"Bye Sarah! Kalau ada rezeki, datanglah sini tau. Jenguk-jenguk la aku ni ya." bicara Ammar setelah menurunkan Sarah di lapangan terbang itu.
Biarpun sudah Sarah tidak mahu susahkan lelaki itu untuk menghantarnya, tetapi Ammar tetap saja mahu memberi lambaian terakhir kepada rakannya itu.
"Insya Allah. Tunggu aku kaya dulu la ye. Aku pun nak berterima kasih dekat kau. Kalau bukan sebab kau, aku tak dapat datang Melbourne ni."
"Aku datang sini pun sebab graduate je sebenarnya. Tak sangka pula dapat merasa kerja dekat sini." dia tersenyum manis.
"It's okay la. Aku gembira dapat jumpa kau. Semoga kau tak kahwin dengan orang lain ye. Aku cop kau dulu tau!" ujarnya semangat.
Sarah menayangkan wajah jelek.
"Eh kau ni! Ingat aku ni apa? Nak main cop-cop pula. Erm okay lah Ammar. Aku gerak dulu ya?"
"Kirim salam dekat Kak Dayah. Sampaikan terima kasih aku dekat dia. Assalamualaikum.." ujarnya lagi.
"Waalaikumussalam. Jaga diri ya, Sarah. Jangan lupakan akuu."
Sarah mengangguk perlahan sebelum menolak troli yang dipenuhi barangnya itu pergi ke tempat menunggu.
Sementara..
"Tengku Aqasyah! Cepat la bangun! Flight kita lagi dua jam je! Pukul berapa kau nak bersiap ni ha?!"
Qasy berkerut kuat mendengar bebelan daripada adiknya itu. Bantal diambil dan ditekup mukanya sendiri. Mengantuk.
"Ergh! Bangun la, gila! Penat lah kejut orang tua ni!" bantal itu dicampak jauh oleh Aqeef.
"Ish kau ni. Bising macam mak nenek la. Aku ni bersiap 3 minit je pun. Bukan macam kau." bebelnya sambil menggosok mata.
Dia melihat keadaan sekeliling biliknya itu sebelum turun dari katil untuk bersiap.
"Malasnya.."
. . .
"Rasya mana?"
Aqeef yang sedang memakai stokin di tangga itu disoalnya.
"Ada dekat Chris. Tengah bagi makan."
Qasy mengangguk faham.
"Kau yakin nak bawa dia balik? Tak apa ke dia jauh dari Liya?" soal Qasy.
Adiknya mendongak memandang wajah abangnya.
"Untuk keselamatan dia juga, Qasy. Kita tak tau bila bapak dia nak menggila."
"Silap hari bulan, kita boleh hilang Rasya pula macam mana kita hilang Liya." dia membalas dengan nada mendatar.
Qasy hanya terdiam mendengar itu. Dia tahu bahawa adiknya itu sangat sayangkan kakaknya. Oleh sebab itu, dia setuju untuk menjaga Rasya seperti anaknya sendiri.
"Jangan nak gelarkan jantan tu as bapak Rasya la. Dia tak layak langsung pegang gelaran tu."
"Fine. Cepatlah, aku dah tak sabar nak balik Malaysia ni."
Abangnya hanya diam mendengar itu. Pulang ke Malaysia bukan untuk bercuti tetapi untuk menambah bebanan hidup iaitu kerja yang sudah lama dia tinggalkan itu.
Mereka berdua bertolak ke lapangan terbang memandangkan mereka sudah betul-betul lambat ketika itu. Nasib mereka baik apabila Qasy dan Aqeef sampai tepat pada masanya.
"Huh huh. Semua salah kau! Tak pasal-pasal kena berlari macam marathon nak kejar kapal terbang ni." bebel adiknya sambil termengah-mengah.
Qasy hanya senyap membisu kerana mengakui silapnya itu. Tidak mahu berbalah, dia terus saja melabuhkan duduk apabila sudah tiba di tempat duduk mereka.
YOU ARE READING
Noktah.
RomanceBeginikah rasanya apabila cinta berbalas? Apakah ia memang terasa indah sebegini? Apa ia akan kekal selamanya? Atau hanya untuk sementara? ✿✿✿ ☞ SARAH SAFIYYA "Awak nak tau tak? Kalau saya jadi hantu, saya akan cekik-cekik leher awak sampai awak ki...