19

449 16 9
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Luth amati kawasan sekeliling. Matanya melingas ke kiri dan ke kanan.

Luth berteka - teki sendiri. Tak begitu pasti, bagaimana dia boleh tiba - tiba berada di sekitar jalan raya.

Sungguhpun begitu, dia hanya biarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan saat retina matanya menangkap bangkai motosikal yang berada tak sampai sedepa darinya.

Kalau dilihat daripada keadannya, boleh jadi telah berlaku perlanggaran yang teruk melibatkan motosikal itu dan mangsanya paling tidak pastinya menghadapi kecederaan yang maha berat.

Kaki mula melangkah sendiri ke arah kawasan bangkai motosikal itu, seolah berada di bawah pengaruh jampi.

Wajah Luth yang sudah sedia bingung dengan situasi yang dihadapi kini mula berkerut dahinya.

Mustahil!

Takkan tak ada sesiapa langsung yang terdetik untuk menghubungi ambulans? Tegakah dibiarkan sahaja tubuh mangsa kemalangan yang sekarat itu menyejuk di situ?

Tiada langsungkah pengguna jalan raya lain yang perasan?

Luth tepuk perlahan wajah wanita yang kini terbaring lemah selepas terseret jauh daripada motosikal yang ditunggangnya.

Keadaan cahaya yang samar - samar sedikit sebanyak menyukarkan Luth untuk memastikan keadaan wanita itu. Dia hanya berbantu harap pada pergerakan dada wanita itu yang agak tak jelas.

"Cik, cik okey ke tak ni? Kalau okey, tolong bagi respons?" Cemas nada Luth berkata.

Namun sayang, langsung tiada sebarang jawapan yang diberikan. Luth hanya mendengar bunyi deruan nafas yang semakin kencang.

Luth buang pandang seketika ke arah jalan raya yang boleh dikatakan masih terdapat beberapa buah kenderaan di sana sebelum dia halakan pandangannya kembali pada wanita yang berada berhampirannya.

Tubuh berura - ura untuk dibawa berdiri, mahu meminta bantuan daripada kenderaan yang lalu - lalang tetapi pergelangan tangan Luth terlebih dahulu dilelar.

Drastik, Luth kalih wajahnya tepat pada pergelangan tangan yang digenggam itu.

Dan seperti sedar ia direnung, wanita itu kejapkan cengkaman tangannya pada Luth, sehingga lelaki itu mula meringis sakit.

"Cik?" Ada nada tak selesa dalam bicara Luth kini saat dia merasakan kuku kepunyaan wanita itu mula mencucuk - cucuk dagingnya.

"Cik?!" Kali ini, Luth menjerit kuat. Baru tersedar, wanita yang dimaksudkan itu bukannya manusia!

Wajah yang pucat, baju yang lusuh berserta kotoran debu tanah padanya. Tak lupa juga, bau hanyir darah yang mula menusuk hidung.

"Kau munafik!"

Mendegar sahaja suara itu, Luth terus terduduk.

"Yana?" Jelas riak wajah tak percaya terpampang pada Luth kini apabila wajah yang pada awalnya samar - samar kini sudah dapat dilihat berbantukan cahaya rembulan.

Terasa sukar baginya untuk memproses segalanya.

Bagaimana, Yana?

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now