t i g a k o s o n g

9 1 6
                                    

Sambungan..

Qasy keluar dari tandas selepas selesai membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mengeringkan rambut dengan tuala kecil itu, bunyi telefon yang memenuhi ruang bilik tersebut memecahkan kesunyian.

Melihat nama yang tertera pada skrin, laju saja punat hijau ditekan.

"Apa?" memulakan bicara.

Sempat Sarah menoleh ke arah suaminya dan wajah tegang Qasy ketika itu membuatkan dia berkerut seribu.

"Aku datang sekarang." panggilan dimatikan.

Laju kepala Sarah dilarikan daripada terus merenung suaminya. Di dalam hati, dia tertanya-tanya apakah isi perbualan dua manusia di telefon itu.

"Er..awak nak keluar ke?" mencuba.

Rasya yang sudah tertidur di dalam dakapannya itu dirangkul erat. Sekilas dia memandang ke arah jam dinding yang ada. 11:35 malam.

"Haah. Nak jumpa Aqeef sekejap, ada kerja sikit." balasnya.

Sarah mengangguk faham. Sementara, Qasy mendapatkan segala barangnya lalu berjalan mendekati mereka berdua di ruang katil.

"Aku mungkin balik lewat sikit. Kau tidurlah dulu ya? Jangan tunggu aku." mata tidak lepas dari mencari alis biru milik sang isteri.

Nafas kecil meluncur dari kedua belahan bibir Sarah.

"Okay.." perlahan saja suaranya.

Automatik Qasy mengukir senyuman namun pantas disorokkannya.

"Daddy keluar sekejap okay? Goodnight." dia menunduk sedikit dan mengucup dahi anaknya.

Pandangan kembali terarah kepada Sarah yang hanya menunduk ke bawah itu.

Tanpa diminta, kepala isterinya ditarik perlahan agar mendekat dan dijatuhkan satu kucupan di sisi kepala Sarah.

"Kunci pintu." arahnya.

Sesaat, dia terus hilang dari pandangan kedua mata Sarah. Pintu kayu yang ditutup rapat itu direnung seketika.

"Haih..dah malam pun asyik sibuk je."

"Disebabkan daddy tak ada sekarang, awak kena teman kakak tidur malam ni okay Rasya?"

Dia melabuhkan baring setelah meletakkan bayi kecil itu disampingnya. Selimut ditarik paras dada sambil tangan menepuk lembut peha gebu milik Rasya.

Dalam masa yang sama.

Qasy mencapai pantas kunci motornya yang tergantung kemas. Topi keledar tidak dilupakan, laju saja dia membelah jalan raya yang sedikit lengang ketika itu.

Tidak sampai 10 minit, tibalah dia di teratak milik Aqeef. Beberapa buah motor lain yang terparkir kemas di situ dipandangnya sekilas.

"Ada info baru ke?" soalan pertama darinya apabila sudah menapak masuk ke dalam.

Aqeef mengangguk.

"Haykal." empunya nama pantas mengeluarkan tablet miliknya dan diletakkan di tengah-tengah meja itu.

"Ni CCTV terakhir dapat detect orang kanan Darius, orang panggil dia Hanz dekat kawasan markas kita."

Semua mula menumpukan sepenuh perhatian. Haykal terus menggeserkan skrin ke arah kiri.

"Ni Darius. Lepas 5 bulan, baru ASIS dapat jejak si monyet ni. Dorang cakap dia menyorok dekat hotel bajet jarak 500 meter je dari tempat kita." tambah Haykal lagi.

Australian Secret Intelligence Service (ASIS)

"Dorang juga tak berani nak ambil risiko untuk ambush. Kita tak tahu berapa ramai budak Darius kat situ." Darwen pula bersuara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Noktah.Where stories live. Discover now