s a t u l i m a

11 4 0
                                    

"Mak Jah!"

"Opocot mak kau meletup! Eh!"

Sarah memegang perutnya sambil tertawa kuat mendengar Mak Jah melatah.

"Sarah! Terkejut Mak Jah tau! Kalau ada sakit jantung ni, sia-sia je Mak Jah meninggal dekat sini." marah wanita itu.

"Hahaha maaf Mak Jah. Saya bergurau je." dia mengesat sisa air matanya.

Mak Jah hanya menggeleng kepala lantas kembali melakukan kerjanya.

"Mak Jah nak masak apa hari ni? Saya nak tolong."

"Mak Jah pun tak tahu lagi." jawabnya.

"Eh? Kenapa?"

"Barang dapur banyak yang dah habis. Mak Jah dah bagitau dekat Qasy, katanya nanti kalau ada masa dia pergi beli." jelas Mak Jah.

Sarah hanya mengangguk faham. Dia mengambil tempat duduk di meja yang ada di ruang dapur itu.

"Rasya tengah tidur ke?" Mak Jah menarik kerusi di hadapannya.

"Haah. Tu Saya letak dia dekat sofa sana. Sambil dia tidur tu, saya boleh lah tolong Mak Jah. Ada apa-apa yang saya boleh buat?"

Mak Jah melihat ke arahnya seketika sebelum menjawab.

"Meh tolong Mak Jah potong sayur ni."

"Okay!" dia bersorak gembira sebelum bergerak ke arah sinki untuk mencuci tangan.

Dia menyediakan segala peralatan memotong lalu memulakan kerjanya.

"Mak Jah, Saya nak tanya soalan sikit boleh?" soalnya sambil asyik memotong.

"Apa dia tu?"

"Erm..dah berapa lama Mak Jah kerja dengan Qasy?"

"Ohh. Panjang ceritanya." dia membetulkan duduk sebelum menyambung kata-katanya.

Mendengar itu, Sarah menjadi lebih teruja pula.

"Sebelum ni, Mak Jah bekerja dengan mama Qasy sebagai pembantu rumah juga. Dari situ, Mak Jah kenal la Aqasyah dengan kembar dia, Aaliyah."

"Lepastu adiknya si Aqeef tu. Semuanya anak manja mama papa diorang."

Sarah tersenyum mendengar itu.

"Qasy ada kembar? Jadi, ibu Rasya tu kembar Qasy? Wahh!"

Wanita itu mengangguk perlahan.

"Dari kecil mama papa diorang asyik sibuk dengan kerjaya masing-masing. Mama Qasy ada buka restoran sendiri, papa dia pula pemilik syarikat penerbangan.

"Boleh dikatakan diorang bertiga tu banyak habiskan masa dengan Mak Jah la."

"Qasy sebagai anak lelaki sulung, dia mewarisi ilmu perniagaan dari mama papa dia. Jadi, dari kecil dia diajar untuk berniaga dan ada harta sendiri.

"Bila masuk umur 20 tahun, dia dah beli rumah pertama dia sendiri. Rumah ni la."

Gadis itu sekali lagi tersenyum kerana kagum.

"Dia bawa Mak Jah datang rumah dia ni untuk bekerja dengan dia. Katanya tak nak berpisah dengan Mak Jah."

"Hurm habis tu macam mana dengan parents Qasy?" Sarah menyoal.

Soalan itu membuatkan wanita tersebut terdiam.

"Mama Qasy meninggal dunia sebabkan kena buatan orang. Ada yang dengki dengan perniagaan dia. Ayahnya pula kahwin lain lepas beberapa bulan mak dia pergi. Datin Zarina tu, mak tiri Qasy."

Mata Sarah membulat besar.

"Qasy tak terima yang ayah dia kahwin lain. Sampai sekarang, dia tak suka dengan Datin Zarina tu."

Noktah.Where stories live. Discover now