( 1 bulan kemudian...)
Angin malam memasuki bilik Clara. Clara menarik selimut menutupi tubuhnya. Kelibat seorang lelaki muncul di tingkap.
Lelaki itu mendekati Clara. Hujung jari telunjuk lelaki itu di lukakan. Darahnya dimasukkan ke dalam mulut Clara. Tidak lama selepas itu Clara terjaga dari tidur.
"Sejuknya.."kata Clara seorang diri.
Lelaki tadi sudah hilang. Clara memusingkan badannya ke arah kiri dan kembali tidur.
.
.
.Lisa memandang Ash dan Kevin yang sepertinya membincangkan sesuatu yang penting. Lisa tidak mendekati mereka. Dia hanya berada bersama Clara.
"Aku tahu dia ada datang semalam. Aku nak kau perhatikan keadaan malam ni.. jangan sampai dia terlepas.."kata Ash.
"Baik. Untuk apa dia datang. Bukan dia sudah dapat apa yang dia nak.."kata Kevin.
"Mungkin sebab Lisa.. atau dia sedang rancangkan sesuatu.."kata Ash.
"Untuk apa dia nak kan Lisa.."tanya Kevin. Bingung.
"Nampaknya kau betul-betul tak tahu tentang keistimewaan darah cahaya.." kata Ash.
"Keistimewaan?"kata Kevin. Meminta penjelasan.
"Darah cahaya adalah cara terpantas untuk memiliki tubuh abadi. Mudah cerita sesiapa yang memiliki darah cahaya secara langsung tubuh mereka adalah tubuh abadi.."terang Ash.
"Rupanya banyak yang aku tak tahu.." kata Kevin.
Ash memandang Lisa yang bersama dengan Clara. Kevin juga memandang ke arah Lisa. Tiba-tiba dia teringat sesuatu perkara.
"Ash, aku nak tanya.. petang kelmarin Lisa pergi mana.."tanya Kevin.
"Apa maksud kau.."tanya Ash. Dia bingung.
"Semalam aku ada terjumpa Lisa nak keluar istana dia cakap dia ada bagi tahu kau..tu yang aku tanya kau, dia pergi mana petang kelmarin.."kata Kevin.
"Dia keluar istana?!"kata Ash. Terkejut. Dia memandang Lisa.
"Tapi bila dia balik, dia balik dengan kau. Tu yang aku hairan. Masa keluar sorang, bila balik dengan kau.."kata Kevin.
Ash memandang ke arah Kevin kembali. Bila pula dia bersama dengan Lisa pada petang itu. Ash berjalan mendekati Lisa. Kenapa Lisa tidak memberitahunya jika Lisa mahu keluar.
"Lisa.."panggil Ash.
Lisa memandang Ash yang diikuti Kevin dari belakang. Ash mendekati Lisa seperti akan memarahinya. Lisa menjadi hairan. Baru sahaja hubungan dia dengan Ash ingin pulih. Entah apa masalah yang membuatkan Ash marah padanya.
"Semalam.."kata Ash tergantung.
Badan Lisa sudah ditusuk sebatang tombak yang berada di tangan Clara. Clara tersenyum. Muka Ash menunjukkan betapa terkejutnya dia melihat Lisa ditusuk dengan tombak itu.
"Lisa!!"
Ash mendekati Lisa. Tiba-tiba dia terasa seperti ada penghalang yang besar diantara dia dan Lisa. Kevin juga terkejut melihat Clara yang ketika itu boleh dikatakan bukan dirinya lagi.
"AKHIRNYA..."
Tiba-tiba Clara terbatuk darah. Kemudian dia rebah. Satu bayangan hitam keluar dari tubuh Clara. Ash dapat mengecam siapa milik bayangan yang keluar dari tubuh Clara itu.
"Daniel..!"kata Ash. Dia menahan marah.
"Putera mahkota..!"kata Kevin. Terkejut.
Kevin dapat mengenali bau yang datang dari kabus hitam milik Daniel. Bau yang ditinggalkan didalam bilik Clara.
YOU ARE READING
The Border Between Us 🔞
VampireAsh yang merupakan seorang vampire berusia 251 tahun tinggal di istana ditengah hutan Vresstar yang merupakan hutan kematian kepada semua penduduk di kerajaan Vresstar itu. Jika sesiapa yang memasuki sempadan hutan itu secara mutlak akan dianggap ma...