Part 16 - Matrikulasi (Bahagian iii)

1.3K 29 7
                                    

Waktu berlalu macam biasa. Sedar tak sedar aku dan erol berkapel dah nak masuk setengah tahun. Boleh dikatakan aku selalu balik ke rumah erol. Jarang balik rumah tok aku. Apatah lagi rumah mak aku. Memang sangat jarang.

Matrikulasi masa zaman aku tu. Dia 1 tahun. Selepas 6 bulan, kebiasaannya akan cuti semester. Dan nak dijadikan cerita, aku dan erol dah planning kononnya nak berbulan madu di Langkawi. Time tu first time wei aku nk ke Langkawi.

Masa yang ditunggu dah pon tiba. Habis je keluar dari tempat Matrikulasi masing masing. Kami menuju ke Kuala Kedah untuk nak ke Langkawi. Time tu dalam pukul 3 petang rasanya.

(weh, aku rasa macam da tulis bahagian ni. Ke perasaan aku je? Maaf tau aku xbaca pon balik cerita yang aku tulis.. Just baca last chapter sebelum update yang baru ni)

Aku sampai dulu time tu. Bila da sampai awal. Memang bosan. Sebab kalau ikut jarak pon. Memang tempat aku belajar lagi dekat berbanding tempat erol belajar untuk ke jeti. Masa tengah menunggu nya si erol tu. Aku sempat membeli komik. Untuk baca lah. Masa dulu tak sama macam sekarang. Boleh tengok HP layan u tube ke layan tiktok ke. Aku ingat lagi. Masa tu aku pakai nokia 3230. Aku beli masa dapat duit elaun Matrikulasi. Si erol pulak beli nokia sabun. 😅 HP tu ada je Internet dan game apa semua cuma entah, masa tu kita tak dididik untuk tengok sangat hp. Just sekadar untuk ber sms dan bercalling calling je walaupun rate mahal. Ok. Enough dengan cerita pasal telefon bimbit.

Sedang aku tengah membaca komik. Aku pon da lupa komik apa. Tak silap aku komik sinchan atau doraemon kot. Tiba tiba HP aku berbunyi, keluar la nama si erol kat screen hp tu. 'Erol <3 is calling'

Erol (E) : As salam

Aku (A) : Wassalam. Ye awak. Awak kat mana?

E : Saya masih dalam bus. Tadi keluar lambat sikit sebab ada tertinggal barang.

A : Barang? Barang apa?

E : Barang keperluan je. Maaf tau sebab lambat. Awak da sampai?

A : Iya. Kan tadi ada sms kan kata dah sampai.

E : oooo.

A : (aku potong cakap si erol) berapa lama lagi nak sampai ni?

E : mungkin dlm 1 jam lebih lagi. Sebab bas pon belum masuk pekan lagi. Ala. Kan last ferry pukul 7.

A : hmm.. Okey... Macam tu saya tunggu lah. Tp jangan lewat plak sampai.

E : Da makan? Kalau belum pergi la makan. Saya dah makan roti ni. (kedengaran bunyi di hujung telefon dia tengah mengunyah)

A : okey. Baik. Nanti da sampai. Text K. As salam. (Terus aku mematikan telefon tu)

Aku pon bangun untuk mencari kedai runcit. Niatnya nak membeli lah makanan untuk lapik perut. Masa tengah dok pilih pilih makanan tu. HP aku berbunyi lagi sekali. Cuma kali ni bunyi text je masuk.

Adik kat mana? Kenal tak abang lagi.

HP tu agak baru so aku memang tak da simpan no orang sangat. Aku pon pelik dan tertanya.

As salam. Ye saya. Saya otw balik umah tok. Kan cuti semester dah nak bermula. Ni siapa ya? Maaf ni hp baru. Banyak no lama hilang.

Lepas je bayar. Agak lama jugak la nak tunggu budak tu reply. Dalam 10 minit rasanya. Korang rasa sapa? Hahaha. Salah.

Ni abang azlan. Kita pernah jumpa dulu. Ohh. Adik otw balik sni la ye. Yes. Rezeki abang. Abang da lama rindu lubang adik. Jom jumpa nanti.

Dalam hati aku time tu. Macam macam la aku sebut. Maki la senang cerita. Tak guna punya jantan. Mesej aku sebab nak wat benda bukan bukan je ke. Ingat aku ni apa. Terus aku reply.

Maaf. Nanti saya text.

Aku terus delete perbualan dengan si azlan tu. Dan block nombor. Ye aku tau dia tu molek kejadian. Cuma time tu. Kita dah berpunya wak. Memang tak la. Lagipon mamat tu hanya nafsu serakah. Apakah? 🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️

Jam menunjukkan pukul 5. Aku baru usai solat asar di surau yang disediakan. HP aku terus berbunyi. Orang yang call aku time tu adalah si erol. Tak da nye azlan sbb da block semua dah. Erol cakap dia da sampai kt pintu utama apa semua.

Aku pon terus bergerak ke tempat erol. Hati time tu memang berbunga bunga la sebab nak jumpa buah hati kan.. Nervous pon ada sebab lama juga tak jumpa. Masing masing sibuk dengan pelajaran dan ujian semester 1. Sampai sampai je, kami pon bersalaman dan erol hulurkan sweeter dia.

Aku dengan blur. Pegang sebab aku ingat dia saja jw nk suruh aku pegang ke apa. Rupanya bawah sweeter tu ada hadiah rupanya. Ada 1 kotak dan 1 bungkusan. Rupanya kotak tu kotak kek secret recipe dan bungkusan tu kemeja berbunga. Lepas aku nampak tu.  Erol ucapkan. Selamat ulang tahun 6 bulan. Haha.

Kalau korang nak tahu. Aku memang tak expect apa apa sebab tu aku pon tak ada beli hadiah atau apa untuk erol. Aku hanya senyum dan ucapkan tq sbb bagi hadiah. Patot lambat tadi. Dia g cari kek dan baju rupanya. Ceh mamat ni. Tapi time tu mmg rasa terharu sangat sangat la. Ye la. Kekasih hati kan.

Untuk part ke Langkawi ni. Tiada apa yang special pon. Just biasa aja. Bulan madu dan jalan jalan. Cuma yang best time tu. Kami sewa motor untuk pusing 1 Langkawi la ceritanya. Dan aku sempat juga membalas hadiah dari si erol tu. Aku belanja dia makan untuk 1 hari. Dari pagi sampai ke malam.

Yang baju kemeja yang erol beli tu. Kemeja corak bunga kami pakai untuk hari kedua. Erol tak betul dah rasanya. Corak sama. Warna je ubah. Apo? Nak bagi tau kata pasangan kekasih ke camna?

Sebelum balik tu aku sempat la beli coklat kt Langkawi untuk di bawa balik. Family masing masing tak tahu kata kami ke Langkawi. Dorang ingat masih di kolej. Sebab kebiasaannya mmg cuti semester akan ad orang yang pulang lambat. Aktiviti ke apa ke.

Ohh. Ada cerita best masa kat Langkawi tu. Ada jumpa mat saleh. Nak dengar tak? 😅

Ok lah. Thanks kepada semua pembaca yang masih lagi membaca karya aku. Kan aku cakap. Aku dah lama tak update. Style aku tulis pon da lain kan? Maaf la. Kalau tak best ke apa ke.. Aku mmg tak pandai dah nak tulis atau susun ayat bagi cantik.

Untuk next chapter. Aku akan cover lepas nya dapat keputusan sem 1. Dari tu titiknya perubahan masing masing punya perangai. Mungkin dah bosan sebab dah lama. Banyak lagi yang terjadi. Tapi aku akan cover selepas keputusan sem 1. Masa tu dah masuk sem 2. Part Universiti pon belum masuk lgi. Haish.

Thanks tau. Kita jumpa lagi next chapter. Stay safe.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pengalaman Lepas University (PLU)Where stories live. Discover now