👁️👁️6

510 11 1
                                    

Malam yang gelap dan langit yang tidak berbintang menandakan hari akan hujan. Ash keluar dari istana dan menuju ke kampung halaman Mark. Dia berjalan di lorong-lorong yang sunyi. Rasanya semua orang sudah tidur. Dia berjalan sambil memandang kucing yang sibuk mencari makanan didalam tong sampah.

"Nanti kau tuang aku nyalakan.."

Ash memandang ke arah sekumpulan lelaki yang berada di lorong yang gelap. Ash hanya memandang mereka dari jauh. Seorang lelaki menuang sesuatu pada kayu balak yang telah dipotong dan disusun di tepi rumah. Dan seorang lagi lelaki menyalakan api pada cecair yang dituang tadi.

Api terus menyambar kayu-kayu itu. Tidak sampai 5 minit seluruh rumah itu terbakar. Tiba-tiba seorang gadis berlari ke arah rumah itu.

"Macam mana....ibu!!.." jerit Lisa

Ash memandang Lisa. Kemudian dia baru teringat yang Lisa ialah adik Mark. Sekumpulan lelaki itu datang ke Lisa. Lisa masih menjerit memanggil ibunya.

2 orang lelaki Lisa ke lorong yang gelap. Mereka berdua memegang tangan Lisa dan seorang lagi menutup mulut Lisa. Lagi seorang lelaki memegang kaki Lisa manakala seorang lagi mengambil guni kecil didalam genggaman Lisa. Ianya adalah wang yang dia perolehi dari pak cik Peter iaitu wang dari hasil herba yang dia hantar petang kelmarin.

Kelima-lima lelaki itu ketawa kuat. Lisa mula rasa lemas. Dia memejamkan mata mencari kekuatan. Tidak lama selepas itu matanya dibuka. Dia merentap tangan kirinya dan kaki kanannya menendang badan lelaki yang memegang kakinya itu.

"Tak guna punya perempuan.."jerkah lelaki itu.

Lisa bangun dan terus berlari keluar dari lorong itu. Dia melihat Ash yang berada di situ. Dia berlari ke arah Ash. Entah kenapa hatinya mengatakan bahawa Ash seorang yang baik dan dapat membantunya.

"Jangan lari!!" Jerik laki-laki itu

Lisa berlari mendekati Ash. Tiba-tiba..

"Tolong..."

Lisa terus rebah. Dia tersembam pada dada Ash. Terjegil Ash dibuatnya. Terkejut dengan tindakan Lisa itu.

"Tolong.... tolong saya.." kata Lisa perlahan.

Matanya terpejam rapat. Dia tertidur. Ash memandang Lisa yang tidak bergerak. Dia mengeluh. Dia terus mendukung Lisa untuk pergi dari situ.

"Hoi.. mana kau nak bawa dia pergi, hah!!" Kata lelaki itu.

"Dia milik kami..! " kata lelaki yang lagi satu.

"Oh, Ye ke. Pada yang aku tahu sekarang dia milik aku.." kata Ash.

"Tak guna!!" Kata lelaki yang lain.

" belasah dia!!" Kata salah seorang dari mereka.

Ash pusing memandang ke arah mereka. Matanya menjadi merah. Laki-laki itu terdiam seketika. Kaki mereka menjadi kaku.

"Apa.. yang.." kata lelaki yang paling depan. Dia mula ketakutan.

Lelaki yang paling depan itu terus rebah. Seluruh badannya menggigil. Lelaki yang paling belakang cuba untuk melarikan diri tetapi badannya terus meletup. Isi-isi badannya terus hancur. Keempat-empat lelaki itu tidak berpaling ke arah belakang. Hanya sisa-sisa darah sahaja yang terkena pada muka mereka.

Dua orang lelaki yang berada di belakang cuba untuk kuatkan diri. Mereka berlari ke arah Ash dan menyerangnya.

"Marilah kau..!!" Jerkahnya.

"Haish.. dasar manusia tak berguna.." kata Ash .

Kedua-dua mereka juga meletup. Lelaki yang paling depan itu menutup matanya dengan rapat. Hanya tinggal dia dan seorang lagi rakannya.

"Tolong.. tolong jangan.." kata lelaki yang paling depan itu. Air matanya mengalir di pipi.

"Tak guna.." kata rakannya yang lagi satu.

Lelaki itu juga mahu melarikan diri. Tetapi seperti yang dijangka lelaki itu juga turut hancur. Lelaki tadi masih lagi memejamkan matanya. Takut untuk memandang Ash. Sepertinya lelaki itu masih seorang budak yang berumur 12 tahun lebih kurang la..

Apabila suasana sangat sunyi, dia membuka mata dengan perlahan. Seperti jangkaannya. .Ash telah pergi.

"Mana..."kata lelaki itu.

Agak-agak korang apa yang akan terjadi pada Lisa, ya..😁😁😁

#aku menantikan respon anda wahai pembaca...😃😃😃
Kalau ada yang tersalah ejaan tu mohon maaf ya... 👉👈

The Border Between Us 🔞Where stories live. Discover now