👁️👁️11

410 10 0
                                    

Ash hanya menahan marah. Entah kenapa hatinya terasa sakit melihat putera kedua memegang tangan Lisa. Dia menumbuk sebatang pokok. Gagak-gagak yang sedang tidur terbang keluar dari hutan. Ash terus pergi dari situ.

"Hah, kepada tiba-tiba ja aku nak marah  ni ."bisik hatinya.

Ash kembali ke istananya. Tidak lama selepas itu seseorang muncul di tempat Ash berada tadi.

"Sepertinya akan berlaku sesuatu yang menarik.."kata orang itu. Dia tersenyum.

Dia memandang ke arah tingkap, Lisa sudah tiada.

******************************

( 30 Disember....)
(07:45 am)

Lisa keluar dan berjalan-jalan di taman istana. Dia memandang sekeliling. Nafas ditarik sedalamnya. Cahaya matahari di pagi hari menyuluh taman itu. Dia sudah terbiasa dengan tempat itu sehingga dia terlupa esok adalah hari yang dinanti ramai.

"Tuan putera.."kata Lisa terpandang putera kedua yang sedang berjoging.

"Sepertinya kamu sukakannya.."kata seseorang.

Lisa berpusing ke belakang.

"Cik..cik Yana. Mana ada, saya cuma pandang saja.." kata Lisa.

Yana tersenyum. Dia juga memandang putera kedua. Dia melepaskan keluhan.

"Kenapa cik Yana mengeluh..?"tanya Lisa.

"Sejak kami bertunang, dia dah jarang datang ke rumah.."kata anak menteri pembandaran itu.

Lisa terdiam. Dia baru tersedar yang putera kedua sudah bertunang. Kemudian dia kembali senyum. Senyum palsu.

"Cik Yana jangan risau, saya dengan tuan putera tak ada apa-apa hubungan pun. Kami cuma kawan. Lagi pun tuan putera tak seperti yang dikatakan penduduk kampung.."kata Lisa.

"Mungkin kamu boleh kata macam tu, tapi macam mana dengan dia..?"kata Yana.

Lisa terdiam lagi. Entah kenapa hatinya terasa sakit bila mereka bercakap tentang ini.

"Lagi pun esok adalah hari ulang tahun kamu dan merupakan hari yang dinanti ramai. Pastinya dia orang yang paling sedih.."kata Yana.

Lisa tersenyum lagi. Senyum palsu yang masih tidak lekang.

"Selepas saya pergi, semuanya akan okey.."kata Lisa.

"Okey bagi mereka tapi bukan tuan putera. Tak perlu kamu sembunyikan perasaan tu. Saya tahu takkan kamu tak pernah simpan perasaan langsung kepadanya.."kata Yana.

Lisa terus pergi. Dia kembali ke biliknya. Yana membiarkan Lisa pergi. Dalam perjalanan pulang ke bilik setitik demi setitik air matanya jatuh. Tidak pasti sama ada cemburu atau sedih.

"Sudah Lisa.."katanya seorang diri.

Kali ini esakan pula yang keluar. Dia memegang dadanya menahan esakan.

"Aku cakap sudah.. sudahlah!!" katanya lagi.

Tangannya memulas tombol pintu. Dia masuk dan menutup pintu biliknya kembali. Dia pergi ke arah tingkap untuk mengambil udara bagi menenangkan hati.

The Border Between Us 🔞Where stories live. Discover now