52

430 12 1
                                    

Selamat kamu kena prank!
(^з^)-☆

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Kosong.

Luth tak pasti dengan tempat dia berada sekarang.

Benarkah dia sudah sedar? Jikalau itu kenyataannya, mengapa dia bangkit dari lena tanpa ditemani sesiapa?

Daiyan, hatta Puan Daliya juga.

Atau dia masih lagi berada di awangan?

Mungkin sahaja jawapannya adalah ya apabila Luth sedar dia berada di satu ruangan yang sekelilingnya; atas, bawah, depan mahupun belakang hanya ditambat dengan warna putih semata - mata.

Luth angkat kedua - dua belah tangan yang sedari tadi berada di sisi. Dia renung lama telapak tangan sendiri tak lama sebelum dia lepaskan satu jeritan kuat, menzahirkan rasa frustasi.

"Keluarkan aku dari sinilah! Berapa lama lagi aku kena duduk dalam ni? Bagi aku jumpa isteri aku...."

Dan tak semena - mena, satu angin kencang yang di dalamnya turut terkandung debu pasir datang menerpa ke arah Luth.

Serta merta, kawasan yang awalnya putih kosong semata - mata kini sukar untuk dilihat dengan retina mata.

Luth lindung wajahnya dengan sebelah lengan. Menghalang debu - debu pasir yang berterbangan mula masuk ke kanta mata tanpa diundang.

Dalam masa yang sama, dia cuba gagahkan diri melangkah untuk keluar daripada ribut yang terasa semakin menyesakkan.

Namun sayang semakin ia mencuba, angin yang bertiup juga tak mahu kalahnya. Semakin kencang kejadiannya, seolah bertingkah untuk Luth melarikan diri daripadanya.

"Dekat mana ni?" Kening Luth lantas bertaut sesama sendiri tatkala dia akhirnya terdampar di sebuah tempat asing, alhasil daripada 'ulah' angin misteri tadi yang kini tiba - tiba hilang entah ke mana.

Luth tongkat tubuh sebelum dengan kadar perlahan bawa tubuh lelakinya kembali bangkit berdiri.

Dia liarkan pandangan ke seluruh arah.

Kalau tadi, dia seperti berada di kanvas kosong, keadaan di tempat baru ini ternyata berbeza.

Tanah yang subur dekelilingi rumput sihat menghiijau, laluan yang sekelilingnya tumbuh bermacam - macam jenis bunga berlainan warna, langit yang cantik terlakar dengan kepulan awan yang nan menggebu.

Tidak dilupakan juga, kumpulan rerama yang mengepak riang di sekeliling bunga - bungaan yang ada. Sesekali, kedengaran kicauan burung yang mengindahkan suasana.

Luth sentuh dada sendiri.

Mungkinkah ini syurga?

Luth geli hati dengan pertanyaan yang diajukan hati sendiri.

Syurga? Mana mungkin insan hina semacam dirinya layak menghuni tempat yang sama dengan mereka yang terangan para anbiya', syuhada?

Dia banyak calitan dosa. Tidak terbandingkan dengan mereka yang lain yang lebih mulia. Lebih tinggi darjatnya.

Luth angkat wajahnya pula ketika suara hilaian tawa seseorang kedengaran di deria pendengarannya.

Luth mula menapak. Mencari arah datang suara itu mengikut naluri hatinya.

Satu laluan yang kiri dan kanannya dihiasi dengan bunga ros yang kembang Luth lalui.

Laluan itu membawanya kepada sebuah pondok kayu yang cantik tersergam indah. Seperti laluan yang Luth telusuri tadi, ada jenis bunga yang serupa tetapi kini tumbuhan berbunga itu melilit tiang - tiang pondok itu.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now