Kevin memijak lantai. Kakinya sudah semakin pulih. Dia melangkah perlahan-lahan sambil tangannya memegang dinding.
"Malangnya nasib aku.."kata Kevin.
Dia memasuki bilik mandi dan menuju ke arah shower. Pakaiannya ditanggalkan dan dilemparkan ke dalam bakul.
Air membasahi tubuhnya. Selesai sahaja membersihkan dirinya. Dia mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu.
"Kevin, awak ada dekat dalam ke.."tanya Clara yang berada di luar.
Kevin mula gelabah. Dia cepat-cepat menarik tuala dan tampa sedar kakinya tergelincir terpijak sisa air sabun di atas lantai.
"Kevin. Bunyi apa tu.. awak okey tak.." tanya Clara. Dia kira-kira ingin membuka pintu itu.
"Jangan.. jangan buka. Aku okey..!"kata Kevin.
Dia memandang tualanya yang sudah basah diserap air. Dia mengeluh perlahan.
"Kau..kau tolong bawakan satu lagi tuala.."kata Kevin. Dia berusaha untuk berdiri.
"O.. okey. Tunggu sekejap saya pergi ambil.."kata Clara.
Kevin hanya menunggu. Dia kembali berdiri walaupun tidak stabil. Sabun di kakinya masih banyak. Dia membiarkannya.
"Kevin..ni tuala awak.."kata Clara. Dia menunggu di luar pintu.
Kevin membuka pintu dan menghulurkan tangan sambil menyembunyikan tubuhnya.
"Bagi sini.."kata Kevin.
Clara meletakkan tuala itu diatas tangan Kevin. Kevin mengambilnya dan menutup pintu itu semula.
"Manalah si Ash ni pergi tak balik-balik.."kata Kevin.
Kevin mengenakan tuala itu pada tubuhnya. Dia membuka pintu bilik mandinya dan melangkah keluar.
"Apa kau buat dekat sini.."tanya Kevin.
"Tolong awak, lah.."kata Clara.
Kevin memandang Clara yang memegang sepasang pakaian di tangannya.
"Aku boleh buat sendiri, lah ."kata Kevin.
Clara membantu Kevin kembali ke katilnya. Kevin duduk di birai katil. Clara mengambil baju yang dipegangnya tadi. Dia membantu Kevin memakainya.
"Dah orang tolong tak nak berterima kasih pula.."kata Clara.
Kevin mengambil seluar yang berada di sebelahnya. Dia memandang Clara seperti meminta Clara untuk keluar.
"Awak pakai lah. Saya nak Tangok boleh ke awak pakai seluar tu sendiri.."kata Clara.
"Kau keluar, lah.."kata Kevin.
Clara tidak melangkah. Dia hanya memandang Kevin. Kevin berusaha mengangkat kaki kirinya untuk memasukkan ke dalam seluarnya.
"Tak guna.." kata Kevin. Dia bagaikan mahu menangis ketika itu.
Akhirnya dia mengalah. Badannya direbahkan diatas katil. Tangannya diletakkan di atas dahi. Clara tersenyum.
"Haha.. macam budak-budak. Dah besar pun nak orang yang sarungkan seluar.."kata Clara. Dia ketawa perlahan.
"Diamlah kau.."kata Kevin. Dia hanya menahan malu.
Clara membantu Kevin menyarung seluarnya dan membiarkan Kevin yang membetulkan seluar itu sendiri. Clara terus pergi membiarkan Kevin disitu.
********************
Kevin tidak melayan Ash yang baru pulang. Hatinya terasa panas ketika itu.
"Asal kau biarkan dia yang juga aku selama ni.."kata Kevin. Tidak puas hati.
"Aku bukan sengaja."kata Ash.
"Kau yang rancang semua ni, kan."kata Kevin.
"Bukanlah. Aku perlu pergi ke Gravition tu pasal aku suruh dia yang juga kau. Tak kan aku nak suruh Olivia pula.."kata Ash.
"Kenapa kau tak suruh Lisa yang jaga aku.."kata Kevin. Marah.
Ash memandang Kevin. Kevin tidak memandangnya. Kevin bagaikan menambah minyak ke dalam api.
"Kenapa, kau suka dia.."tanya Ash.
"Kalau ya, kepada. Kau tak puas hati.." kata Kevin.
Kevin memandang wajah Ash. Ash hanya diam. Kemudian dia memandang ke arah pintu.
"Sekarang kau dah tahu apa isi hati dia, kan.."kata Ash.
Kevin menjadi hairan. Dia memandang ke arah pintu. Seseorang melangkah masuk dari luar.
"Terima kasih tuan Ash. Itu saja yang saya nak tahu.."kata Clara. Dia tersenyum ke arah Ash dan Kevin.
Kevin agak terkejut dengan kemunculan Clara yang tiba-tiba di situ. Clara terus pergi. Kevin terdiam seketika.
"Kalau kau nak tahu, dia sendiri yang minta untuk jaga kau.."kata Ash.
Kevin memandang Ash. Ash pergi dari situ. Hatinya tidak dapat menahan rasa sakit setelah mendengar pengakuan dari Kevin.
"Kevin awak okey.."tanya Lisa yang baru datang.
Ash memandang Lisa yang berada di situ. Lisa juga memandang Ash.
"Awak pun ada.."kata Lisa.
Ash pergi tampa menghiraukan Lisa. Hairan Lisa dibuatnya.
"Kenapa tu.."kata Lisa.
"Lisa..kau ada sukakan sesiapa.."tanya Kevin.
Lisa terdiam. Dia memandang ke arah lain. Kevin hanya menundukkan kepalanya.
"Mestilah ada."kata Lisa.
Kevin memandangnya. Lisa berjalan ke tingkap. Langit petang dipandang lama.
"Siapa.."tanya Kevin.
"Saya sayang ibu, abang, Clara.."kata Lisa.
Ekkk..💔💔
"Aku tanya suka, bukan sayang.."kata Kevin. Marah.
"Kevin, apa yang cuba awak katakan ni.."tanya Lisa.
"Sebenarnya.."kata Kevin.
"Oh ya, beberapa hari lepas Clara ada datang beritahu saya.."kata Lisa.
"Beritahu apa."tanya Kevin.
"Dia ada cakap yang dia cintakan awak, tapi dia takut ditolak..ya lah kan, sebelum ni abang dah tolak cinta dia.." kata Lisa.
"Abang..?"kata Kevin.
"Ya, Mark abang saya. Clara adalah kakak angkat kami..."kata Lisa.
Lisa memberi tahu Kevin perasaan sebenar Clara kepada Kevin. Kevin hanya diam. Lisa juga ada menanyakan tentang Ash. Ya lah kan, sambil menyelam minum air.
********************
.
.
.
🌹
YOU ARE READING
The Border Between Us 🔞
Про вампировAsh yang merupakan seorang vampire berusia 251 tahun tinggal di istana ditengah hutan Vresstar yang merupakan hutan kematian kepada semua penduduk di kerajaan Vresstar itu. Jika sesiapa yang memasuki sempadan hutan itu secara mutlak akan dianggap ma...