21

453 14 1
                                    

Bab ini mengandungi fakta kesihatan yang diambil daripada enjin carian Google. Segala kekeliruan amatlah dikesali.
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Aku kat mana ni?

Hati Luth tertanya. Serasanya tadi, dia ada dalam kereta namun kini?

Kepala yang terasa berdenyut Luth lantas picit. Boleh tahan juga sakitnya.

"Ma robbuka?"

Serentak itu, mata yang tadinya terpejam dibuka terus paksa. Luth buang pandang pada kawasan sekeliling sebelum jatuh pada baju yang membaluti tubuhnya; gaun hospital.

"Eh, kau fikir elok sangat ke buat benda - benda mati jadi bahan lawak?" Luth sudah mencerlung insan yang berada di hadapannya. Tahulah, tadi itu suara kepunyaan siapa.

Ean pula terkekeh kecil di situ. Macam biasa, langsung tak terkesan dengan amarah Luth itu.

Kaki dibawa bersilang selepas itu, berbalas pandang dengan Luth yang anak matanya tajam menikam sedari tadi.

Orang dah tolong pun nak marah - marah! Ean mencebik seketika.

"Ha, tahu pun benda - benda mati tak boleh buat main.... habis tu, yang kau nak bunuh diri tu macam mana pula?" Terjongket kening Ean saat memulangkan paku buah keras.

"Kau..?"

"Ha, sama - sama. Akulah insan berhati mulia yang selamatkan kau daripada terjerumus dalam lembah dosa tu," Ean sempat mendabik dada di situ. Pakej perlian turut disertakan sekali.

"Macam mana kau tahu alamat rumah baru aku?" Luth peluk tubuh pula. Masih tak berpuas hati gamaknya.

"Adalah cara aku," Ean malas mengulas lebih panjang. Cukup tersenyum sebagai balasan. Biarlah hanya dia sahaja yang tahu perihalnya yang menemui Qowiy bertanyakan alamat rumah terkini Luth elok beberapa hari selepas pergaduhan besar antaranya dan Luth tercetus.

"Ni, sekarang macam mana? Kau, okey?" Ean terus mengubah tajuk perbincangan mereka.

"Okey je... tapi tulah, sakit juga bila muka kena kaca tu,"

Ean tayang sengih mendengarkan jawapan Luth itu.

"Sorrylah, habis rosak muka hensem kawan aku seorang ni.... jangan risau, ya? Pasal cermin kereta yang aku pecahkan tu pula, nanti aku bayar balik duit baiki dia,"

Luth pula hanya mengangguk sebagai balasan.

"Kenapa kau sungguh - sungguh nak tolong aku?" Luth muntahkan pertanyaan yang sudah lama tersimpan dalam hatinya.

Ean tersentak seketika sebelum dia laju berikan jawapan mudah.

"Sebab kau kawan aku,"

"Ya, aku tahu. Tapi lepas apa yang aku dah buat dekat kau, kau still anggap aku sebagai kawan?" Luth masih menyoal. Separuh daripada dirinya masih memilih untuk tidak percaya.

"Kadang - kadang, manusia bila dalam keadaan marah, dia jadi bukan diri dia yang sebenar. Aku faham, sebab tu aku tak ambil hati dekat kau. Tapi itu tak bermakna aku tetap okey je dengan benda lain yang kau buat, lagi - lagi bila kau dengan akal kau yang pendek tu yang terfikir nak cabut nyawa sendiri!"

Luth hanya senyum janggal di situ. Tahu benar, istilah 'benda lain' itu merujuk kepada salahnya yang mana.

"Aku tak fahamlah dengan kau ni Luth. Apalah yang otak kau ni fikir sampai nak bunuh diri? Masalah dunia apa? Aku tengok, hidup kau ni tenang aje sebenarnya. Kerja sendiri, bisnes maju, bini pun lawa, lainlah macam aku...." Luah Ean merendah diri di situ.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now