Ash Berdiri di sebatang pokok. Badannya disandarkan ke pokok tersebut. Dia memandang ke arah istana Vresstar. Lama dia memandang ke arah tingkap sebuah bilik. Ya, ketika itu dia memandang Lisa yang sepertinya mahu lompat dari tingkap itu.
"Mari kita lihat seberapa beraninya dia.."kata-katanya terhenti.
Tidak diduga Lisa benar-benar melompat dari tingkap itu.
"Biar betul perempuan ni.."kata Ash .
"Hah, asal pula aku nak kena selamatkan dia.."Ash berpusing untuk pergi.
Dia hanya berpusing tapi tidak melangkah. Dia menggenggam telapak tangannya sepertinya menahan marah.
"Ish, tak guna..!"katanya sepatah.
Dalam sekelip mata badannya terus hilang hanya daun yang beterbangan disitu. Dia menangkap badan Lisa yang sedang menjunam. Dia mendukung Lisa. Matanya memandang ke arah wajah Lisa yang disuluh cahaya bulan. Lisa pengsan ketika itu.
"Lisa.."bisik hatinya.
Kakinya menyentuh permukaan rumput dengan perlahan. Dia membaringkan tubuh Lisa diatas rumput itu. Tangannya menyentuh pipi Lisa.
"Aku.."kata Ash tidak dihabiskan.
Dia dapat rasakan ada seseorang sedang menuju ke arah itu. Dia cepat-cepat menghilangkan diri.
"Bawa dia ke bilik. Periksa sama ada dia cedera atau tak. "Arah seorang pengawal.
Putera kedua hanya melihat dari tingkap yang Lisa lompat tadi.
"Haish.. perempuan yang gila.."kata putera kedua.
*************************
Tubuh Lisa diperiksa oleh seorang doktor. Doktor itu memberitahu bahawa Lisa hanya pengsan tidak ada kecederaan. Setelah itu doktor dan pengawal itu pun pergi meninggalkan putera kedua dan Lisa.
"Beta ingat kamu akan mati. Tak sangka umur kamu ni panjang..."kata putera kedua lalu pergi kearah sofa. Dia membaringkan tubuhnya diatas sofa itu.
.
.
8:00 AM. ( 2 Disember..)
.
.Lisa membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Tidak lama selepas itu matanya memandang ke arah sofa. Matanya terbulat.
"Tu.. tuan putera. Kenapa saya boleh ada disini.."kata Lisa. Hairan.
Putera kedua terjaga dari tidurnya. Dia memandang Lisa.
"Atau aku yang dah mati.."bisik hati Lisa. Keliru.
"Kenapa, kamu ingat kamu dah mati ke.."tanya putera kedua.
"Bu.. bukan macam tu.."kata Lisa.
"Badan kamu ni diperbuat daripada apa sebenarnya..?"tanya putera kedua lagi.
"Aaa... apa maksud tuan putera..?"tanya Lisa. Pelik.
Putera kedua bangun mendekati Lisa yang berada di atas katil. Lisa hanya menarik selimut menutupi tubuhnya.
"Tuan putera.."kata Lisa perlahan. Mukanya mula merah.
"Kamu terjun dari tingkat bilik beta Tampa calar sikit pun. Hanya pengsan?" Kata putera kedua.
Lisa melihat tubuhnya. Memang betul apa yang dikatakan putera kedua itu.
"Aku ingat akan patah tulang atau cedera, tapi cuma pengsan. Aku dah lepaskan peluang yang besar.."bisik hatinya.
"Kamu dengar tak apa yang beta ceramahkan ni.."tanya putera kedua.
"De.. dengar tuan putera.."kata Lisa.
"Jadi..."kata putera kedua sengaja diputuskan.
Dia merangkak mendekati Lisa. Lisa mula takut. Dia berganjak ke belakang.
"Apa.. apa yang tuan putera nak buat ni...aahhh.."jerik Lisa.
Tidak sempat putera kedua menerkam Lisa tapi Lisa terlebih dahulu jatuh dari katil. Kakinya terangkat ke atas.
"Aduhh .."Lisa mengadu kesakitan. Dia menggosok belakang kepalanya. Putera kedua terus ketawa kuat.
"Kenapa tuan putera ketawa, tak kelakar lah.."kata Lisa. Menahan malu.
Dia bangun dari baringnya itu. Putera kedua turun dari katil. Dia menuju ke pintu.
"Pergi bersihkan diri. Nanti keluar makan..."kata putera kedua. Dia terus keluar.
Pintu bilik itu tertutup rapat. Lisa juga melangkah ke bilik mandi. Pakaiannya ditanggalkan. Air hujan yang keluar dari kepala shower membasahi badan Lisa. Dengan khusyuknya dia mandi tiba-tiba pintu bilik mandinya diketuk.
Tok..tok..tok...
Lisa tidak mendengarnya. Pintu diketuk lagi. Lisa masih tidak mendengar.
(Mungkin dia pekak kita kena faham..)
Pintu bilik mandinya dibuka dari luar. Lisa masih leka menggosok sabun dibadan.
"Cik Lisa maaf mengganggu. Ni pakaian yang tuan putera pilih untuk cik Lisa.." kata seorang dayang.
Lisa terkejut lalu menjerit. Dua orang dayang itu masih tertunduk. Lisa cepat-cepat menutup badan menggunakan tangannya.
"Apa yang kamu semua buat dekat sini!" Tanya Lisa.
"Maafkan kami, tadi kami dah ketuk tapi cik Lisa yang tak dengar.." kata seorang dayang lagi.
"Tinggalkan saja di situ. Nanti saya pakai.."kata Lisa, malu.
Dua orang dayang itu terus keluar. Pintu tandas tertutup rapat. Lisa melepaskan nafas lega. Setelah selesai mandi dia pergi ke bilik persalinan yang berada di sebelah bilik mandinya.
Untuk pengetahuan semua tandas dan bilik persalinan berada di dalam satu bilik yang dibahagikan kepada dua. Sebelah bilik mandi sebelah bilik persalinan. Dia pergi ke bilik persalinan untuk mengenakan pakaian yang diberikan tadi.
Lisa membuka pintu untuk kembali ke bilik tidurnya. Dia terlihat dayang-dayang tadi sedang mengemas katilnya.
"Wah, cantiknya..."kata dayang.
"Wah, cik Lisa sangat sepadan dengan gaun tu.."kata dayang lagi satu.
"Tapi kenapa terasa agak longgar di bahagian ni.."kata Lisa. Malu.
Lisa mengangkat kain di dadanya untuk menutupi dadanya yang agak terdedah.
Rasa tidak selesa. Pakaian itu agak terdedah."Saya nak tukar.."kata Lisa.
"Tapi kalau tuan putera marah macam mana.."tanya dayang.
Lisa kembali ke bilik persalinannya. Dia membuka almari dan matanya terpandang gaun berwarna merah yang sangat cantik. Dia mengambil dan memakainya.
#soory la aku tulis pendek kali ni xada idea..
#lain kali aku tulis panjang sikit..🤏🤏#apa-apa pun terima kasih kepada yang membaca ya..
#arigato...😘😘
YOU ARE READING
The Border Between Us 🔞
VampireAsh yang merupakan seorang vampire berusia 251 tahun tinggal di istana ditengah hutan Vresstar yang merupakan hutan kematian kepada semua penduduk di kerajaan Vresstar itu. Jika sesiapa yang memasuki sempadan hutan itu secara mutlak akan dianggap ma...