(08:30 PM )
Lisa berjalan-jalan di luar istana. Cahaya bulan menyuluh laluan yang di jalannya. Kelip-kelip keluar dari hutan.
"Wahh ."Lisa kagum melihat kecantikan alam di hadapan matanya.
Mata Lisa terpandang seekor arnab yang baru keluar dari hutan. Dia mendekati arnab itu.
"Arnab siapa yang terlepas di tengah hutan ni.."kata Lisa.
Lisa mengejar arnab itu. Arnab itu berlari masuk ke dalam hutan. Lisa memasuki hutan itu. Tampa sedar seseorang sedang perhatikannya.
"Lisa!!"
Lisa memandang ke arah belakang. Matanya bertentangan dengan mata Ash. Dia dapat meneka maksud riak wajah Ash ketika itu.
"Pergi dari situ sekarang!!"jerkah Ash.
"Untuk apa.."bisik hati Lisa.
Lisa memandang Ash yang ketika itu seperti risaukannya.
"Jadi.. nama kau Lisa.."berbisik di telinga kiri Lisa.
Lisa memandang ke belakang. Matanya bertembung dengan sepasang mata berwarna biru. Mata Lisa menjadi layu.
"Mari pergi.. Lisa.."kata Johnson.
Johnson menarik tangan Lisa. Lisa mengikuti Johnson tampa sedar. Johnson bertukar menjadi serigala gergasi dan Lisa dinaikkan ke atasnya.
"Mari pergi sebelum dia kejar kita.."kata Herry.
"Tak guna. Pulangkan Lisa semula.."kata Ash. Dia mengejar mereka bertiga.
Johnson pergi terlebih dahulu. John dan Herry berada di belakangnya. Johnson sudah memasuki sempadan mereka semula. Ash memberhentikan langkahnya setelah tiba di penghujung sempadannya.
"Tak guna..!"kata Ash. Kali ini dia hanya boleh melihat Lisa pergi bersama mereka.
Puluhan ekor serigala gergasi berada di hadapannya. Bukan kerana takut kepada mereka cuma dia tidak mahu mencetuskan perang.
"Dah mari pergi. Dia hanya boleh kejap sampai di situ saja ."kata Johnson.
Mereka bertiga kembali dan meninggalkan puluhan serigala untuk menjaga di situ.
********************
Lisa terjaga dari tidur. Matanya memandang lelaki yang baru masuk ke dalam bilik itu.
"Selamat pagi.."kata John.
Lisa dengan pantas turun dari katil dan menuju ke bucu bilik. John memandang Lisa hairan.
"Jangan risau kami tak akan apa-apakan awak.."kata John.
"Awak siapa. Macam mana saya boleh ada dekat sini.."tanya Lisa.
"Oh, lupa nak perkenalkan diri. Saya John. Awak berada di dalam kawasan kami.."kata John.
"Kawasan..?"kata Lisa.
"Ya kawasan. Ash tak pernah ceritakan pada awak, ke.. kasihannya dekat awak, Lisa.."kata John.
John meletakkan makanan yang dibawanya tadi di atas meja. Dia duduk di birai katil dan memandang Lisa.
YOU ARE READING
The Border Between Us 🔞
VampireAsh yang merupakan seorang vampire berusia 251 tahun tinggal di istana ditengah hutan Vresstar yang merupakan hutan kematian kepada semua penduduk di kerajaan Vresstar itu. Jika sesiapa yang memasuki sempadan hutan itu secara mutlak akan dianggap ma...