s e p u l u h

14 3 0
                                    

Seperti biasa, dia suka buat perkara yang tidak disukai oleh Qasy. Dia melipat lengan bajunya sehingga paras siku.

Pili air dibuka dan dia mula menyiram segala tanaman di halaman rumah agam itu. Terdapat banyak pokok bunga yang sangat cantik.

"Banyak pokok bunga dekat sini. Qasy yang tanam sendiri ke Mak Jah?"

Wanita itu berpaling ke arahnya.

"Haah, bunga-bunga tu semua dia jaga sendiri. Sampai Mak Jah sendiri pun dia tak bagi nak tolong. Hobi katanya."

Sarah tersenyum lebar mendengar kata-kata Mak Jah.

'Aww dalam hati ada taman ek awak ni Qasy. Comel!'

"Kamu ni Sarah. Kalau Qasy tau kamu buat kerja-kerja rumah ni, habis Mak Jah yang dimarahnya nanti."

Sarah menoleh belakang memandang wanita itu.

"Alaa Mak Jah relax je. Kalau dia tanya, Mak Jah cakap je saya nak buat semua ni."

"Saya bosan lah sebenarnya. Kalau Rasya tidur, saya dah tak tau nak buat apa." dia berkata sambil sibuk menyiram pokok-pokok bunga di situ..

"Hahaha kamu ni adaa jela. Kalau kamu nak tau bila Mak Jah tengok kamu ni, mengingatkan Mak Jah dekat seseorang."

Gadis itu mula menghadap Mak Jah.

"Seseorang?"

"Haah. Dia rajin dan lemah-lembut je orangnya, macam kamu. Paling pantang kalau orang usik  adik-adik dia. Bagi dia, mereka berdua tu la nyawa dia."

Kata-kata itu membuatkan Sarah terdiam.

"Erm..siapa dia tu, Mak Jah? Mana dia sekarang?"

Wanita tua tersebut terdiam sejenak

"Dia ibu Rasya, Aaliyah."

Sarah tergamam mendengarnya.

"Bila Mak Jah tahu kamu yang akan jaga Rasya, entah macam mana Mak Jah rasa yang Rasya akan selamat. Kamu mampu sayang dia macam mana arwah ibu dia buat." sambungnya lagi.

Gadis itu kaku mendengar kata-kata Mak Jah. Timbul rasa terharu pula dalam dirinya.

"Saya sayangkan Rasya, Mak Jah. Sayang sangat-sangat. Insya Allah, Saya cuba yang terbaik untuk didik dan jaga Rasya." dia tersenyum manis.

Loceng rumah yang berbunyi itu terus menghentikan perbualan di situ. Mereka berdua saling berpandangan sebelum Mak Jah berlalu pergi mendapatkannya.

Sarah hanya membiarkan itu. Dia meneruskan kerjanya menyiram pokok bunga itu sehingga selesai. Tidak cukup dengan itu, dia mengambil pula penyapu dan mula menyapu di kawasan luar rumah itu.

"Okay dah siap. Sekarang, masa untuk kejutkan Rasya pula. Nak mandikan dia lepastu study!" baru saja dia mahu melangkah masuk ke dalam rumah..

"Tunggu sekejap."

Kata-kata itu membuatkan pergerakan Sarah terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah datangnya suara itu.

'Makcik semalam..'

"Ya?" soalnya sambil berkerut dahi.

"What's your name? Sarah is it?" Datin Zarina bertanya sambil berjalan ke arah gadis itu.

"Ya saya. Ada apa tu, puan?" dia cuba menjawab dengan baik walaupun wanita tua itu tidak melakukan sedemikian.

"Datin Zarina. Aku cuma nak tanya. Kau masuk dalam rumah ni untuk apa hah? Nak rampas segala harta Qasy?"

Noktah.Where stories live. Discover now