d u a l a p a n

15 2 7
                                    

Qasy turun dari tangga rumah untuk mencari sosok tubuh isterinya. Mata melilau melihat ke arah sekeliling. Sesekali tangan kekar itu naik menggaru kepala yang tidak gatal.

"Cari buah hati ke tu?" tegur tokma yang sedang menyapu di halaman rumah itu.

Lelaki tersebut tersengih kecil mendengarnya. Langkah dibawa mendekati wanita tua tadi.

"Er..hehe. Tokma ada nampak Sarah tak? Dari tadi Qasy cari dia tak jumpa-jumpa." jujur darinya.

"Hm tokma dah agak dah. Dia kata nak cari buah mangga muda tadi, mungkin ada dekat belakang rumah tu ha." muncung bibirnya dihalakan ke arah itu.

"Mangga muda?" berkerut.

Tokma menjatuhkan kepalanya mengiyakan kata-kata itu.

"Okay, terima kasih tokma. Qasy pergi tengok dia sekejap ya." 

Setelah lokasi Sarah dikenalpasti, laju saja Qasy menapak ke kawasan belakang rumah untuk mendapatkan isteri tercintah.

Sementara..

"Haih degil betul lah kau ni mangga. Kalau aku dapat kau, siaplah!" dia mencampakkan sebatang kayu pengait itu ke tanah.

Dagunya diketuk beberapa kali memikirkan cara untuk menjatuhkan buah mangga muda tersebut dari pokoknya. Tiba-tiba idea kurang bernas timbul di benak pemikirannya. 

Lengan baju panjangnya itu diselak hingga ke siku. Dia sudah bersedia untuk memanjat pokok mangga tersebut.

"You mess with the wrong person, mangga. Tunggu kau!"

Baru setapak kakinya menyentuh dahan pokok itu, ada tangan asing yang menarik telinganya dari sisi kanan.

"Argh!!"

"Woi! Kau ni dah gila ke hah?"

Mendengar suara itu, Sarah menelan air liurnya. Perlahan-lahan dia menoleh.

"What are you trying to do, Sarah Safiyya?" Qasy masih statik memegang cuping telinga isterinya. Sengaja dia menarik kuat telinga Sarah itu.

"Sakitlah! Lepas telinga Sarah dulu!" Qasy akur.

Gadis itu mengomel perlahan sambil menggosok-gosok telinganya yang sudah merah.

"Answer me." tegas.

"Er..tak ada apaa. Sarah nak makan mangga tu. Tapi tak dapat nak kait. So, Sarah nak panjat la pokok ni!" dia menuding jari tepat ke arah pokok tadi.

"Haih kau ni. Kalau jatuh tadi, macam mana? Apa aku nak jawab dekat tokma? Cucu degil dia ni mengada sangat nak panjat pokok?" berkerut-kerut wajah Qasy mengucapkan itu.

"S-Sarah belum sempat panjat pun. Janganlah marah.." mahu menangis pula. Dia menunduk sambil memintal hujung bajunya.

Mendengar suara sayu isterinya itu, timbul pula rasa serba salah dalam diri Qasy. Keluhan perlahan meluncur keluar dari mulutnya.

"Please, Sarah. Aku tahu kau boleh buat semua benda tanpa bantuan aku. I admit that. Tapi, kau dah kahwin, Sarah. Aku ni suami kau. Jangan buat aku nampak useless sangat. Biarlah sekecil-kecil perkara pun, tolong bagitau aku. Aku tak nak dah kau buat semua benda sorang-sorang." sepatah-sepatah dia tuturkan sambil memegang erat bahu isterinya.

"Faham Sarah?" lembut nadanya.

Perlahan-lahan kepala gadis itu naik memandang wajah Qasy di hadapannya. Bibir yang sudah mencebik itu cuba disorokkannya. Qasy tersengih melihat kelakuan itu. Ya Allah, comelnya.

"Haik haik. Sorry.." balasnya lemah.

"Good wife. Aku tak marah kau pun, janganlah menangis. Cengeng." dia mengusap perlahan kepala Sarah sambil tertawa kecil.

Noktah.Where stories live. Discover now