👁️👁️2

958 18 2
                                    

Mark tiba di rumahnya dia mencari mak dan adiknya. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi yang sangat bising. Dia berlari ke arah bunyi itu. Ternyata itu adalah mak dan adiknya. Maknya dihina dihadapan orang ramai. Adiknya hanya memeluk maknya yang terduduk di atas tanah.

"Memang patut anak kau di hantar ke hutan tu.."kata seorang perempuan tua yang berada di situ.

"Memang layak dengan kau yang miskin!!"

"Pengemis !!"

"Tak tahu malu!!"

"Tak pandai jaga anak!"

"Eloklah dengan kau. Mak perempuan murahan, anak tak guna. Jangan-jangan anak perempuan dia pun ikut jejak maknya..!" Kata seorang perempuan tua yang berdiri di hadapan mereka berdua.

Mark ingin melangkah ke arah mak dan adiknya tetapi Ash sedang perhatikan dia. Ash yang berdiri di atas bumbung sambil berpeluk tubuh memandang karenah manusia yang berada di bawahnya.

"Maafkan abang.."kata Mark kecewa dengan dirinya yang tidak dapat berbuat apa-apa.

"Berada kau jual anak perempuan kau..hah..!"

Lisa iaitu adik Mark bangun memandang perempuan tua itu. Tidak menunggu lama tangannya laju menampar orang tua itu. Orang tua itu rebah sambil memegang pipinya.

"Lebih baik kau jaga mulut kau kalau tak nak aku bagitahu kerja anak kau selama ni. Dan kau.."memandang ke arah seorang lagi perempuan yang tidak seberapa tua.

"Kau jangan sampai aku BAKAR rumah kau.!!" Mamberi amaran.

"Dia masih dengan panas baran.."Mark tersenyum. Dia kembali memandang ke arah Ash . Ash sudah pergi. Loceng di tengah bandar berbunyi menandakan sudah hampir tengah malam.

"Habislah.. aku dah terlambat.."Mark terus berlari ke arah hutan semula. Dia mula risau kalau-kalau disebabkan kesalahannya ini akan mencederakan Clara.

12:00 tengah malam

"Dah nak dekat.. cepatlah.."mengatur nafasnya.

Mark terasa seperti sesuatu sedang mengejarnya dari belakang. Dia berlari dengan lebih pantas. Tampa diduga dia tersadung sebatang kayu. Dia terus rebah. Telapak tangan kirinya terkena pada batu berdekatan pokok.

"Aduhh.."memegang tangannya yang berdarah.

"Membazirnya.."tepi telinga kanan Mark.

"Ap.."Mark memandang ke arah kanannya. Jarak wajah mereka hanya seinci saja.

Mark terus bangun setelah perasan mata milik perempuan itu warna merah menandakan dia vampire. Badannya kembali rebah. Kaki kirinya terasa kejang tiba-tiba.

"Kau cuma akan membazirnya.." mendekati Mark.

Perempuan itu melangkah duduk di atas perut Mark. Dia menekan dada Mark sehingga membuatkan Mark terbaring di atas tanah.

"T.. tolonglah jangan apa-apakan aku.." rayu Mark .

"Hahahaha.. aku sukakannya.." perempuan mendekatkan mulutnya pada leher Mark .

"Hentikannya Olivia, Mark tak sukakannya."kata Ash yang baru muncul di belakang Olivia.

"Tapi aku sukakannya.."menyentuh pipi Mark. Olivia mencium bibir Mark dan terus bangun.

Mark terkaku seketika. Terkejut dengan tingkahlaku Olivia tadi. Dia berdiri dan menyentuh bibirnya dengan lembut.

"Kau..okey?" Tanya Ash. Memandang Mark.

"O..okey.." jawap Mark tersangkut-sangkut.

"Aku sebenarnya.." belum sempat Olivia menghabiskan ayatnya, dia sudah diterkam sesuatu diri arah kirinya.

"Oli.."jerkah Ash .

Mark sekali lagi terkaku. apa yang berlaku? Benda apa yang lintas tadi..? Kenapa tiba-tiba suasana menjadi seram sejuk..? Ini pasti imaginasi aku semata-mata..? Mark BANGUN!!.

"Mark lari..!!"jerkah Ash lagi.

Mark memandang Ash yang mencengkam seekor serigala gergasi. Dia memandang Olivia yang terbaring diterkam seekor lagi serigala.

"Pergi saja kitorang akan okey.."kata Olivia.

Mark berlari ke arah istana. Serigala yang lagi seekor mengejar Mark yang melarikan diri. Mark melihat pintu masuk istana yang berada tidak jauh darinya.dia mempercepatkan lariannya. Olivia menembuskan dada serigala dihadapannya dan menolaknya ke tepi. Dia bergerak dengan sepantas kilat pergi untuk selamatkan Mark.

Serigala yang mengejar Mark melompat dan menerkam Mark. Olivia berlari dan sempat tiba dibelakang Mark. Serigala itu terus mencakar belakang Olivia.

"Arrhhh.."Jerik Olivia.

Olivia pusing dan memberikan satu cakaran pada leher serigala itu. Dia terus rebah. Mark cepat-cepat menyambut Olivia yang akan terjatuh.

"Awak tak apa-apa?"tanya Mark. Dia memandang Olivia yang cedera parah.

"Kau rasa.."memejamkan mata menahan sakit.

"Te.. terima kasih sebab.."kata Mark yang belum sempat menghabiskan ayatnya. Matanya memandang tangan Olivia yang tiba-tiba menari tangannya.

Olivia menjilat telapak tangan kiri Mark yang terluka tadi. Olivia menjilat sehinggalah darah pada luka itu hilang. Mark hanya menahan diri. Tidak lama selepas itu Olivia tertidur.

"Oli.. Olivia.. awak.."mengejutkan Olivia yang tiba-tiba tidak bergerak.

"Dia cuma tertidur.."kata Ash yang baru datang.

"Darah manusia sentiasa menjadi ubat kepada kami .."terang Ash .

Mark hanya mengangguk. Luka di belakang Olivia tadi hilang dengan perlahan.

Mesti korang bosan kan dengan cerita ni🥲🥲🥲

The Border Between Us 🔞Where stories live. Discover now