Lisa membuka matanya dengan perlahan. Cahaya matahari menghalang matanya dari terbuka. Dia bangun dari baringnya. Dia memandang sekeliling.
"Padang yang dipenuhi bunga.."bisik hati Lisa.
Dia mula berfikir.
"Ibu!" Kata Lisa.
Dia berdiri dan terus berlari kembali ke rumahnya. Dalam perjalanan dia pulang setitik demi setitik air matanya jatuh. Otaknya tidak tentu arah ketika itu. Hanya ibunya saja yang difikirkan pada masa itu. Lariannya semakin laju.
"Ibu.. tunggu Lisa.." bisik hatinya.
Setelah tiba di rumahnya langkahnya terhenti.
"Kenapa yang ramai sangat ni.."katanya seorang diri.
Semua penduduk di situ memandang ke arahnya.
"Itu dia, perempuan itu lah yang telah membunuh ibunya sendiri.."kata seorang budak lelaki.
"Tangkap dia!!"
"Anak derhaka!!"
Penduduk kampung menyerbu ke arahnya. Dia kehairanan.
"Ke.. kenapa ni..?"tanya Lisa
"Memang dia yang saya nampak semalam.. dia bakar ibunya dan rumah itu sekali.. saya boleh jadi saksi semua perkara yang dia lakukan semalam.." kata budak lelaki itu lagi.
"Tunggu ini bukan salah saya.." kata Lisa cuba menjelaskan perkara yang sebenar.
"Tunggu budak lelaki tu.."bisik hatinya.
Dia memandang budak lelaki itu budak yang menutup mulutnya semalam.
"Tunggu bukan saya yang melakukannya.. budak tu yang lakukan dengan kawan-kawannya semalam.." kata Lisa. Jujur.
"Oh, dah lakukan kesalahan sekarang nak fitnah budak-budak pula.. "kata Peter.
"Pak cik Peter.."kata Lisa tidak percaya.
Peter tersenyum dalam diam. Lisa dapat meneka maksud senyuman itu. Dia agak terkejut. Orang yang selama ini dia percaya telah mengkhianatinya.
"Tangkap dia!"kata seorang penduduk di situ.
Lisa di ikat dengan tali dan dibawa menghadap raja.
***************************"
Tolonglah, saya tak bersalah.." kata Lisa cuba yakinkan raja.
"Aaa.. tuanku, kalau mengikut undang-undang remaja dibawah 19 tahun tidak boleh dihukum bunuh.."kata seorang hakim.
"Mmmm..."raja itu mengusap-usap dagunya.
"Jadi, aaa..."kata-kata hakim itu tidak sempat dihabiskan.
"Ayahanda, anakanda cadangkan jadikan saja dia orang suruhan anakanda. Macam mana?"kata putera kedua.
"Bukankah dia sudah 19 tahun?" Kata raja.
"Lagi 1 bulan dia akan mencukupi umurnya, tuanku. Kerana ulangtahunnya pada 31 Disember hujung bulan ni, tuanku..."kata hakim itu.
"Mmmm..."raja itu mengangguk. Dia mula berfikir.
"Macam ni lah, sementara menunggu dia mencukupi umurnya mulai hari ini kamu akan menjadi hamba kepada putera kedua beta. "Kata raja.
Lisa terdiam. Dia memandang putera kedua. Putera itu tersenyum. Senyum yang penuh makna. Lisa mula takut. Siapa yang tidak kenal putera kedua yang merupakan seorang lelaki yang bernafsu.
"Pastikan kau berikan service yang bagus, ye ..."putera itu tersenyum bangga.
"Hanya 29 hari saja Lisa, bertahanlah.." bisik hati Lisa.
Air matanya mengalir di pipi. Macam mana dia mahu bertahan selama itu terutamanya bersama lelaki seperti itu.
"Kamu semua boleh berundur sekarang." Kata raja.
"Pengawal, bawa hamba beta ke bilik persalinan. Beta mahu hamba beta kelihatan cantik sekali.."arah putera kedua.
"Baik tuan putera.."kata 2 orang pengawalnya.
Lisa dibawa pergi. Putera itu hanya tersenyum. Tidak sabar untuk menjamah ikan yang masih segar.
*******************************
Lisa duduk di birai katil. Lisa mengenakan gaun merah yang diberikan oleh hamba-hamba putera kedua. Lisa hanya menunggu dan menunggu. Jantungnya berdegup kencang. Fikirannya bercelaru. Dia memandang ke arah tingkap. Dia mendekati tingkat itu. Dia memandang ke bawah. Tidaklah seberapa tinggi.
"Ni kalau terjun habis teruk pun patah tangan atau kaki je. "kata Lisa. Tingkap itu dibuka.
"Kamu mahu lari ke mana.."kata putera kedua yang baru saja masuk.
"Tu.. tuan putera kedua... saya cuma.." kata Lisa tersangkut-sangkut.
"Cuma apa, Lisa.."kata putera itu.
Terkejut Lisa dengan tindakan yang dilakukan oleh putera kedua. Putera itu menarik badan Lisa supaya rapat dengannya. Tangannya diletakkan di pinggang Lisa.
"Tu..tuan putera, patik rasa tak eloklah kalau kita berkelakuan macam ni.."kata Lisa..
Dia berusaha melepaskan pelukan itu. Tetapi tidak berjaya. Malah pelukan itu dieratkan lagi.
"Tuan putera.."kata Lisa.
Putera kedua mengangkat Lisa dan bawanya ke katil.
"Tuan putera, apa ni lepaskan lah.."kata Lisa.
Putera itu melepaskan badan Lisa. Badan Lisa terhempas di katil. Putera kedua memandang Lisa dengan pandangan yang penuh dengan nafsu.
"Malam ni kau akan jadi milik aku sepenuhnya.."kata putera kedua.
"Tuan putera, tolong hentikannya.." kata Lisa lagi.
"Mana kau nak lari, hah?"kata putera kedua.
Lisa dengan cepat turun dari katil dan menuju ke pintu. Dia memulas tombol pintu. Kunci.
"Ke.. kepada.."kata-katanya terhenti.
Terasa nafas yang hangat pada lehernya. Dia memandang ke belakang.
"Tuan putera.."kata Lisa.
Mukanya dengan muka putera kedua sangatlah dekat. Dia dapat rasa nafas putera yang hangat itu. Lisa tidak dapat berfikir panjang. Dia berlari ke arah tingkap.
"Hahaha..beta tak rasa dengan ketinggian yang macam ni kamu berani terjun.."kata putera kedua.
"Maafkan saya tuan putera, saya tak boleh berikan badan ni kepada tuan putera. saya simpannya untuk seseorang yang sangat berharga.. "kata Lisa.
Tidak menunggu lama dia lompat dari tingkap itu. Kali ini dia nekat untuk mati. Matanya terpejam. Dia bersedia untuk pergi.
"Lantaklah, habis teruk pun patah tulang. Kalau patah tangan aku lari, kalau patah kaki pandai-pandai kau lah.."bisik hatinya.
"Biar betul perempuan ni.."kata putera kedua. Dia berlari ke tingkap.
#korang rasa apa yang terjadi..?
#mesti korang tertanya-tanya kan. Tak kan heroin mati kot..
#persoalannya kalau dia tak mati siapa yang selamatkannya..🤔🤔🤔#nantikan bahagian seterusnya, ya.. 😁😁😁
#jgn lupa komen...
YOU ARE READING
The Border Between Us 🔞
VampirAsh yang merupakan seorang vampire berusia 251 tahun tinggal di istana ditengah hutan Vresstar yang merupakan hutan kematian kepada semua penduduk di kerajaan Vresstar itu. Jika sesiapa yang memasuki sempadan hutan itu secara mutlak akan dianggap ma...