aku melayan korang ni. Baik aku pergi makan".

Sampai dimuka pintu, langkah aku dihalang oleh Bella dan Dian. Mereka tersenyum jahat kearah aku. Aku melepaskan satu keluhan berat. Aku menoleh melihat Diane yang sedang memeluk lengan Tengku Adrian. Diane tersenyum lebar kearah aku. Mungkin dia ingat aku takut dengan dia sekarang ni.

"Baik kau suruh geng kau nie blah, sebelum aku rempuh diorang ni. Dah tahu badan tuh kecik, rapuh macam tulang ayam, ada hati nak tahan aku yang semangat ni. Ni last warning aku, kalau tak nanti aku tibai je, jangan nak bersungut pula".

Kali ini aku menunjukkan riak serius. Aku menarik Husna dan Yuna, kemudian berjalan laju mengacah-acah untuk melanggar Bella dan Dian. Bella dan Dian yang ketakutan terus berlari lintang pukang keluar dari kelas. Aku tergelak kuat.

'Tahu pun takut kena langgar dengan aku'

Kami terus bergerak ke kantin sekolah. Disitu Eppy dan Haikal sudah menunggu aku. Aku duduk di sebelah Eppy. Aku lihat diatas meja masih lagi kosong. Aku melihat kearah Eppy. Rambut Eppy aku usap perlahan. Eppy memuncungkan bibirnya. Dia tidak suka aku mengusik rambut dia. Eppy nie adik aku. Dia sekarang ni tingkatan 4. Haikal tu pula kawan Eppy.

"Kenapa Eppy tak beli makanan dulu?"

Yuna, Husna dan Farid sudah beratur membeli makanan. Aku lihat Eppy menggigit bibirnya. Dia kemudian melihat aku. Eppy mengeluarkan sebuah buku latihan dan disuakan pada aku.

"Eppy dah pakai duit Eppy buat beli buku latihan yang cikgu suruh beli tadi".

Aku tersenyum pada Eppy. Pipi Eppy aku cubit. Eppy sebenarnya agak macho dan cool, dia hanya menunjukkan perangai manjanya apabila bersama aku. Eppy menggosok pipinya. Dia kemudian mencubit pipi aku pula. Aku menjengilkan mata padanya. Dia terus tersengih dan melepaskan pipi aku. Merah sebentar pipi aku.

"Eppy nak makan apa?".

Mata Eppy bercahaya, dia sudah tersengih macam kerang busuk.

"Eppy nak makan bihun sup boleh Eden?"

Aku menganggukkan kepala. Aku terus membuka dompet aku dan mengeluarkan sekeping not lima ringgit dan sekeping not seringgit. Aku suakan pada Eppy. Eppy terus bangun dan berlari ke tempat membeli makanan. Aku hanya melihat keletah Eppy. Aku tersenyum. Dia membeli dua mangkuk bihun sup. Yuna dan Husna kembali membawa laksa manakala Farid membawa nasi goreng ayam. Di tangan Farid juga ada sebuku roti sosej. Aku menelan air liur.

'Nampaknya aku kena berlaparlah hari ni'.

Farid memetik jarinya dihadapan aku. Aku terus menampar tangan Farid. Dia tersengih pada aku. Tidak lama kemudian Eppy datang bersama dua mangkuk bihun sup. Haikal membantu Eppy meletakkan bihun sup diatas meja. Eppy menghulurkan satu bihun sup pada aku.

"Habis tu, Haikal macam mana?"

Aku sebenarnya nampak Haikal juga seperti menelan air liur melihat bihun sup yang berada di hadapan Eppy. Aku tahu yang Haikal juga bukan datang dari orang yang berada.

"Haikal kongsi dengan Eppy".

Aku menggelengkan kepala. Aku menolak bihun sup kearah Haikal. Mata Haikal membulat melihat bihun sup yang berasap-asap itu. Dia kemudian melihat kearah aku, seolah-olah meminta kepastian dari aku. Aku hanya menganggukkan kepala aku padanya.

"Aku sebenarnya puasa hari ni, tapi rasa tak best pula duduk dalam kelas. Itu yang aku follow korang datang sini".

Tengku Adrian yang berada tidak jauh dari Eden memandang Eden dengan pandangan yang tajam. Hatinya terasa sakit melihat kemesraan antara Eden dan lelaki yaang berada disebelah Eden. Tengku Adrian terus menumbuk meja di kantin. Syafiq yang sedang menghirup kuah laksa tersedak akibat terkejut.

"Syaf, kau cakap dia tak ada boyfriend. Habis tu yang kat sana tu siap bermesra bagai tuh siapa?. Dia sanggup tak makan sebab bagi duit dekat mamat tu".

Syafiq melihat kearah meja Eden. Dia mengusap dadanya perlahan.

'Teruk betul angau kawan aku sorang ni'.

Syafiq menyambung makanannya semula. Dia ingin merasa kelazatan laksa Mak Cik Bedah dahulu sebelum menjawab pertanyaan Tengku Adrian.

"Itu adik dialah. Jangan nak mengamuk tak tentu pasal. Nanti buat malu je".

From author:

Sis minta maaf pada readers BIG sebab lama tak update. Sis terlalu berserabut dua minggu ni dan tak sempat nak update BIG. Sis hope readers suka baca BIG. Jangan lupa baca, vote dan komen ya. Kalau vote cecah 12 barulah sis ada terfikir nak sambung cerita nie ke tak.


Bambam Is GorgeousWhere stories live. Discover now