s a t u d u a

10 4 2
                                    

Tok Tok Tok

"Sarah! Kamu dah bangun ke belum tu? Nanti lewat pula nak pergi kerja!" laung ibunya dari luar pintu.

Dia mengeluarkan kepalanya dari bawah selimut itu. Matanya yang sudah bengkak akibat menangis itu membuatkan matanya terasa sangat sakit.

"Sarah cuti hari ni!"

Itu saja yang mampu dia katakan ketika itu. Dia duduk memeluk lutut di atas katilnya. Telefonnya yang masih dimatikan sejak daripada semalam itu direnungnya lama.

"Apa agaknya yang Qasy fikir pasal aku sekarang? Mesti dah berbakul-bakul dia maki aku.." tiba-tiba saja mulutnya berkata itu.

Dia mengambil telefonnya dan terus menghidupkannya.

Tengku Qasy 👿

23 missed call

Kau dekat mana?
Kenapa balik awal sangat?
Aku nak bercakap dengan kau, Sarah! Angkat call!
I need your explanation!

Segala mesej-mesej itu hanya dibacanya tanpa berbalas. Dia tidak tahu sama ada mahu mendiamkan diri saja ataupun bersuara menegakkan kebenaran.

Tetapi dia sedar akan sesuatu. Dia hanyalah orang luar. Tidak patut untuk dia masuk campur urusan keluarga itu sejak dari awal lagi. Menyesal.

"Mungkin memang aku tak layak untuk semua ni. Baru nak rasa bahagia, dah diuji pula. Sakitnya ya Allah.." dia merebahkan semula badannya di atas katil itu.

"Rasya sayang. Awak dah menyusu ke belum pagi ni? Tak tau kenapa tapi dada kakak sakit sangat sekarang. Macam ada benda buruk jadi dekat awak."

Jatuh lagi air matanya memikirkan itu.

'Tengokkan Rasya untuk aku, ya Allah..'

・・・・

Telefon bimbit di tangannya itu direnung lama. Hanya satu nama tertera di situ. Lambat-lambat, telefon itu digenggam kuat.

"Dia tak datang lagi. Mana kau pergi ni, Sarah?" Qasy berkata sendirian.

"Kamu tak payahlah tunggu perempuan tu. Mummy yakin dia takkan datang. Bagi Rasya tu dekat mummy, kamu pergi kerja cepat."

Qasy hanya memandang wajah ibu tirinya itu.

"Aunty ada cakap apa-apa ke dekat Sarah? Mesti ada something jadi sebelum saya balik kerja semalam."

"What? Qasy nak tuduh mummy pula ke?" dalihnya.

"I'm just asking."

"Sarah yang saya kenal, dia takkan tergamak tinggalkan Rasya macam tu je. Sejak aunty datang rumah ni, terus huru-hara jadinya."

Wanita itu membuntangkan kedua biji matanya.

"How dare you cakap macam tu dekat mummy, Tengku Aqasyah? Kamu nak pertahankan orang luar dari mak kau sendiri?" turun naik dadanya dibuat oleh Qasy.

"Saya lagi percayakan 'orang luar' tu daripada aunty. Dia jauh lebih bermakna untuk saya kalau nak dibandingkan aunty ni." dia mula berdiri membelakangi Datin Zarina.

"Mak Jah, tolong ambil Rasya ni sekejap." lalu diberikan bayi itu kepada Mak Jah.

Tanpa berkata panjang, dia terus saja bergerak ke tempat kerja. Dia membawa motorsikalnya laju dengan hati yang masih membara.

'Aku nak kau explain, tu je. Apa yang jadi sebenarnya?'

Semua di pejabat itu dapat merasakan aura negatif memenuhi ruang kerja itu setelah ketibaan Qasy di situ. Mereka semua menjadi takut apabila melihat wajah tegang majikan mereka itu.

Noktah.Where stories live. Discover now