l a p a n

7 3 0
                                    

Sarah membawa Rasya berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah Tengku Aqasyah. Sesekali mulutnya menjerit kecil kerana teruja dengan semua hiasan yang cantik terletak di situ.

"Cantik betul rumah uncle daddy awak ni. Kakak ingatkan dekat dalam dah cukup cantik sangat. Rupanya luar rumah berkali ganda cantiknya."

Dia berjalan perlahan sambil memegang erat tubuh Rasya. Matanya tidak lepas dari melihat kawasan rumah yang sangat indah itu.

"Rasya nak tau something? Kakak tak pernah rasa ada adik-beradik sebab kakak anak tunggal."

Dia memandang wajah bayi itu dengan penuh kasih.

"Tapi sejak kakak jaga awak, kakak rasa seronok sangat. Kakak nak awak tahu yang kakak sayang awak sangat-sangat tau!" pipi kecil itu dikucupnya berkali-kali.

Rasya hanya mendengar kata-kata itu sambil tertawa kecil kegelian.

Ploop!

"Eh?!"

Mereka berdua terkejut apabila seekor ikan melompat tinggi daripada dalam kolam di hadapannya itu.

"Wahh. See Rasya, ada fish! Kakak nampak ada fish besar dekat dalam tu! Cantiknyaa." ujarnya teruja.

"Kakak tak tau la ikan apa tapi macam ikan keli pun ada juga." dia menjengukkan kepalanya ke dalam kolam itu.

Bayi itu cuma tersengih terhibur melihat ikan-ikan yang berenang tenang di dalam kolam tersebut.

"Koi Kohaku dengan Koi Showa. Yang sebelah sana tu Peppermint Angelfish."

Suara garau itu mengejutkan mereka berdua di situ. Pemilik suara itu terus berjalan menghampiri mereka tanpa riak diwajahnya.

"Apa paper? Black paper?" soal Sarah bingung.

Qasy hanya mengeluh. Dia mencampakkan bijian makanan ikan itu ke dalam kolam tadi. Maka berebut-rebutlah ikan-ikan di dalam kolam itu mendapatkan makanan.

"Ish! Habislah merecik air kena baju saya!" marah Sarah.

"Siapa suruh kau berdiri dekat situ? Padanlah muka." katanya selamba.

Sarah memandang wajah itu dengan pandangan jelek. Setapak demi setapak dia menjauhkan diri daripada kolam itu.

"Awak tak kerja ke hari ni? Tiba-tiba pula ada dekat sini."

"Rumah aku. Suka hati aku la nak ada dekat mana-mana pun." dia menoleh ke arah Sarah.

Gadis itu hanya menjeling.

"Kakak tak suka la cakap dengan daddy awak tu, Rasya. Kita baru nak fun-fun dekat luar ni, dia datang terus potong mood." ujarnya kepada bayi kecil itu.

Qasy mengukir senyuman sorok.

"Rasya, awak cakap dekat kakak awak yang gila tu, daddy cuti hari ni. Uncle Aqeef handle office. And also, daddy nak bawa awak jalan-jalan sekejap lagi."

"Tak tau la 'kakak' awak tu nak ikut ke tak." balasnya sambil menekankan perkataan kakak itu.

Sarah berpaling.

"Nak pergi mana?"

"Somewhere."

"Yela, di mana tempatnya?"

Diam Diam Diam

"Okay Rasya, kakak awak ni tinggal. Awak dating dengan daddy je hari ni." dia pantas mengambil Rasya dari dukungan Sarah dan dibawa lari ke dalam rumah.

Gadis itu terkejut dengan tindakan Qasy lalu bergerak mengejarnya.

"Qasy! Saya tak cakap pun saya tak nak ikut! Saya cuma tanya awak nak bawa Rasya pergi mana! Awak jangan lari!

Noktah.Where stories live. Discover now