d u a s e m b i l a n

7 1 3
                                    

Kata Qasy, mereka akan bertolak pulang pada waktu petang. Maka dengan itu, dia terus terbaring semula di katil selepas menunaikan solat Subuh tadi. Qasy yang sedang melipat sejadah milik Sarah itu menggeleng melihat isterinya yang cuba untuk tidur tanpa membuka telekungnya.

Kedua-dua helai sejadah itu diletakkan di atas meja. Langkah dibawa menuju ke arah si isteri.

"Tak baik lah tidur lepas Subuh. Tu, telekung tu nak pakai sampai esok ke?" dia duduk di birai katil.

"Alaa nanti Sarah buka la. Sarah mengantuk sangat ni.." ujarnya tanpa membuka mata.

Qasy tersengih kecil. Sudah berbuih mulutnya menyuruh Sarah untuk tidur awal semalam namun gadis itu tetap berdegil mahu menghabiskan bacaan buku novel kesayangannya itu terlebih dahulu. Padahnya, masuk jam 3 pagi baru lah dia melabuhkan kantuknya.

Lelaki itu membiarkan saja. Dia bergerak mendapatkan telefonnya dan aplikasi Quran itu dibukanya. Bagi mengelakkan dirinya juga tertidur ketika itu, dia sering mengisi masa dengan membaca ayat suci Al-Quran.

Sarah membuka sebelah matanya. Melihat gelagat Qasy itu seketika.

"Awak nak mengaji ke?" soalnya perlahan.

Suaminya hanya menjatuhkan kepala mengiyakan kata-kata Sarah. Jawapan tanpa suara itu membuatkan gadis tadi bergerak mendekat.

"Bacakan untuk Sarah sekali tau. Sarah nak dengar awak baca je hari ni.." dia melabuhkan kepalanya di atas riba Qasy.

Tindakan drastik itu membuatkan lelaki tadi sedikit tergamam. Lambat-lambat naik senyuman kecil di tubir bibirnya. Tangannya mengusap lembut kepala berlapikkan telekung itu.

Dengan lafaz bismillah, dia mula mengalunkan bacaan ayat suci tersebut. Sarah yang terbuai dengan alunan itu membuatkan dia sangat lena dibawa ke alam mimpi. Indahnya..

Momen itu yang sering diidamkan oleh Tengku Aqasyah. Setiap hari dia meminta pada Allah agar menguatkan rasa kasih antara mereka suami isteri dan menjauhkan segala perkara buruk yang menghampiri mereka.

Sedar akan dirinya yang masih lemah dalam menguruskan keluarga kecilnya itu, berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa lah menjadi pilihannya.

Setengah jam sudahpun berlalu. Qasy menutup skrin telefon pintarnya dan diletakkan ke tepi. Mata dibawa ke sisi kiri untuk melihat wajah isterinya.

"Kepala dah la berat macam batu. Kaki aku dah lenguh tau tak?" ujarnya sendirian.

Perlahan-lahan dia membuka telekung yang melitupi tubuh isterinya dan dilipat kemas. Qasy mengalihkan kepala Sarah ke atas bantal dengan begitu berhati-hati agar dia tidak terjaga dari tidur.

"Kau buat aku mengantuk juga la, Sarah.." Qasy mengampu kepala dengan tangan kirinya sambil merenung ke dalam wajah isterinya.

Dia mencuri saat itu untuk mendalami setiap inci wajah putih bersih milik Sarah. Tersengih Qasy melihat kerutan di dahi gadis tersebut seakan-akan perasan akan perbuatannya ketika itu.

Tanpa diminta, dia melabuhkan dua ulas bibirnya pada pipi gebu isterinya. Lembut.

'Do I need permission for this, precious? Haha I don't care anyway.'

"Tapi aku tak nak tidur sekarang. Aku nak duduk luar sekejap ya?" Qasy menarik selimut tebal itu menutupi tubuh badan gadis tadi sehingga paras dada.

Qasy mengeliat kecil sebelum menembusi pintu bilik itu. Dia menapak menuju ke arah luar rumah kampung tersebut. Tersenyum lebar seorang Tengku Aqasyah menikmati suasana pagi yang sangat indah baginya.

"Awal bangun."

Dia pantas mengerling ke arah empunya suara tadi. Naim terus mengambil tempat duduk di sebelah Qasy.

Noktah.Where stories live. Discover now