"Kevin, kau telah mengecewakan aku. Mulai hari ini kau keluar dari istana ni.. kau dah tak ada kaitan dengan dunia vampire..kau tak layak untuk menjadi pewaris.." kata seseorang yang Kevin tidak dapat melihat wajahnya.
Kevin yang melutut di hadapan lelaki itu sambil memegang tangan ibunya. Ibunya memeluk tubuh Kevin yang masih kecil.
"Walaupun dia manusia separuh vampire, dia tetap memiliki darah pewaris.."kata ibu Kevin pada lelaki itu.
"Kau punca kematian putera pertama. Pesalah mesti dihukum!!"kata lelaki itu lagi.
"Apa?!"kata ibu Kevin. Terkejut.
"Bawa ke penjara.."kata lelaki itu.
"Tunggu..!!"kata ibu Kevin.
Mereka berdua dibawa ke penjara istana. Lelaki itu tidak memandang mereka. Kevin hanya menangis memanggil ibunya.
"Lepaskan. Tolong biarkan Kevin hidup, dia tidak bersalah.!!"kata ibu Kevin.
"Manusia separuh vampire tak berguna untuk terus hidup.."kata lelaki itu.
Ibu Kevin terdiam. Mereka berdua dibawa pergi. Kevin hanya meronta dan menangis memanggil ibunya.
.
.
.
Mereka berdua dikurung di dalam penjara. Setelah malam seorang budak datang kepada mereka."Putera mahkota.."kata pegawai itu dan memberi hormat kepadanya.
"Buka pintu penjara mereka.."kata budak itu.
"Tapi tuan raja tidak.."kata pengawal itu. Budak itu mengambil kunci yang tergantung di pinggang pengawal itu.
"Putera mahkota.. tuan raja telah mengarahkan saya supaya tak membenarkan sesiapa pun buka pintu penjara mereka. Tak kira lah siapa pun orang itu termasuklah tuan putera.." kata pengawal itu. Dia menyentuh bahu budak itu.
Budak itu memandang anak mata pengawal itu. Budak itu kembali melangkah. Dia membuka pintu penjara Kevin dan ibunya.
"Tuan putera. Tak perlu tuan putera bertindak sampai sebegini.."kata ibu Kevin.
Dia memandang pengawal yang menjaga pintu penjara mereka. Hanya tinggal pakaiannya sahaja. Tubuhnya entah hilang ke mana.
"Pergilah, bawa Kevin sekali.. dia tak bersalah.."kata budak itu.
"Tapi.."kata ibu Kevin.
"Tentang ayahanda, saya akan uruskan.."kata budak itu.
Ibu Kevin menarik tangan Kevin untuk pergi dari situ. Sebelum pergi ibu Kevin memeluk dan berterima kasih kepada budak itu.
"Ash, terima kasih. Kami tak akan lupakan budi baik kamu..."kata ibu Kevin.
Mereka terus pergi. Ash hanya menahan diri. Sakit dengan pemergian Kevin dan ibunya. Kevin adalah orang yang paling rapat dengannya.
.
.
.
Ash kembali ke dewan istana. Dia kembali menghadap ayahandanya."Jangan sesiapa pun pergi kejar mereka.."kata Ash.
Ayahanda Ash memandang ke arahnya. Ash tidak menghiraukannya. Dia pergi mendekati ayahandanya.
"Atau semua akan mati.."kata Ash. Dia memandang anak mata raja.
Matanya yang bercahaya merah terang sudah menakut-nakutkan pengawal di situ. Raja terdiam.
"Beta tak kan mengejar mereka selagi kamu tak melanggar peraturan istana dan bersetuju untuk menjadi pewaris istana.."kata raja itu.
"Ayahanda jangan ingat anakanda tak tahu siapa yang bunuh putera sulung.." kata Ash. Dia terus pergi.
Raja terdiam. Dia terpaksa membunuh anak pertamanya untuk memberikan Ash gelaran putera mahkota. Kekuatan yang dimiliki Ash lebih kuat daripada kekuatan putera sulungnya.
"Tak perlu kejar mereka selagi putera mahkota tidak melanggar peraturan istana.."kata raja.
Semua pengawal itu terus bersurai. Mereka pergi meninggalkan raja disitu seorang diri.
(Sejak itulah dia mendapat tanda pada lehernya itu..)
..Hanya info..
**********************
Kevin terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling. Matanya mencari Ash. Ash tidak kelihatan di situ. Dia memandang tubuhnya yang tadinya luka.
"Awak dah sedar.."tanya Clara yang berada di sisinya.
Kevin pantas memandang ke arah Clara. Entah bilanya Clara berada di situ. Matanya masih mencari Ash.
"Awak cari tuan Ash,ke.. dia tak ada. Dia keluar pergi mana entah sebulan yang lalu.."kata Clara.
Kevin memandang Clara lagi. Terkejut. Sebulan yang lalu. Sudah berapa lama dia tertidur.
"Sebulan. Dah berapa lama aku dekat sini.."tanya Kevin.
"Dah hampir 2 bulan.."kata Clara.
"2 bulan.!"kata Kevin. Dia turun dari katil untuk menuju ke pintu.
Setelah kakinya menjejak ke lantai dia terus memulakan langkah.
"Apa.."kata Kevin. Hairan.
Kakinya tidak dapat bergerak. Badannya terus rebah. Entah kenapa kakinya tidak dapat menampung badannya.
"Awak okey.."kata Clara segera dia mendekati Kevin.
Clara mengambil tangan Kevin dan meletakkan dibahunya. Kevin tidak membantah. Dia membiarkan Clara menolongnya.
"Te.. terima kasih.."kata Kevin yang masih lagi segan dengan pertolongan Clara.
Kevin kembali duduk di birai katil. Dia memandang kakinya yang tidak dapat bergerak. Dia memandang pergelangan tangan Clara yang sudah sembuh. Hanya tinggal parut.
"Maaf.."kata Kevin.
"Untuk.."kata Clara. Dia memandang Kevin yang tidak memandangnya.
"Tentang tangan kau.."kata Kevin. Masih tidak memandang Clara.
"Oh, tentang tu.."kata Clara. Dia menutup kesan parut di pergelangan tangannya.
"Sudah agak lama aku tak minum darah manusia.. Jadi.."kata Kevin.
"Tak mengapa.. lagi pun ia hanya parut.."kata Clara.
"Kau jangan ingat, aku ni separuh vampire tak tahu apa-apa tentang kehidupan manusia.."kata Kevin.
Kevin memandang Clara. Clara hanya diam. Tangannya masih menutup parut di pergelangan tangannya.
"Bagi sesetengah orang, siapa yang memiliki parut akan dianggap tak sempurna. Tapi bagi aku tak.. sebab aku yang tinggalkan parut tu.."kata Kevin tampa disedari.
Muka Clara seakan merah. Dia terus pergi dari situ. Kevin terus menutup mulutnya. Entah kenapa begitu senang dia meluahkan isi hatinya. Sedangkan selama ini dia seorang yang pendiam.
********************
.
.
.
🌹
YOU ARE READING
The Border Between Us 🔞
VampireAsh yang merupakan seorang vampire berusia 251 tahun tinggal di istana ditengah hutan Vresstar yang merupakan hutan kematian kepada semua penduduk di kerajaan Vresstar itu. Jika sesiapa yang memasuki sempadan hutan itu secara mutlak akan dianggap ma...