👁️👁️3

761 12 0
                                    

..Perkampungan Vresstar..

Mak Mark hanya baring di atas katil. Sejak Mark pergi dia alami demam yang panas. Lisa berusaha keras untuk menyembuhkan maknya itu.

"Pagi pak cik Peter. Hari ini ada tak herba bunga apple ungu yang saya pesan kelmarin?"tanya Lisa. Dia berharap dia dapat membeli herba itu kali ini.

"Maaf.. Lisa. Herba tu baru saja habis dijual tadi." Jawap Peter yang serba salah.

"Tapi.. kalau tak silap pak cik, dekat kaki gunung bersebelahan dengan hutan Vresstar mungkin banyak di sana." Peter memberitahu Lisa tentang keberadaan herba yang dicarinya.

Lisa mula berfikir. Mahu atau tak dia perlu pergi ke sana. Sekarang dia hanya ada maknya saja. Peter memandang Lisa.

"Kalau kamu tak berani tak.."Lisa terus memotong percakapan Peter .

"Nanti saya akan memetiknya lebih dan jualkannya di sini.. saya pergi dulu, nanti gelap.."kata Lisa terus berlari pergi.

Di Kaki gunung...( 06:28 PM )

Lisa tiba di hadapan gunung itu. Dia meneruskan langkah kerana matahari yang mula menghilang. Dia tidak akan pergi jauh-jauh kerana takut dia melepasi sempadan hutan itu.

"Tolonglah, muncul kan diri.." rayu Lisa. Dia mencari di atas rumput. Tidak ada. Dia mula gelisah. Risau jika raksasa yang diceritakan oleh penduduk kampung itu muncul.

Tiba-tiba matanya terpandang ke arah semak yang bercahaya. Dia berjalan ke arah tersebut.

"Apa yang..."menyelak semak.

Matanya terus bercahaya. Dia tersenyum lebar. Begitu banyak herba bunga apple ungu yang berada di atas tanah. Ia di panggil bunga apple ungu kerana bunganya yang sama dengan bunga apple cuma ia berwarna ungu.

Lisa memetik bunga itu dengan berhati-hati. Dia memasukkan bunga yang dipetik ke dalam bakul.

"Dah alang-alang banyak apa salahnya kutip lebih..." Kata Lisa sambil tersenyum.

"Huh..dasar manusia yang tamak..."kata Ash. Dia berada di belakang pokok tidak jauh dari Lisa.

Lisa memetik lebih supaya selebihnya dia boleh jual.

( Bunyi guruh..) .. maaf aku tak tahu eja bunyi guruh macam mana..

Lisa memandang langit. Sudah gelap. Dia berhenti memetik dan berkemas untuk pulang. Dia berlari turun gunung.

"Lebih baik aku balik cepat sebelum hujan turun.."Lisa menuruni gunung itu dengan cepat. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi yang aneh..

"Aarrhhhh...!!!"

"Bunyi apa tu.."mula takut.

Dia melangkah dengan lebih cepat. Fikirannya mula berfikirkan yang bukan-bukan.

"Hahaha...mana kau nak lari...HAH..!!"

Lisa berlari sambil memandang belakang. Tiba-tiba kakinya terpijak sebiji batu kecil. Badannya terdorong ke hadapan.

"Habislah aku.."detik hati Lisa.

Badannya berguling-guling jatuh ke bawah. Tampa dijangka betis kirinya tercucuk sebatang kayu. Badannya berhenti berguling. Dia memegang kaki kirinya dan menjerit kesakitan.

"Arrhh..!!" Jerkah Lisa.

Air matanya jatuh ke pipi. Dia menahan esakan yang keluar tidak berhenti. Dia memandang ke arah bayangan hitam yang datang ke arahnya.

Dia mengundur ke belakang. Dia cuba untuk bangun. Setelah dia berjaya berdiri dia cuba melangkah pula. Kakinya yang sakit tidak dapat menampung badannya lagi.

"Aaaahhh...!!"

Lagi sekali dia terguling. Kali ini kepalanya pula yang terhantuk pada batu. Penglihatannya mula kabur. Dia terus terlelap.

"Makanan yang aku nantikan..hahaha.."

Raksasa itu mendekati Lisa. Tangan kanannya mencapai Lisa yang berlumuran darah di kaki dan dahi.

"Dia milik aku.. siapa izinkan kau sentuh dia.."kata Ash yang datang dari sebalik pokok.

Raksasa itu memandang Ash. Dia mengetap gigi. Gigi atas dan gigi bawah berlaga satu sama lain.

"Kalau kau nak pergi cari sendiri..!!" Jerkah raksasa itu.

Raksasa itu menyerang Ash. Dia mengeluarkan kuku tajamnya dan ingin mencakar Ash. Tangannya mula mendekati badan Ash.

"Alihkan tangan kosong kau tu.."kata Ash.

Dia memetik jari kanannya dan memandang tepat ke arah mata raksasa itu.

"Dumm!"( Denyutan jantung )

"Apa.."raksasa itu.

Ash mendekati Lisa yang terbaring. Raksasa itu bertukar menjadi cecair pekat berwarna hitam.

Dia memegang Lisa. Bau darah sampai ke hidungnya. Matanya bertukar menjadi merah gelap. Dia cuba untuk bersabar. Dia mendukung Lisa dan membawa Lisa pulang.

Ash meninggalkan Lisa di hadapan pintu rumahnya. Ash terus menghilangkan diri. Ibu Lisa membuka pintu rumah setelah mendengar ketukan pada pintu.

"Ya, cari sia.." ibunya memandang Lisa yang tersandar pada pintu rumah. Dia memandang satu guni sederhana pada tangan Lisa. Guni itu dipenuhi herba bunga apple ungu. Dia membawa Lisa masuk ke dalam rumah dan merawat luka pada kaki dan dahi Lisa.

The Border Between Us 🔞Where stories live. Discover now