28

498 14 6
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Daiyan tolak daun pintu perlahan. Kepala dijengulkan sedikit ke luar bilik, melihat keadaan sekeliling.

Yakin dengan persekitaran luar yang kelihatan gelap sahaja, Daiyan buka luas daun pintu kamar beradunya.

Dengan lagak yang tak ubah seperti seorang pencuri, dia mula terjengket - jengket atur langkah ke dapur.

Nak buat macam mana? Lapar punya pasal!

Dan gara - gara itu jugalah, Daiyan sanggup bersengkang mata sehingga ke tengah malam untuk memastikan seisi rumah sudah berlabuh ke alam mimpi bagi memudahkan misi mencuri makannya.

Kaki mula menuruni tangga. Itupun perlu dilakukan dengan berhati - hati. Risau tersilap langkah nanti, bakal berlaku pula sebarang perkara yang tidak diingini.

Kalau Puan Daliya tahu akan kegiatannya yang satu ini, silap hari bulan ada yang terikat kaki kat bilik nanti.

Ish, ni semua Luth punya pasal! Hati kecil Daiyan sempat mengutuk.

Sempat dipalingkan tubuhnya sesaat, melihat sekujur tubuh yang tertidur pulas di sudut ruang tamu sana elok sahaja selepas Daiyan tiba di anak tangga terakhir.

Nasib baik Puan Daliya tidak buat fiil yang pelik - pelik, contohnya macam menyuruhnya berpindah ke bilik ibunya demi menjamin keselesaan Luth. Kalau tidak, memang dia takkan berselindung. Terus dilancarkan perang dinginnya terhadap jejaka itu secara terang - terangan.

"Fokus, Daiyan Hazwiena. Fokus!" Daiyan tepuk perlahan pipi mulusnya seraya berucap sendirian, mengingatkan diri objektif utamanya awal - awal tadi.

Periuk besi bersaiz sederhana di kabinet dapur lantas ia hampiri. Penutupnya dibuka pula selepas itu.

Terbit senyuman manis di bibir Daiyan tatkala terpandangkan baki hidangan yang dia idamkan itu.

Tanpa berlengah, dia atur langkah ke rak pinggan pula lalu mencapai sebuah pinggan kaca. Nasi pula dicedok sesenduk sahaja.

Malam, tak elok makan banyak - banyak.

Daiyan labuhkan punggung di atas kerusi makan. Siap membaca basmalah, dia terus suap nasi ke dalam mulut.

Berbeza dengan tadi, Daiyan kini tampak lebih berselera menikmati makanannya.

Suapan kian bertambah. Sesekali Daiyan pejam erat kelopak matanya, menikmati keenakan rasa pedas - pedas berlemak makanan tradisi melayu itu.

"Uhuk! Uhuk!" Terhenti suapan Daiyan itu apabila ia tertelan sama cili padi. Malang yang tidak berbau betul!

Dada digosok perlahan, cuba mengurangkan rasa perit yang mula bertandang.

Dan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, dalam situasi yang sedikit kalut itu, ada tangan asing yang menghulurkan Daiyan segelas air kosong berais.

Daiyan angkat wajah. Bukannya mahu menerima bantuan yang dihulurkan bahkan sibuk mahu ambil tahu gerangan yang menolongnya itu.

"Minumlah air tu Daiyan..... dah naik merah muka tu ha," Luth yang duduk setentang lantas menegur perubahan wajah isterinya.

Daiyan ketap bibir. Tanpa berterima kasih, dia terus capai gelas air itu dan hirupnya. Betul - betul sehingga rasa pijar di bibir beransur hilang.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now