41

364 13 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Daiyan pandang kiri kanan. Pasti yang Puan Daliya telah menuju ke dapur sesuai dengan hal yang dikata wanita separuh baya itu tadi, Daiyan pantas laksanakan rancangannya.

Tangan kanan yang masih kemas dalam genggaman Luth Daiyan pandang lama. Hampir beberapa detik, dia cuba lepaskan tautan jari - jemari mereka yang agak kemas itu.

Satu decitan kedengaran. Daiyan sudah tayang wajah cemberutnya apabila usahanya untuk meleraikan tautan jari antaranya dan Luth sekadar menemui jalan buntu. Bukan itu sahaja, Luth pula makin kemaskan pegangannya.

Hati Daiyan menggelegak. Buta gamaknya Si Luth ni, tak nampak mungkin Daiyan di sebelah yang sudah mula tayang wajah kelat berserta ketat dek tingkah lelaki itu sendiri.

Daiyan berdehem. Cuba dapatkan perhatian Luth yang nampaknya begitu khusyuk menghayati ceramah agama yang dipasang Puan Daliya melalui kaca televisyen.

Sempat bibir Daiyan mencebik di situ. Yalah, lagipula apabila tajuk ceramah itu berkenaan rumah tangga yang bahagia. Apa yang sedang Luth fikirkan sebenarnya?

Hati Daiyan terasa bagai digeletek.

Luth pula memang benar - benar tenggelam dalam dunia sendiri. Langsung tidak mendengar bunyi deheman yang dilakukan Daiyan.

Daiyan hela nafas kasar kemudiannya. Luth dijeling sekilas sebelum dia cuba lepaskan tautan tangan mereka buat kali kedua. Kali ini, lebih tenaga dikenakan dan alhasilnya, usahanya berjaya.

Saat itu, baru Luth palingkan wajah ke arah Daiyan.

"Tak payahlah pegang - pegang. Saya tak suka. Rimas," Daiyan suarakan isi hati.

"Abang dengan cara abang dan sayang dengan cara sayang,"

Wajah cantik Daiyan berkerut. Terang - terangan tidak mengerti makna di balik kata - kata kepunyaan Luth.

"Maksudnya?"

Luth senyum tipis ke arah Daiyan.

"Daiyan juga yang cakap kan? Walau apapun jadi, kita tetap kena teruskan hubungan ni dengan cara masing - masing. Abang dengan cara abang. Daiyan dengan cara Daiyan," Terang Luth.

"Cara hidup saya sekarang, saya tak suka bila saya ni disentuh sesuka hati. Lagi - lagi kalau yang buat tu awak orangnya," Daiyan menyindir senada.

"Dan malangnya, cara hidup abang pula cakap sebaliknya,"

Daiyan pantas kalih pandangnya juga, biarkan netra hazelnya merenung wajah Luth sama.

"Kebebasan masing - masing untuk tentukan corak hidup, jadinya abang atau Daiyan, kita berdua tak boleh nak pertikai betul salah tindakan pihak yang kedua," Luth beri justifikasi atas pernyataan sebentar tadi.

Wajah Daiyan sudah semakin menjeruk. Muncung ditarik seinci. Keselambaan Luth dalam bermain kata tadi sungguh menaikkan darahnya, jujur hati Daiyan memberitahu.

Ergh, meluatnya!

"Lah, dah nak dekat pukul 10? Kejapnya masa... rasa tadi pergi dapur baru pukul berapa...?" Keluh - kesah Puan Daliya yang kembali tiba mengambil tempat lantas mematikan niat Daiyan yang mahu membidas ujaran Luth.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now