Qasy menggeleng perlahan melihat Aqeef dan kawan-kawannya yang lain sedang sibuk berbincang tentang majlis perkahwinan Qasy dan Sarah yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
Sesekali telinganya menangkap suara mereka semua bergaduh manja kerana berselisihan pendapat.
"Ish! Tak cantik la design tu! Baik ambil yang ni. Classic and simple."
"Ah tak ada kau. Qasy lebih sesuai dengan tema bunga-bunga. Baru lah naik seri dia nanti."
"Bunga? Abang aku bukan bapok macam kau la! Reject!"
Lelaki itu mengeluh perlahan.
"Aku tak tau siapa yang nak kahwin sebenarnya sekarang ni. Kenapa korang semua bersemangat sangat hah?" ujarnya.
"Mestilah semangat! Kitorang akan pastikan majlis kau nanti jadi wedding of the year!" Haykal berkata.
"Lagipun, kau yang bagi tugas ni dekat kitorang kan? Jangan risaulah Qasy. Kau mesti suka dengan semua ni." Chris menyambung.
"Bos besar kami nak kahwin. Mestilah kena excited! Kalau boleh, satu Malaysia ni kitorang nak jemput datang tau!" tambah Darwen pula.
Qasy memandang satu-satu wajah yang bersuara itu.
"Suka hati korang la. Yang penting, jangan rosakkan majlis aku pula. Memang aku belasah korang semua." Qasy menggeleng.
Dia duduk di kerusi pejabatnya itu lantas menyandarkan tubuh badannya. Tiada apa yang difikirkan kecuali perihal dirinya selepas berstatus suami orang kelak.
Nak jadi suami yang macam mana?
Romantik? Bunga rose yang warna kuning tu kan?
Lemah-lembut? Jauh dari mungkin.
Sweet talker? Heh. Nak bercakap pun aku malas.
Haih..
"Kau dah bawa Sarah pergi fitting baju?" Aqeef memecahkan lamunannya.
"Dia pergi dengan ibu dia." laju abangnya menjawab.
"Kenapa tak ikut?"
"Buat apa?" keningnya terjongket.
Adiknya melepaskan nafas kecil. Parah abang aku ni.
"Kau kena lah ikut and tengok juga. Mana tau kau tak berkenan ke? Nanti tak sempat nak tukar last minute." marah Aqeef.
"Poyo la kau ni. Aku ikutkan je apa yang dia nak. Lagipun, dia yang nak pakai. Bukannya aku." dia menjeling adiknya.
Sekali lagi Aqeef mengeluh melihat sikap Qasy yang tidak begitu serius itu.
"Haih..semoga Sarah tak menyesal la bersuamikan abang aku ni, ya Allah."
"Baru nak ingat tuhan?" Haykal..
Qasy tersenyum mendengar itu.
Ting Ting
Lelaki itu pantas menoleh ke arah telefonnya. Melihat nama pengirim mesej itu, cepat-cepat dia membukanya.
"Siapa? Sarah ke?"
"Sibuklah kau. Duduk situ diam-diam." dia berkata kepada Aqeef.
Unknown 🥱
Saya dah habis fitting baju. Nanti ambil baju awak dekat rumah ibu ya. Bye.
Ehh sekejap!
Apa?
Okay bakal isteri saya. Nanti aku datang rumah okay?
The fish?! Saya tumbuk muka awak karang!
YOU ARE READING
Noktah.
RomanceBeginikah rasanya apabila cinta berbalas? Apakah ia memang terasa indah sebegini? Apa ia akan kekal selamanya? Atau hanya untuk sementara? ✿✿✿ ☞ SARAH SAFIYYA "Awak nak tau tak? Kalau saya jadi hantu, saya akan cekik-cekik leher awak sampai awak ki...