👁️👁️14

349 7 0
                                    

Lisa memejamkan mata. Ketika itu dia sudah menyerah. Johnson terus menerkam Lisa.

"Abang.."bisik hatinya.

Tidak lama selepas itu Kevin pun tiba di situ. Dia terus menyerang Johnson yang sudah mengeluarkan kukunya.

"Ketepi lahh!!"jerkah Kevin.

Herry memandang Kevin yang baru datang.

"Johnson, hati-hati..!"kata Herry.

Johnson memandang ke arah Kevin. Kevin menolak badan Lisa ke belakang dan menahan Johnson untuk terus menyerang.

Lisa terpelanting ke belakang. Telapak tangan kanannya terkena pada batang pokok besar tadi.

"Tak guna. Aku bukan lawan dia.."bisik hati Kevin.

Salah satu kuku Johnson terkena pada bahu kanan Kevin. Dia terus menumbuk dada Johnson dengan kuat apabila dia tidak dapat bertahan.

"Johnson.."panggil John.

Lisa memegang tangan kanan yang terluka tadi. Kevin pergi mendekati Lisa.

"Bangun.."kata Kevin.

Lisa mengikuti kata Kevin. Kevin memeluk pinggang Lisa bersedia untuk pergi.

"Tak sangka seorang vampire sudah mula berkomunikasi secara baik dengan manusia.."kata John.

"Apa, vampire.."kata Lisa. Hairan.

"Bau ni.. jangan-jangan dia anak cahaya.."bisik hati Johnson.

Kevin terus menghilangkan diri bersama Lisa. John ingin mengejar Kevin tetapi dihalang Johnson.

"Kenapa..?"tanya Herry.

"Biarkannya, kita perlu kembali untuk jumpa dengan ketua. Dia sesuatu yang aku nak beritahunya.."kata Johnson.

Mereka bertiga terus pergi. Herry tidak membantah.

********************

Setelah tiba di rumah Lisa memimpin Kevin ke biliknya untuk merawat luka dibahunya.

"Kau tunggu je dekat luar.."kata Kevin. Pintu biliknya di tutup rapat.

Lisa hanya terdiam. Dia mula rasa bersalah. Dia duduk dan bersandar di dinding. Tidak lama selepas itu dia tertidur.
.
.
.
.
Lisa terjaga dari tidurnya. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

"Dia masih tak keluar, ke.."kata Lisa.

Dia berdiri dan membuka pintu bilik Kevin. Dia melangkah masuk.

"Aaa.. maaf. Saya sebenarnya nak tahu keadaan awak.."kata Lisa. Dia memandang ke arah Kevin.

Lisa cepat-cepat mendekati Kevin yang sudah terbaring di atas lantai. Dia memandang muka Kevin yang tidak sedarkan diri.

"Awak.. awak.."panggil Lisa.

Lisa meletakkan tangan kiri Kevin dibahunya. Dia membawa Kevin ke katil. Badan Kevin direbahkan diatas katil.

"Aduh.. beratnya.."Lisa mengeluh seorang diri.

Baju Kevin dibuka walaupun didalam hati tidak rela. Luka di bahu kanan Kevin agak dalam. Lisa mencuci luka itu dan membalutnya.

"Vampire.."kata Lisa. Dia teringatkan kata Johnson tadi.

Lisa terus pergi dari situ. Lisa pergi ke dapur untuk mengambil air. Otaknya hanya berfikir adakah Kevin seorang vampire.

"Sudahlah.. mungkin aku salah dengar.."kata Lisa.
.


.
.

Lisa kembali ke bilik Kevin dengan segelas air di tangannya. Tombol pintu dipulas. Dia melangkah masuk ke dalam bilik.

"Awak dah sedar..?"kata Lisa.

Lelaki yang bersama Kevin memandang ke arah Lisa. Dia agak terkejut melihat Lisa berada bersama Kevin. Matanya memandang ke arah tangan Lisa yang berbalut.

"Dan siapa awak..?"tanya Lisa kepada lelaki itu.

Lisa mendekati Kevin. Dia menghulurkan gelas di tangannya.

"Kau ingat dia minum air ni, ke.."kata Ash.

"Habis nak bagi air apa..?"kata Lisa.

"Dalam almari dekat dapur ada satu botol kecil. Bawa botol tu ke sini.." kata Ash.

Lisa terus pergi mengambil botol itu. Entah kenapa hati Ash kembali tenang.

"Mana kau jumpa dia.."kata Ash.

Kevin dapat meneka maksud pandangan Ash itu. Marah dan tidak puas hati.

"Haritu.. dia kena serang dengan sekumpulan serigala. Kebetulan aku ada dekat situ.."kata Kevin.

Ash hanya diam. Dia pergi ke tingkap dan memandang langit subuh.

"Asal kau datang..."tanya Kevin.

"Aku dapat tahu yang kau kena serang dengan serigala jadi aku pun datanglah tengok mana tahu kau dah mati, ke.." kata Ash.

"Kalau aku mati, kau nak buat apa.?" Kata Kevin.

Perbualan mereka terhenti setelah Lisa menolak pintu bilik. Ash dan Kevin memandang Lisa.

"Ni ke botol tu.."kata Lisa.

"Ya, betullah tu.."kata Kevin.

Lisa memberi botol itu kepada Kevin. Dia memandang ke arah Ash. Ash terus memandang ke arah lain.

"Dia..Ash. nanti kau ikut dia. Dia boleh jaga kau.."kata Kevin.

Lisa memandang Kevin yang sudah meneguk air dari botol tadi. Terdapat sisa air dibibir Kevin. Ianya adalah darah.

"Betul ke yang awak..."Lisa menundukkan kepala.

Kevin memandang Lisa. Ash juga memusingkan pandangannya ke arah Lisa.

"Yang awak.. vampire.."kata Lisa.

Kevin terus ketawa. Kemudian dia kembali serius. Ash hanya tersenyum.

"Kalau ya pun, kepada.."kata Kevin.

Dia berdiri dan menanggalkan pembalut luka di bahunya. Luka itu sudah sembuh.

"Kau ikut saja dia.. nanti kau akan tahu apa yang perlu buat.."kata Kevin.

"Tapi.."kata Lisa.

"Kalau aku nak bunuh kau, dari dulu lagi aku dah bunuh.."kata Kevin. Dia berbisik di telinga Lisa.

Dia menyarung semula bajunya. Ash memandang Kevin tajam.

"Dah jom pergi. Ada seseorang yang sedang tunggu kau.."kata Ash.

"Tapi.."kata Lisa.

Ash berjalan mendekati Lisa. Dia meletakkan tangannya di atas bahu kanan Lisa. Mereka terus hilang dari situ.

**********************

Ash dan Lisa tiba di istana yang dijaga Ash. Lisa agak terkejut melihat istana yang besar milik Ash.

"Waahhh..."Lisa tersenyum gembira.

"Dah jom.. ikut aku.."kata Ash.

"Wah, besarnya. Ni istana awak ke,Ash.."kata Lisa. Dia tidak berhenti-henti memuji istana itu.

"Bukan. Aku hanya menjaganya.."kata Ash.

"Jaga.?"kata Lisa. Tidak faham.

"Cakap banyak pula kau.."kata Ash perlahan.

********************
.
.
.

The Border Between Us 🔞Where stories live. Discover now