50

412 13 0
                                    


Rasa macam menulis sambil hisap gam. But yeah, do enjoy the chapter.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Daiyan, makanlah sikit..." Puan Daliya terus memujuk.

Bahu Daiyan lantas ditepuk perlahan, namun empunya badan masih tetap menyelebungi dirinya dengan kain selimut. Langsung tak berminat mahu keluar daripada 'cengkerang' miliknya.

"Masuk ni dah dua hari Daiyan buat perangai macam ni, makan tak nak. Ubat pun tak payah cakaplah," Puan Daliya mengeluh sebelum dia letakkan dulang berisi makanan hospital ke atas meja pesakit.

"Ha, ibu tahu! Yang ini mesti Daiyan suka," Puan Daliya masih giat memujuk si anak. Wajah yang tadinya keruh lantas dimaniskan sebelum ia capai pula bekas berisi makanan yang masih panas. Dulang makanan hospital diletak tepi seketika.

"Ayam kampung masak stim. Ibu pusing satu kampung tau cari ayan kampung yang paling fresh untuk Daiyan,"

Sekali bau, memang boleh terliur meskipun hidangan itu secara umumnya masih berstatus masakan pantang.

"Tak apa. Daiyan tak lapar. Ibu taruk jelah makanan tu balik kat atas meja," Namun lain pula ceritanya di pihak Daiyan.

Puan Daliya hela nafas lemah sebelum dengan kadar perlahan ia menutup semula bekas makanan itu.

"Sampai bila Daiyan nak macam ni?" Puan Daliya kembali bersuara.

"Kenapa ibu nak kisah pula? Biar ajelah Daiyan macam ni. Senang sikit boleh mati. Paling tidak, dapat jumpa ayah dengan anak Daiyan kat sana nanti,"

Puan Daliya beristighfar panjang mendengar butir bicara punya Daiyan tetapi tak sempat hendak memintas, si anak kembali teruskan percakapannya.

"Entah - entah, Luth pun sebenarnya dah mati juga kan? Sebab tu, bila Daiyan tanya dia dekat mana, ibu dengan semua orang kat sini langsung tak berani jawab," Daiyan menduga pula.

"Habis tu, Daiyan tak kesiankan ibu?"

Daiyan tersentak dengan soalan rawak yang terpacul daripada bibir Puan Daliya itu.

"Sampai hati Daiyan kan? Padahal dulu Daiyan dah janji. Daiyan kata, Daiyan nak jaga ibu bila arwah kakak dah tak ada. Tapi sekarang, mana pergi janji Daiyan semua?" Lakon Puan Daliya, mahu menarik perhatian Daiyan.

Dan seperti yang dijangkakan, Daiyan jengukkan sedikit kepalanya daripada selimut. Mahu melihat Puan Daliya.

Sedar yang usahanya membuahkan hasil, Puan Daliya teruskan tingkahnya.

"Ya, ibu tahu. Sakit sangat perasaan yang kita kena hadap bila terpaksa lepaskan anak kita balik kepada pencipta. Bukan Daiyan seorang je yang rasa macam tu. Ibu pun pernah rasa. Ibu hilang anak yang ibu kandung 9 bulan 10 hari. Yang ibu jaga. Tengok dia membesar selama 30 tahun. Daiyan nak tengok ibu sedih lagi, ya? Sebab tu Daiyan pun nak pergi sama. Tinggalkan ibu seorang?"

"Daiyan memang tak sayang ibu kan? Tak apalah kalau macam tu," Puan Daliya sebakkan nada bicaranya sebelum dia berura - ura untuk bangkit daripada duduknya.

"Ibu," Daiyan seru gelaran sang ibu seraya melelar pergelangan tangannnya

Tak betah menahan gelora di jiwa sejak awal detik Puan Daliya mula bersikap dingin terhadapnya, Daiyan akhirnya pilih untuk tekan sedalamnya perasaan sedih yang dahulunya merajai diri.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now