38

388 11 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Aduh, macam mana nak buka menatang ni?" Daiyan sudah mula mahu menyumpah seranah. Menyesal pula terlampau ikutkan saranan hati tadi yang terpanggil - panggil untuk mencuba baju yang Luth belikan untuknya kelmarin.

Bibir merah itu keluarkan bunyi decitan.

Manakan tidak, boleh pula tiba - tiba zip dress labuh yang dipakai itu tersekat separuh jalan. Sudahlah saiz cermin di dalam kamar mandi itu hanya memuatkan sebahagian tubuh Daiyan sahaja. Bahagian yang sepatutnya pula tidak dapat dilihat.

Pintu kamar mandi lantas dibuka sedikit untuk mengintai suasana di luar.

Yakin figura tubuh tinggi lampai Luth tiada, Daiyan pantas menuju ke arah cermin solek.

Separuh belakang tubuh dikalih. Tangannya masih terkial - kial masih cuba membuka zip baju.

Dan dalam pada itu jugalah....

KREK...!

Daun pintu ditolak perlahan. Bunyi derap kaki milik Luth yang melangkah mula kedengaran.

"Daiyan, abang...." Luth mati kata saat terpandangkan pemandangan tubuh kepunyaan Daiyan yang terhidang di hadapan mata.

Daiyan pula pejamkan mata. Bibir turut dikemam rapat sama.

Selang beberapa ketika, dia buka mata semula. Nafas lantas ditarik sedalamnya.

"Lain kali, kalau nak masuk tu boleh ketuk pintu bilik dulu tak?" Keras Daiyan menyoal sambil memandang tak lepas refleksi Luth yang terpantul di cermin.

Daiyan kuatkan genggaman kedua - dua belah tangan pada sisi cermin solek. Daiyan cuba pupuk keberanian dalam diri kali ini.

Heh, mana mungkin keinginan lelaki milik Luth akan melonjak setelah melihat keadaan belakang tubuhnya yang terdedah? Kalau dahulu kebarangkaliannya mungkinlah ada. Daiyan cuba sedapkan hati sendiri.

Manakan tidak, tubuh langsingnya kini sudah berubah bentuknya. Kulitnya yang dahulunya mulus juga hanya tinggal bekas biratan sahaja. Sudah tentu Luth akan hilang rasa saat terpandangkan semua celanya.

Namun ternyata sangkaan Daiyan meleset sama sekali apabila Luth mula buka langkah menghampiri.

"Luth, apa yang awak...?"

Tak sempat Daiyan menghabiskan kata, Luth terlebih sudah menggapai bahu perempuannya untuk menyuruh Daiyan kekal pada posisi awalnya tadi. Disuruh tubuh kecil itu duduk di atas kerusi meja solek.

Sedar - sedar sahaja, terasa tekapan hangat tangan Luth pada belakang tubuhnya diikuti dengan bunyi zip yang ditarik ke bawah.

Dress yang tadi tersarung di tubuh mula perlahan melorot jatuh. Nafas Daiyan serta merta menjadi tidak teratur. Dia mula tahan kain baju itu.

Daiyan tak mampu bersuara. Sentuhan Luth, ditambah dengan keadaan tubuh mereka yang boleh dikatakan agak rapat kini berjaya buatkan akal perempuan Daiyan menerawang jauh ke memori silam yang dia sebolehnya memang tak mahu ingat.

Di satu sisi yang lain, jari - jemari Luth mula menari menyentuh setiap inci belakang tubuh milik sang isteri.

Hangatnya tubir mata milik Luth kala itu tak usah dikata. Getaran halus mula terbit pada tangannya saat menyentuh bekas biratan yang jelas terukir pada belakang Daiyan.

Matanya jatuh melihat kawasan lain juga. Nafas diam - diam ditarik lega apabila hanya belakang tubuh sahaja yang masih terang kelihatan bekas pukulan itu.

Ini semua hasil ulah kejamnya dahulu!

Ini parut yang Luth berkesempatan nampak. Kalau di hati bagaimana?

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now