47

366 9 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Ibu, Mak Cik Jamilah and even Jaja. See? Semua orang nak kita berbaik Daiyan,"

Daiyan hembus nafas kasar. Tubuh lantas dibawa berpaling ke arah Luth tak lama selepas itu.

"Dan apa yang membuatkan awak yakin sangat dengan sekadar ucapan maaf, bawa saya keluar berjalan sana - sini, kita akan berbaik?" Tajam mata Daiyan menikam saat ia ajukan Luth persoalan itu.

"Luth, saya harap awak tak lupa. Ingat balik, apa yang awak buat dekat saya dulu tu teruk. Jahat. Susah nak dimaafkan," Serta merta, nada suara yang Daiyan gunakan berubah dingin seiring dengan tajuk yang dibangkitkan.

"Baby steps sayang...."

Wajah Daiyan berkerut. Sumpah tak mengerti, lagipula apabila melihat Luth tampal senyum di wajah sebaik sahaja habis menutur kata.

"Dengan apa yang abang dah buat, tentu susah untuk Daiyan nak maafkan. Abang tak nafi. Abang tak pernah letak pengharapan tinggi dekat semua yang buat. Abang cuma tahu, abang kena usaha segala yang termampu. Lebih lagi. Semuanya untuk buktikan kepada Daiyan,"

"Sekurang - kurangnya, abang buat sesuatu juga kan? Walaupun kecil. Bukannya sekadar cakap kosong, minta maaf berjuta kali, tapi habuk apa pun tak jadi," Sambung Luth kemudiannya. Wajah sempat diangkat, menyusuri anak mata bundar itu saat berkata.

Daiyan yang kala itu mati kata terus ambil keputusan untuk ikut sahaja telunjuk Luth. Ikatan apron yang tersarung di pinggang langsung dileraikan.

Dan entah mengapa, ikatan yang sepatutnya sebelum ini mudah untuk dilepaskan tiba - tiba menjadi sukar.

Kerutan mula terlakar di dahi. Bunyi decitan turut meniti di bibir. Jelas tak berpuas hati dengan situasi yang dialami.

"Kau ni kan apron, depan laki aku juga nak buat perangai," Gumam Daiyan kecil dengan tangan yang masih gigih berusaha di belakang.

Luth yang peka dengan keadaan sekeliling, geleng kepala perlahan. Dia pantas berlalu ke belakang tubuh Daiyan. Tangan wanita itu ditepis sebelum dia lincah melakukan kerja sehingga apron itu kian melonggar daripada membelit pinggang milik Daiyan.

"Contohnya sekarang, kalau Daiyan tak boleh nak buat something. Minta ajelah tolong dekat abang. Abang bukannya tunggul," Luth sempat berpesan di situ.

"Kalau macam tu, nak minta tolong satu benda lagi boleh?" Daiyan kerdipkan matanya saat berkata. Elok sahaja selepas dia menggantung apron miliknya di sudut warung.

"Boleh tolong diam tak? Kat sini juga nak bermadah pujangga segala. Tabur semua ayat - ayat Romeo dia," Sindir Daiyan sedas.

"Gaya cakap macam tengah marah, Puan Daiyan marahkan siapa tu?" Luth berlakon tidak mengerti.

"Marah dekat awak. Puas hati?" Terselit perasaan geram dalam bicara. Langsung sahaja, Daiyan lupa perihal wang upahnya yang turut terletak sama dalam poket apron.

"Lah, kenapa pula? Salah ke kalau abang nak tolong isteri abang kalau dia tengah dalam masalah?" Luth menyoal sambil mengejar langkah si isteri yang mula menapak keluar dari warung.

"Salah!" Tanpa berfikir panjang, Daiyan terus membalas.

"Tak malu ke orang kampung nampak tadi?"

Luth liarkan mata ke kawasan warung. Tidaklah begitu ramai mata - mata yang melihat. Masih boleh dibilang dengan jari. Tidak tahu, apa yang Daiyan risaukan sangat.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now