👁️👁️15

357 5 0
                                    

Lisa hanya menunggu di taman istana. Ash sudah menghilang entah ke mana. Tidak lama selepas itu seseorang memanggilnya dari belakang.

"Lisa..."

Lisa dapat meneka pemilik suara itu. Dia memandang ke arah belakang. Ya, orang itu adalah Mark.

"Abang.."kata Lisa. Dia tidak dapat menahan rasa rindunya pada Mark.

Dia terus berlari dan memeluk Mark. Lisa menangis tanpa henti. Tidak lama kemudian, Clara pun tiba.

"Lisa.."panggil Clara.

"Clara..?"kata Lisa. Tidak sangka.

Lisa mengesat air matanya. Dia meleraikan pelukan. Dia pergi mendekati Clara.

"Akak, okey.."tanya Lisa.

"Okey, tapi macam mana Lisa boleh ada di sini. Mana ibu..?"tanya Clara.

Lisa kembali menangis. Dia terus memeluk Clara dan menceritakan perkara sebenar.

"Sebenarnya..."Lisa memberi tahu Mark dan Clara bahawa ibu mereka sudah tiada. Dan dia juga menceritakan tentang dia yang dibawa ke istana negara.

Clara dan Mark seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi. Kemudian Lisa terfikirkan Ash. Dia terus berhenti menangis.

"Tapi macam mana Lisa boleh datang sini..?"tanya Mark.

"Ooo, tentang tu..Ash yang bawa Lisa ke sini.."kata Lisa.

"Tuan Ash.."kata Mark.

"Ya.."kata Lisa. Hairan melihat reaksi Mark.

Mereka kembali bersembang dengan rancak semula. Hati Lisa merasakan bahawa Ash mungkin tidak akan membunuh mereka.

********************

(18 February....)

Semua orang sudah tidur kecuali Lisa. Guruh yang kuat mengganggu dia tidur. Lisa bangun dan keluar dari biliknya. Istana yang besar menyukarkan dia mencari dapur.

"Dahaganya.."keluh Lisa seorang diri.

Dia terus berjalan sehingga dia terlihat pintu bilik yang tidak tertutup rapat. Dia mendekati bilik itu.

"Bilik apa ni.."bisik hati Lisa.

Dia memandang sekeliling sebelum masuk ke dalam bilik itu. Tiada sesiapa.

"Selamat.."kata Lisa.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan seseorang  yang sedang membungkus diri di dalam selimut. Lisa mendekati orang itu.

Lisa agak terkejut melihat orang yang berada di dalam selimut itu.

"Dia.. sakit, ke..?"kata Lisa.

Dia menyentuh dahi lelaki itu. Cahaya guruh mencerahkan sekeliling bilik itu. Dia dapat melihat wajah orang itu.

"Kenapa dia berpeluh.."kata Lisa.

Sekali lagi guruh berbunyi kali ini lebih kuat. Lelaki itu menarik tangan Lisa ke dalam pelukannya. Lisa terdorong ke depan. Lisa menarik tangannya kembali tetapi lelaki itu memeluknya dengan erat.

"Kenapa ni.."kata Lisa.

Lisa memandang muka lelaki itu. Dia semakin berpeluh.

The Border Between Us 🔞Where stories live. Discover now