👁️👁️12

376 7 0
                                    


(11:38 PM)...

Kereta kuda Lisa berada di tengah hutan. Mereka melintasi sebuah hutan untuk ke negara Gravition. Kedengaran suara serigala dara hutan sebelah. Lisa terasa agak takut ketika itu.

"Aaa..pak cik, lama lagi ke kita nak sampai..?"tanya Lisa.

"Kalau kita berhenti untuk bermalam sekejap mungkin kita sampai sana tengah hari. Kalau kita meneruskan perjalanan mungkin kita sampai pagi.."terang pak cik itu.

"Okey baiklah. Terima kasih.."kata Lisa.

Tidak lama selepas itu kereta kuda mereka dirempuh sesuatu.

"Aaaahhh..."jerit Lisa.

Kereta kuda mereka terbalik. Kepalanya terhantuk pada dinding kereta kuda itu. Dia memegang kepalanya.

"Aduhh.."Lisa mengaduh sakit.

Seperti ada cecair mengalir di kepalanya. Dia memandang ke arah pintu kereta kuda itu. Kelihatan Pak cik itu di serang sesuatu yang berbulu dan besar. Penglihatannya tidak seberapa jelas.

"Pak..pak cik.."panggil Lisa.

Dia bangun keluar dari kereta kuda itu. Dia mencari pak cik tadi. Matanya terpandang seekor serigala gergasi sedang makan pak cik itu. Dia mengundur ke belakang.

Serigala itu memandang ke arahnya. Lisa tidak berhenti-henti mengundur ke belakang. Serigala itu mendekatinya. Lisa memandang anak mata serigala itu.

"Tolong jangan.."Lisa terus terbaring. Matanya terpejam.

Serigala putih itu bertukar menjadi seorang lelaki. Mulut lelaki itu penuh comot dengan darah. Lelaki itu mendekati Lisa. Lama dia memandang Lisa.

*************************

"Tak guna!!"kata raja. Satu tamparan kena pada pipi putera kedua.

"Kenapa anakanda membiarkan dia pergi.?"tanya raja.

"Dia tak bersalah ayahanda. Pasti ada yang cuba perangkapnya.."kata putera kedua.

Raja tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat putera kedua. Putera ketiga hanya memandang. Dia tersenyum melihat abangnya dimarah oleh ayahandanya.

"Lapor!!"jerit seorang pengawal.

"Macam mana.."tanya raja.

"Tuanku, kami telah jumpa kereta kuda milik pesalah.."kata pengawal itu.

Putera kedua terkejut. Dia memandang pengawal itu.

"Sepertinya mereka telah diserang oleh serigala.."kata pengawal itu lagi.

"Sudah kamu boleh pergi sekarang.." kata raja.

Hati putera kedua seperti akan pecah. Tapi entah kenapa hatinya mengatakan yang Lisa masih hidup.

"Dalam seminggu perkahwinan kamu akan diadakan. Tak perlu kamu fikirkan tentang dia lagi.."kata raja.

"Baik ayahanda.."kata putera kedua.

"Sudah kamu boleh pergi.."kata raja.

Putera kedua pergi dari situ. Semua orang yang berada di situ terus beredar. Putera kedua pergi ke bilik Lisa. Kenangannya bersama Lisa selama sebulan ni tidak dapat dia lupakan. Tapi dia akan cuba untuk cintakan anak tunggal menteri pembandaran yang merupakan tunangnya sekarang...

****************************

(12:00 AM)...
1 January....

"Asal tiba-tiba je kau datang sini?"tanya Ash.

"Kenapa, tak boleh. Kata Kevin.

"Kau.. sihat..?"tanya Ash. Sebenarnya dia tidak tahu mahu bercakap tentang apa dengan Kevin. Sebab masing-masing tidak suka bergaul.

"Hmm.."Kevin hanya tersenyum. Sebenarnya dia seorang yang jarang senyum.

"Apa-apa pun.. Happy New Year.."kata Ash pura-pura happy..

"Tak perlu kau buat muka macam tu kalau kau tak ikhlas.."kata Kevin.

"Kau sekali sekala cuba bergaul sikit.." kata Ash.

"Dah lah.. aku pergi dulu.."kata Kevin.

"Hmm.. balik lah.."kata Ash. Seperti halau.

Kevin terus pergi dari situ. Sebelah balik dia pergi melawat kawasan dulu. Dia melihat sekiranya ada perubahan. Tapi semuanya masih sama.

Cahaya bulan menyuluh Clara yang sedang duduk di birai tingkap. Kevin memandang Clara. Rambut Clara yang tidak diikat ditiup angin malam.

"Hm."Clara terasa ada yang sedang memerhatikannya.

Kevin terus menghilangkan diri setelah Clara pusing memandangnya.

"Siapa tu.."tanya Clara. Dia mula risau.

Tiada yang menyahut. Dia bertambah pelik.

"Takkan lah.."dia mula berfikir yang bukan-bukan. Dia terus berlari pergi ke katil dan menarik selimut menutupi seluruh badan.

************************

Lisa membuka matanya. Dia berada di sebuah bilik yang agak besar. Dia turun dari katil dan menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas.

"Tempat apa ni.."kata Lisa seorang diri.

Dia melangkah keluar dari bilik.

"Kau dah bangun.."kata seseorang.

Lisa memandang ke arah lelaki itu.

"Ya, tapi saya dekat mana sekarang..?"tanya Lisa.

"Jom ikut aku.."kata Kevin.

"Tapi..."Lisa tidak sempat menghabiskan ayatnya .

Soalannya tadi ditiup angin. Kevin melangkah tampa mempedulikan Lisa.

#maaflah sebab lambat update..🙏🙏🙏
#lmbt dapat idea..
#apa-apa pun terima kasih..🥰🥰🥰
.
.
.
.
.

The Border Between Us 🔞Where stories live. Discover now