24

450 13 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Kereta Lexus LC merah milik Luth mula membelah jalan raya dengan megahnya.

Luth yang sedang berada dalam pemanduan pula hanya tersenyum.

Yalah, sudah berapa lama dia tidak memegang stereng kereta... hari ini baru dia berpeluang untuk melakukannya semula.

Berkenaan perihal cermin keretanya pula, Ean benar - benar kotakannya janjinya.

Elok sahaja Luth dibenarkan keluar daripada hospital, lelaki itu terus memintanya nombor akaun untuk tujuan transaksi wang. Itupun berserta beribu - ribu ungkapan maaf yang harus Luth tadah telinga bersama - sama disebabkan Ean yang katanya hanya mampu hulurkan wang ganti rugi sahaja atas alasan tuntutan kerja.

Ean itu memang Luth boleh kata sahabat yang satu dalam sejuta. Tak dapat ditukar ganti.

Kereta mula membelok memasuki satu simpang sesuai dengan arahan aplikasi Waze yang Luth pasang pada telefon pintarnya.

Almaklumlah, sudah lama tidak menjejak kaki ke kawasan perumahan yang menjadi tempat tinggal Encik Hasnawi atau lebih tepat statusnya telah berubah menjadi bapa mentua kini.

Apa khabar agaknya lelaki dengan usia yang hampir tamat 50-an itu? Sihatkah ia? Hati Luth tertanya sendiri.

Luth mula teguk liur sendiri. Sesekali dia gendang stereng kereta apabila akalnya terbayang reaksi Encik Hasnawi saat dia tiba di sana nanti.

Marahkan dia? Nak - nak pula apabila lelaki itu tahu apa yang dia telah lakukan terhadap Daiyan?

Luth geleng kepala. Jujur, seriau juga ketika teringat semula akan tingkah gilanya dulu. Namun, hendak dikata apa? Berani buat, beranilah tanggung.

Dan inilah situasi yang Luth sedang alami kini. Mula meneka apa yang bakalan terjadi kelak.

Cuma yang pastinya, apa - apa yang berlaku nanti, dia seharusnya mendapat bahana atas kesalahan yang dilakukannya.

Daiyan itu bukannya bodoh mana. Sudah tentu dia akan ceritakan segala yang berlaku supaya dirinya terbela.

Namun persoalannya, adakah Encik Hasnawi akan mendengar segalanya sementelah hubungan dua beranak itu retak menanti belah kerana ulah Luth sendiri?

Allah, hati Luth sebut kalimah itu lemah.

Terasa dosa di bahunya jatuh bertimpa - timpa ketika mengenangkannya.

"Setitis air mata wanita yang jatuh kerana seorang laki - laki, maka balasannya 1000 kali dosa buat sang lelaki yang menyakitinya,"

DEG!

Luth tersentak mendengar mutiara kata yang barusan disampaikan penyampai radio itu tadi dan oleh kerana rasa terkejutnya itu juga, hampir sahaja dia memberhentikan kenderaannya di tengah jalan secara tiba - tiba.

Luth raup wajah sebelum menekan skrin sesentuh yang sedang memainkan lagu daripada radio itu. Siaran yang lain langsung ditukar selepas itu.

"Hukum perkahwinan ada lima. Salah satunya haram. Haram bilamana satu perkahwinan itu dilaksanakan semata - mata untuk menyakiti mahupun memudaratkan pasangan,"

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now