Lisa membawa seguni herba yang dipetiknya kelmarin. Peter terkejut melihat seguni herba yang dihantar Lisa.
"Pak cik Peter, hari ni saya nak jual semua herba yang saya petik kelmarin.." kata Lisa dengan senyuman dibibir.
"Mana kamu petik semua ni, Lisa?" Tanya Peter. Terkejut.
"Dekat kaki gunung bersebelahan dengan hutan Vresstar yang pak cik cakap tu lah.." kata Lisa. Jujur.
Peter menggigit bibir bawahnya. Tidak sangka Lisa percaya dengan kata-katanya kelmarin. Dia menggenggam telapak tangannya.
"Apa-apapun esok saya datang ambil duit, ya.."Lisa terus pergi dari situ.
Dia pergi dengan senyuman dibibir. Ketika itu dia sangat gembira. Akhirnya dia dapat mencari duit untuk sara ibunya.
Peter sedikit kehairanan. Herba bunga apple ungu hanya boleh didapati di negara Gravition yang merupakan jiran kerajaan Vresstar. Negara Gravition terkenal dengan kehebatan mereka yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Negara itu juga mempunyai banyak herba yang jarang ditemui.
"Tak guna betul!." Peter menepuk meja kaunternya.
"Nampaknya kita perlu guna plan B.." kata seorang lelaki yang baru keluar dari bilik bersebelahan kaunter.
Lelaki itu mendekati Peter. Peter mula berfikir. Lelaki itu hanya menunggu arahan.
"Hantar beberapa orang untuk cari herba tu dekat kaki gunung tu .." arah Peter.
"Tapi.."hairan.
"Kalau betul herba tu ada dekat situ, kutip sebanyak mungkin. Jika dijual di istana pasti kita untung besar.." ketika itu dia mula berfikiran tamak.
.
.
.Sudah hampir 1 minggu dia tidak berjumpa dengan Clara. Mereka dikurung di bilik yang berasingan. Dan dia juga tidak dapat keluar untuk pergi melihat ibu dan adiknya lagi.
"Aku perlu buat sesuatu .." kata Mark yang mula berasa bosan.
Dia mendekati pintu. Pintu itu tiba-tiba dibuka dari luar.
"Keluar lah.. kau boleh pergi jumpa Clara. Lagipun dia tengah risaukan kau.." kata lelaki yang dibuang negeri.
"Alex, kau.." kata Mark yang dipotong.
"Dah sekarang ni kau nak keluar ke tak..?" Tanya Alex.
Mark terus keluar tanpa berlengah lagi. Dia mengikuti Alex yang berjalan di hadapan.
"Alex, macam mana kau boleh ada dekat sini?" Tanya Mark.
"Itu semua benda dah lepas. Tak perlu difikirkan lagi.." jawab Alex.
Mark terdiam.
Ya, semuanya bermula macam ni..
(Kisah Alex..)"Alex.. pergi selamatkan diri awak.." kata puteri sulung kerajaan Vresstar.
"Tapi..tuan puteri.." kata Alex. Risau.
"Ayahanda..tak akan apa-apakan saya.. percayalah.." kata Alex cuba yakinkan Alex.
"Lagipun, saya kan anaknya.." kata puteri sulung kerajaan Vresstar sambil tersenyum gembira.
Alex terdiam. Dia menundukkan kepala. Telapak tangannya digenggam kuat. Dia berpaling ke belakang dan terus pergi. Tidak lama kemudian dia terdengar suara orang menjerit.
"Aahhh.."
Dia berpatah balik ke arah bunyi itu. Setelah tiba matanya membulat memandang ke arah bunyi itu. Dia terkaku. Lututnya tidak dapat menampung badannya lagi. Dia terus rebah di situ. Badannya menggigil.
"Alex..." Panggil puteri sulung tadi.
"Ellyana.." air matanya mengalir di pipi.
Ya, ketika itu Ellyana ditikam dari belakang dengan sebatang tongkat. Siapa sangka orang yang menikam Ellyana ialah ayahandanya sendiri.
"Ke.. kepada..!!" Jerit Alex.
" Tangkap dia..!" Arah raja Vresstar.
Beberapa orang pegawai berlari ke arahnya. Ketika itu hidupnya sudah tidak berguna lagi tampa Ellyana.
"Lari.." kata puteri sulung.
Dia terus menghembuskan nafas terakhirnya. Pegawai tadi sudah menangkapnya. Dia hanya mengalah. Air matanya tidak berhenti mengalir.
Keesokkan harinya...
Alex dibawa ke luar pintu gerbang istana. Tiada hukuman yang lebih kejam dari dihantar ke hutan Vresstar iaitu hutan yang sentiasa menjadi tempat paling ditakuti penduduk di situ.
" Alex dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan yang dilakukan olehnya iaitu membunuh puteri sulung kerajaan Vresstar dengan alasan tuan puteri tidak menerima cintanya. Puteri sulung akan dikebumikan selepas hukuman Alex dijalankan." Kata hakim kerajaan itu.
Ramai penduduk terkejut mendengar kata-kata hakim itu. Alex merupakan seorang panglima kerajaan yang dikenali ramai. Dia hanya seorang anak yatim. Ibu dan bapanya meninggal ketika umurnya 12 tahun dan dia dijaga oleh bapa saudaranya yang merupakan seorang panglima ke 7 . Setelah bapa saudaranya bersara dia dinaikkan pangkat menjadi panglima ke 8 di kerajaan Vresstar. Sejak itu hubungannya dengan puteri sulung menjadi erat dan saling jatuh cinta.
Alex jalan menuju ke arah hutan dengan berpuluh ribu orang memerhatikannya. Dia memandang hutan yang menakutkan itu. Ramai penduduk di situ menghinanya dan ada yang kasihankannya.
Setelah hukumannya selesai Ellyana dikebumikan di makam diraja. Alex pula memasuki hutan tampa berpaling lagi.
....................................................
Mark ditinggalkan di sebuah taman. Alex pula telah pergi dari situ. Dia memandang sekeliling. Clara masih belum sampai. Tiba-tiba matanya terpandang satu susuk badan yang tersandar pada sebatang pokok. Dia menuju ke sana.
" Olivia.." bisik hatinya.
Dia duduk bertinggung di tepi Olivia. Matanya memandang wajah Olivia yang terdedah cahaya matahari. Jari telunjuknya menyelak rambut Olivia yang menutupi mata.
Clara tiba tidak lama selepas itu. Dia terlihat situasi itu. Langkahnya terhenti. Senyum yang tadinya manis terus bertukar rupa.
Jari telunjuknya terkena pada muka Olivia. Matanya terus memandang bibir Olivia yang berwarna pink. Dia teringat Olivia pernah menciumnya di hutan haritu. Dia menyentuh bibirnya.
Nama: Alex
Umur: 29 tahun
Status: single
Sikap: pendiam, amanah, bertanggungjawab.
P/S: dia menjadi seorang pendiam selepas dia dibuang negeri dan menjadi seorang yang amanah setelah Ash mengambilnya sebagai pengikut.#aku harapkan komen dari korang..
#harap cita aku ni memuaskan hati ye..
😂😂😂
YOU ARE READING
The Border Between Us 🔞
VampireAsh yang merupakan seorang vampire berusia 251 tahun tinggal di istana ditengah hutan Vresstar yang merupakan hutan kematian kepada semua penduduk di kerajaan Vresstar itu. Jika sesiapa yang memasuki sempadan hutan itu secara mutlak akan dianggap ma...