"Ish! Rimas betul la aku! Kau ni tak habis-habis melalak dari tadi!" Datin Zarina menghempas-hempas bantal kecil itu ke arah Rasya.
Perbuatan itu membuatkan bayi itu terusan menangis lagi.
"Jah! Mari sini kau!" laungnya dengan kuat.
"Y-Ya datin."
"Bagi budak ni makan. Kalau dia tak nak, kau buang je budak ni dalam tong sampah. Menyusahkan orang je." dia terus keluar dari bilik itu.
"Baik datin." dengan pantas Mak Jah turun semula ke dapur dan menyiapkan susu untuk bayi malang itu.
Mak Jah naik semula ke bilik Rasya untuk memberikan susu yang telah siap dibancuh.
"Shh shh Nek Jah ada ni, Rasya. Sini minum susu dulu." dia menggendong bayi itu dengan lemah lembut.
Namun, Rasya menolak botol susu tersebut. Dia menangis lagi sehingga membuatkan wajahnya kelihatan merah padam.
Mak Jah yang sudah risau dengan keadaan itu cuba mengusap wajah Rasya. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang tidak kena dengan bayi itu.
"Ya Allah. Panasnya badan kamu, Rasya." Mak Jah mula panik. Dia pergi ke arah tandas dan membasahkan sehelai kain.
Kain itu ditekapkan di wajah Rasya dengan harapan ia akan bantu menurunkan suhu badannya.
Mak Jah terus mendapatkan telefonnya dan nombor Qasy didailnya.
'Assalamualaikum. Ya, Mak Jah.'
"Waalaikumussalam. Qasy. Maaf sebab kacau kamu kerja. Rasya, Mak Jah rasa ada yang tak kena dengan dia ni. Badan dia panas sangat."
Berita itu amat mengejutkan dirinya di hujung talian itu.
'Saya balik sekarang juga. Mak Jah tolong tengokkan Rasya.'
Talian itu diputuskan. Mak Jah terus saja mengusap lembut wajah dan tubuh badan Rasya.
"Sekejap ya, Rasya. Nanti daddy kamu datang. Shh shh.." dia masih cuba sedaya upaya memujuk bayi itu.
Qasy segera mendapatkan motorsikalnya dan dengan laju dia melintasi jalan raya itu kerana dia ingin cepat sampai ke rumahnya. Setibanya dia di sana, Mak Jah sudah menunggu di hadapan pintu.
"Terima kasih Mak Jah. Qasy bawa dia pergi hospital sekarang." katanya setelah meletakkan Rasya di dalam baby carrier itu.
"Tahan sikit Rasya, daddy bawa awak jumpa doktor ya." ubun-ubun bayi itu dikucupnya.
Dia sambung perjalanannya menuju ke hospital yang berdekatan. Hatinya berdebar-debar kerana khuatir akan keadaan Rasya.
"Emergency! Baby kurang oksigen!" laung doktor itu kepada jururawat yang lain apabila melihat Rasya yang sudah tercungap-cungap kerana sesak nafas.
Rasya terus ditolak masuk ke dalam wad kecemasan apabila melihat keadaannya yang agak merisaukan itu.
Qasy duduk di ruang menunggu itu. Pelbagai perasaan mula menghimpit jiwanya. Mindanya hanya berfikir perihal anaknya.
Jantung berdegup sangat laju. Qasy memejamkan matanya beberapa saat sambil mengurut dada supaya bertenang.
Mati Mati Mati!
"Ergh! Diam la otak tak guna." marahnya.
'Sabar..everything gonna be okay. Relax Qasy, relax. Anak kau kuat!'
Tiba-tiba muncul nama Sarah di ruang fikirannya dan dengan pantas telefonnya dikeluarkan dari dalam poket seluar.
Sarah POV
YOU ARE READING
Noktah.
RomanceBeginikah rasanya apabila cinta berbalas? Apakah ia memang terasa indah sebegini? Apa ia akan kekal selamanya? Atau hanya untuk sementara? ✿✿✿ ☞ SARAH SAFIYYA "Awak nak tau tak? Kalau saya jadi hantu, saya akan cekik-cekik leher awak sampai awak ki...